Isnin, Mac 30, 2009

LATIHAN DALAM KEKANGAN DAN KEPAYAHAN


Latihan demi latihan. Mereka akan tetap berjuang walaupun kemenangan belum dapat dicapai. Semoga usaha mereka sekurang-kurangnya memberikan banyak pengalaman kepada mereka. Setiap usaha itu pasti ada manafaatnya.

Banyak dugaan yang perlu dilalui. Setiap sesuatu yang berlaku pasti akan ada hikmah di sebaliknya. Cuma ada ketika, kita tidak akan mengetahui yang tersirat itu sehingga tiba waktu yang sesuai.

Siapa tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Semua aktiviti kokurikulum, ko akademik dilaksanakan serentak.
Semua ahli terkejar-kejar masa untuk semua aktiviti. Akademik dan kokuriklum mesti diseimbangkan. Semua orang berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti.

Aspek penting bukanlah berjaya di tempat pertama itu, mewakili sekolah dalam semua peringkat, tetapi bagaimana peserta menyeimbangkan semua aktiviti dan perkara selaras dengan keperluan semasa.

Latihan di peringkat akhir mungkin bernatijah..asalkan dapat disenggarakan dengan baik maka berharap akan mendatangkan hasil

Adakalanya usaha yang begitu lama dan sistematik boleh punah hanya satu kesilapan kecil yang tidak diambilberat. Ketaatan itu baik, kepatuhan itu berhemah..... akan tetapi mengganggu wacana sesuatu agenda itu berkesankan padah. Apabila berguru, usahlah kepalang ajar.. selesaikan dan amalkan. Usah mudah terpengaruh dengan ujian dan godaan luar..kerana orang yang ahli dalam bidangnya itu lebih mengetahui dan arif.

Setiap pendirian itu lazimnya bersebab. Mengapa ada yang guru yang melatih pasukannya, tidak suka akan campurtangan orang lain. Kerana biasanya beliau lebih tahu. keberkongsian mungkin bermakna pada sesuatu ketika...jika diminta mungkin. Tetapi setiap strategi yang diatur tentu berserta perancangan yang teratur. Hormati usaha oranglain dan membantulah ketika diperlukan. Catatan kali ini bersifat mandiri. Daripada kekecewaan yang sukar untuk digambarkan. Jangkaan untuk sesuatu itu berjalan lancar,musnah dalam beberapa minit sahaja. Terima kasih dengan segala bantuan, tetapi adalah lebih dihargai jika tidak ada campurtangan yang menggugat kemungkinan dan kelancaran. Dengan erti kata lain, terima kasih dengan segala kerendahan hati jika tidak mengganggu dalam bidang yang tidak diketahui.
Anak-anak peserta pengucapan awam...

Belajarlah sesuatu daripada kesilapan lalu.

Mungkin segala sesuatu itu nampak remeh tetapi nasihat yang benar itu akan sukar diterima berbanding nasihat yang tidak telus. Hargai dan hormati pendirian orang lain. Rasailah kepayahan orang lain, terutama teman dan rakan sepasukan. Bersatu hati dan mengerti...pasti kesepakatan itu akan terbukti. Biarpun tidak berjaya namun pengalaman itu lebih bererti apatah lagi jika dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Namun usahlah kita menjadi lalang. Teguhkan pendirian kalian dan tetapkanlah gagasan yang ingin dicapai. Pasti di hadapan kelak ada sesuatu yang menanti. Biarlah pun bukan sebesar butir berlian tetapi sekelumit ilmu penyuluh kehidupan hingga ke akhir hayat. InsyaALLAH.

Berikut gambar-gambar di SMK Hill Crest (sekitar pertandingan Forum peringkat Zon 3) lalu pada 25 Mac, 2008.

Ahad, Mac 22, 2009

DIKETEMUKAN SEMULA

Alhamdullillah, diketemukan semula dengan seorang lagi peserta pengucapan awam SAMER pada tahun 2003-2004.


FARAH YASMIN


Beliau merupakan seorang yang tenang dan bersahaja.

Gambar-gambar ini diabadikan dan dimuatturun melalui album friendster beliau.

Semoga lebih banyak lagi peserta pengucapan awam SAMER akan diketemukan semula.


Kepetahannya dalam debat dan sesi penghujahan diperkembangkan melalui jurusan yang diambilnya/ bidang yang dipilihnya.
Intan Thuraiya ( belakang sebelah kiri). Peserta Forum perempuan pada tahun 2007. Penglibatan beliau sebenarnya secara kebetulan. Namun bakat besar beliau dalam pengucapan awam memang terserlah.
Pengetahuan, pengalaman dalam peranannya sebagai pembimbing rakan sebaya, banyak memberikan kesediaan dalam menghadapi pelbagai keadaan.
Senyuman manis yang sentiasa terukir di bibirnya ,menggambarkan perwatakan yang mudah mesra dan tenang.

Nor Amalina bt. Misron (belakang sebelah kanan) salah seorang peserta debat sekolah pada tahun 2006-2007.

Beliau sangat bersemangat ketika berhujah. Beliau sangat perihatin dan merupakan seorang yang dedikasi dengan apa sahaja tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan.

Semoga kalian akan sentiasa berusaha dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. InsyaAllah..

Jumaat, Mac 20, 2009

INDIVIDU DALAM SEJARAH DEBAT SAMER


Assalamualaikum.
Catatan kali ini hanya untuk mengimbau beberapa kenangan lalu bersama ahli-ahli debat SAMER. Walaupun ketika itu, KUBUKU BUKU SAMER belum lagi ditubuhkan namun pasti adalah memoir atau individu-individu yang mencatat sejarah dalam aktiviti pengucapan awam. Biarpun sudah berlalu namun kenangan manis ketika bersama individu-individu berkenaan pastinya masih tersemat di hati kami di SAMER. Kali ini kami ingin melakarkan dua orang individu yang terdapat dalam sejarah debat di SAMER.

SARAH BT YAHYA, seorang pendebat yang hebat. Melibatkan diri dalam arena perdebatan sejak di tingkatan tiga lagi. Peranannya sebagai pendebat ketiga amat terserlah. Kepetahan berkomunikasi dalam menyampaikan bidasan tidak dapat disangkal. Kini, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Darul Iman, Malaysia dalam jurusan undang-undang. Bersesuaian dengan kepetahannya, pastinya bidang tersebut merupakan pilihannya yang utama. Di IPT, beliau mewakili universiti berkenaan dalam acara debat meneruskan dan mempertingkat kebolehan dalam bidang tersebut. Semoga kejayaan akan tetap menjadi milik beliau walau di mana sekalipun berada.


MOHD AZIM B. AMIN,

seorang pelajar yang cemerlang dan dedikasi. Melihatkan peribadinya yang agak pendiam, sukar untuk menduga bahawa individu ini seorang pendebat yang petah, bersahaja dan tegas.


Perwatakan dan raut wajah yang tenang dan lembut mungkin tidak menunjukkan peribadi beliau yang sebenar.

Azim terlibat dalam arena perdebatan di SAMER tidak lama. bermula di tingkatan 3. Beliau menyambung pelajaran ke tingkatan 4 di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Namun setahun di SAMER, beliau memperlihatkan potensi yang hebat sebagai pendebat. Beliau memainkan peranan dengan baik di setiap posisi yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Tahniah kepada beliau kerana berjaya mendapat keputusan 11 1A dalam peperiksaan SPM, 2008 yang lalu. Semoga kejayaan akan terus mengiringi beliau.

Untuk perhatian :

Gambar-gambar kedua-dua orang indvidu ini diambil daripada album halaman friendster mereka.

Kepada Ustaz Abdul Hidir Afnizal, Ustazah Nor Aishah, Ustazah Sarah, Ustazah Maryuni kerana telah mengeluarkan mutiara ini dari dasar lautan untuk digilap..lantas memberikan cahaya yang menyinar dan memekarkan model pengucapan awam yang cemerlang. Semoga usaha kalian, guru-guru yang penuh dedikasi ini akan diberkati Allah.. Biarpun mereka tidak lagi bersama-sama kita di SAMER, namun mereka masih boleh memberikan sumbangan yang banyak kepada masyarakat. Benih yang baik itu jika dicampak ke laut, pasti menjadi pulau.

TERIMA KASIH atas segalanya.

Rabu, Mac 18, 2009

Pertandingan Demi pertandingan


Bulan Mac, pelbagai aktiviti koakademik peringkat zon, daerah bermula. Peserta pantun kami kecundang pada peringkat awal lagi. Kelebihan 4 mata di pihak lawan. Namun kami berbangga dengan kumpulan ini kerana berkerja keras untuk pertandingan tersebut. Mungkin kemenangan tidak berpihak kepada kami...namun sumbangan mereka amat bermakna untuk kami. Semoga kami akan lebih berpeluang untuk terus mara pada masa-masa hadapan.
Gambar kanan : Mohd Izuan
Gambar : Nurul Shafiqah bt. Ahmad Fisal (Antara pemantun terbaik kami)






Gambar peserta pantun :
Sebelum pertandingan dimulakan.










Kumpulan Debate Bahasa Inggeris juga tidak berpeluang meneruskan perjuangan hingga ke peringkat seterusnya. Namun kami tetap berbangga dengan kalian. Farhah, Mohd Shafiq, Nur Sakinah, Faridatul , Ezrin dan lain-lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Penghargaan buat Ust.Khairuddin Muda kerana berkorban masa dan tenaga untuk melatih kumpulan ini.


Gambar kiri :

Delegasi Kerajaan

(Sekolah Agama Menengah Rawang)



Alhamdullillah, Kumpulan debat Bahasa Melayu dapat mara ke peringkat seterusnya. Masih ada dua halangan untuk sampai ke peringkat akhir. Tentu setiap pasukan berharap akan dapat sampai ke peringkat akhir. Begitu jugalah besarnya harapan dan hasrat kami untuk mewakili peringkat daerah Gombak. Namun usaha bukan calang-calang. Pasti pihak lawan lebih hebat lagi. Dalam perdebatan kali ini, usul pihak kerajaan telah diterima. Bermakna SMK Bandar Tasik Puteri terpaksa berundur. Kami berasa bangga dapat berdebat dengan baik dan peserta SMKBTP, bukan calang-calang lawan. Kalian juga hebat dan bersahaja. Yang jelas, ada juga kegugupan menghadapi pendebat yang petah daripada SMKBTP.

Semoga pendebat-pendebat SAMER akan berpeluang ke peringkat lebih tinggi.



Delegasi Pembangkang:

SMK Bandar Tasik Puteri.

Rabu, Mac 04, 2009

AKTIVITI KAMI

Bermula bulan Februari, ahli yang terlibat mewakili sekolah mulai sibuk berlatih. KUBUKU BUKU wahananya... memandangkan setiap ketika adalah terlalu penting, latihan diadakan setiap masa terluang. Mungkin peserta-peserta ini tidak memenangi apa-apa tapi ilmu itu amat penting....pengalaman bukan boleh dibeli, peluang bukan datang berkali-kali.. seperti yang dicatat sebelum ini...kemenangan itu indah, kekalahan itu manis. Sesi latihan memerlukan kesediaan mental, emosi dan fizikal...dan mereka ada kekuatan itu untuk terus berlatih..


Gambar kiri : Kumpulan Pantun sekolah















Gambar Kanan: Latihan debat parlimen bersama Ustazah NorAishah

Gambar bawah : Putera debat Bahasa Melayu kami yang berwibawa




Namun kami juga punyai guru-guru pembimbing yang sangat prihatin dan memberikan komitmen yang baik. Semoga usaha itu diberkati oleh Allah.

Kerjasama semua pihak amat bermakna. Adaptasi, latihan dan kesungguhan menjadikan KUBUKU BUKU wahana yang akan mempunyai integriti memajukan pengucapan awam di SAMER




Semoga kejayaan akan tetap menjadi milik kita...InsyaAllah