Sabtu, Februari 28, 2009

MEMORI LALU dan REKREASI KINI

Assalamualaikum...Kubuku buku merakamkan beberapa invididu yang terlibat; yang ada dalam simpanan kami untuk tatapan semua. Kehadiran mereka menginterprestasi harapan KUBUKU BUKU SAMER, seterusnya.

Gambar : Khairunnisa, Nurul Hidayah Hadzram, dan Fatin Nawwar .. Wakil forum remaja SAMER untuk KAMIL 2008, di SAMTKKB

Guru-guru menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk merealisasikan impian menjadi model pengucapan awam yang baik.

Gambar kiri : Shariffudin, peserta Forum sesi 2006-2007.Gambar ini diambil ketika KAMIL di SAMT Kuala Kubu Bharu. Ketika ini Shariffuddin mewakili SAMTKKB.
Gambar kanan : Taklimat Hakim Debat Ala Parlimen Bahasa Melayu, Daerah Gombak di SMK Seri Keramat.

KUBUKU BUKU SAMER berpeluang untuk berkongsi bakat besar dalam kalangan pelajar ini untuk sama-sama berusaha mengketengahkan mereka kepada awam. Biarpun individu tersebut telah meninggalkan SAMER, kami berharap segala tunjuk ajar dan bimbingan akan berguna untuk mereka.

KUBUKU BUKU dibimbing dan direalisasikan melalui organisasi Bidang Bahasa, Sekolah Agama Menengah Rawang, Selangor D.Ehsan.

Ketua Bidang Bahasa :
Hjh. Norhasimah bt. Hj.Hassan
Tel : 019-2050299 / 012-9423764, E-mail : shimayun5@yahoo.com.my

Ketua Panitia Bahasa Melayu :
Pn. Nor Aishah bt. Ibrahim ( 019-2621205 ),

Ketua Panitia Bahasa Inggeris:
Pn. Rosnani bt. Roslan ( 017-2785354 ), E-mail : nurinani@yahoo.com ,

Ketua Panitia Bahasa Arab :
Pn. Haslina bt. Harun ( 016-3763762)

Gambar : Tunjuk ajar oleh Puan Maryuni bt. Mohamed kepada Mohd Aiman Syihabuddin dan Mohd Afiq untuk mengendalikan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2008. Bersama-sama dalam gambar ialah En.Khairuddin b.Muda...yang juga guru bahasa Inggeris, SAMER.

Kami berbangga dapat berkongsi pengalaman dengan semua warga SAMER, walaupun pada asalnya pengucapan awam lebih terserlah dalam pertandingan Kemahiran Amal Islami, sekolah-sekolah menengah Agama Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan . Namun kami berharap akan dapat merealisasikan harapan untuk melahirkan individu berpengucapan yang baik bukan hanya untuk menyertai pertandingan-pertandingan pengucapan awam malah untuk faedah individu terbabit ke dalam masyarakat global.






Nurul Asna Hidayah bt. Mior Abdul Rahman. Setiausaha Kehormat KUBUKU BUKU SAMER 2008-2010. Mendapat keputusan Cemerlang 9A dalam PMR 2008 dan diharapkan akan memegang gelaran pendebat terbaik dalam pertandingan debat ala parlimen Bahasa Melayu pada setiap peringkat. InsyaAllah.









Mohd Aqwa Asyraff: Pengerusi /pengendali Forum terbaik KAMIL SAMER 2008. Bersama-samanya Mohd Zahrul Nabil. Kedua-duanya adalah peserta Forum remaja mewakili SAMER, 2008






Hidup ini umpama roda, terkadang di atas terkadang di bawah. Namun kesungguhan dan komitmen yang tekal dan berterusan pasti akan membuahkan hasil yang ketara. Belakang parang jika diasah pasti akan tajam juga. Salah satu prinsip yang digunakan untuk melestarikan impian tersebut. kami ingin memastikan generasi yang lahir daripada KUBUKU BUKU SAMER, adalah umpama benih yang sangat baik, jika dicampak ke mana juga...pasti ia menjadi pulau.
SEMOGA IMPIAN AKAN MENJADI KENYATAAN..

Jumaat, Februari 27, 2009

MEMORI KELAB PENGUCAPAN AWAM SAMER

Assalamualaikum.. KUBUKU BUKU bermula daripada cetusan idea ahli-ahli yang prihatin dan inginkan aspek pengucapan awam ini dapat menjadi kebanggaan SAMER. Nama KUBUKU BUKU sebenarnya adalah nama yang diinfak melalui kesepakatan idea Ketua Bidang Bahasa dan Ketua Panitia Bahasa Melayu ketika KDP Pengurusan dan kehakiman Forum Remaja pada akhir bulan oktober, 2008. Idea ini sebenarnya rumusan akhir penceramah iaitu Encik Kamisan bin Sihap dari SBPI Rawang. Pada dasarnya KUBUKU BUKU bermaksud "Aku membukukan(membuat) buku; merujuk kepada maksud ilmu". Makna lain ialah "kubu (benteng pertahanan) aku buku (ilmu). Ilmu bersifat menyeluruh dan tidak ada titik hentinya. Apabila individu itu menjadikan ilmu sebagai benteng pertahanan dan matlamatnya, maka jadilah mereka orang yang beruntung...Apabila seseorang itu dapat mengumpulkan ilmu, membukukannya bermakna ilmu itu akan dapat dimanafaatkan sebaik mungkin. Orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu tidak sama kedudukannya dan orang yang berilmu itu jika tidak memanafaatkan ilmu akan sama seperti pokok yang tidak berbuah..


'..Katakanlah: "Adakah sama orang yang mengetahui, dengan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran'
(Az Zumar: Ayat 9:23)
Kelab ini diharapkan melatih dan menghasilkan produk generasi yang dapat berpengucapan awam yang baik dalam masyarakat. KUBUKU BUKU dapat menjadi wadah yang telus wahana produk yang dicita-citakan itu.

SAMER sebenarnya telah melahirkan produk pengucapan awam yang berintegriti, berwibawa dan berinovatif. Namun, intensiti mereka tidak dapat diinterprestasi dengan jelas. Dengan iltizam untuk memastikan produk ini menjadi lebih bersifat tekal dan mampan, KUBUKU BUKU diharapkan dapat menjadi aspirasi yang telus untuk mengintergrasi dan melestarikan hasrat tersebut.
Semoga kami akan terus berbangga dengan anak-anak didik SAMER ini dalam mengharungi arus pendidikan global masa kini.
Antara yang dapat kami rakamkan sebagai memori kelab pengucapan awam.

Selasa, Februari 24, 2009

ORGANISASI KUBUKU-BUKU

PENGETUA
Pn.Siti Romziah bt. Madong
I
GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM
En. Naziri b. Mad Isa
I
KETUA BIDANG BAHASA
Hjh. Norhasimah bt. Hj. Hassan
----------------------------------I----------------------------------
KETUA-KETUA PANITIA
BAHASA INGGERIS, BAHASA MELAYU, BAHASA ARAB
Pn. Rosnani bt. Roslan, Pn. Nor Aishah bt. Ibrahim, Pn. Haslina bt. Harun
I
PANITIA-PANITIA
En. Khairuddin b. Muda, En. Yusri b. Ayob, En Mohd Haider b. Samsuddin,
Pn. Fazidah b. Hj.Husin,Pn. Maryuni bt. Mohamed,Pn. Ruslina bt. Hamzah
Pn Sazlina bt. Sadikon,Pn Norlela bt.Mat Sarip,Pn. Sarah bt. Johari,
Pn Mustazzila bt. Mustakhim,Cik Normawati bt. Daud,
Pn. Dewi Fickry bt. Wahidin, Pn. Noraini bt. Jasman,
Pn Siti Zaimah bt. Mohd Ahya, En. Mohd Ridzuan b. Ismail
I
AJK GURU TAMBAHAN
En. Abdul Hidir Afnizal b. Abdul Latif
I
PENGERUSI
Mohd Hazim b. Hisan
I
NAIB PENGERUSI
Nurul Syafiqah bt. Ahmad Fisal
I
SETIAUSAHA KEHORMAT
Nurul Asna Hidayah bt. Mior Abdul Rahman
I
PENOLONG SETIAUSAHA
Khairul Ikhwan b. Abu Khairi
I
BENDAHARI
Noor Hafizah bt. Nooh
I
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
Mohd Haiqal b. Kamal
Nurul Hidayah bt. Hadzram
Mohd Syafiq b. Yusof
Fatimah Azzahra bt. Mohamed
AHLI-AHLI

ASPEK PENUBUHAN KUBUKU BUKU

Ketua Bidang Bahasa
Sekolah Agama Menengah Rawang,
Batu 16, Jalan Ipoh,
48000 Rawang, Selangor D.Ehsan
Bil ( 01) dlm SAMER /01/02/ 001
Tarikh : 08 JULAI, 2008

Kepada :
Puan Pengetua,
Sekolah Agama Men. Rawang,
48000 Rawang, Selangor.

Puan,

Memohon Menubuhkan Kelab Ko-akademik
( Kelab Debat-Pidato dan Pengucapan Awam Sekolah)

Sukacita dimaklumkan, perkara di atas adalah dirujuk. Kelab ini merupakan kelab ko-akademik di bawah pengurusan Bidang Bahasa sekolah. Kelab ini ditubuhkan untuk melatih dan melahirkan kumpulan debat/ pidato /pengucapan awam yang mantap secara berterusan.

2. Senarai Ahli jawatankuasa penaja dan cadangan perlaksanaan aktiviti Kelab berkenaan untuk rujukan pihak puan akan dikemukakan kemudian selewat-lewatnya Isnin, 21 Julai, 2008.

3. Adalah menjadi harapan kami, pihak puan meluluskan penubuhan kelab ini. Dengan kelulusan ini, kelab ini telah dapat ditubuhkan secara sah sebagai kelab ko-akademik di bawah tanggungjawab Bidang Bahasa sekolah ini dan akan dilaksanakan bermula Julai ini. Segala keprihatinan dan kerja sama pihak puan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“ BAHASA MEMARTABATKAN BANGSA TERBILANG”

Saya yang Menurut Perintah,

…………………………….
(NORHASIMAH BT. HJ. HASSAN)
Ketua Bidang Bahasa,
Sekolah Agama Menengah Rawang, Sel.


s.k.
1. GPK Kurikulum
2. GPK HEP
3. GPK Ko kurikulum


KERTAS CADANGAN PENUBUHAN
KELAB DEBAT/ PIDATO/ PENGUCAPAN AWAM SEKOLAH


Pengenalan
Lisan merupakan cara terbaik untuk menyambpaikan pelbagai maklumat, idea-idea, mesej kepada orang lain. Melihat kepentingan pengguasaan lisan untuk keberkesanan komunikasi maka pihak Bidang Bahasa dan Jawantankuasa Bahasa sekolahh bersepakat untuk penubuhan kelab ini. Di samping kepentingan kepada individu dalam penguasaan aspek pengucapan awam yang baik, kelab ini juga berkepentingan dalam mempertingkat pencapaian dan pengusaan bahasa dan akademik sekolah. Kelab ini ditubuhkan sebagai kelab ko akademik dengan penglibatan semua Panitia Bahasa (Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, dan Panitia Bahasa Arab) dan melibatkan semua guru bahasa sekolah ini. Diharapkan penubuhan ini manjadi aspirasi utama memacu kepada kecemerlangan pengucapan awam sekolah sama dalam peringkat sekolah, pertandingan peringkat daerah, negeri, atau kebangsaan.

Nama yang dicadangkan:
KUBUKU BUKU SAMER
(Kelab Untaian Bahasa,Ungkapan Kata, Usulan Budaya Ungguli Kualiti Utuh)

Matlamat :
1. Membentuk warga komuniti berpengucapan awam yang berketerampilan, berwibawa,
releven dan mampu mengaplikasi bahasa efektif dan mampan.

Objektif :
1. Membentuk komuniti pelajar yang dapat mengaplikasi kemahiran berbahasa yang baik.
2. Mewujudkan scenario pengucapan awam yang releven, sistematik dan efektif
3. Membentuk kumpulan pengucapan awam yang sedar dan mampu mempraktik
perdebatan/pidato/ syarahan sama asa melalui pertandingan , aktiviti formal atau aktiviti
seharian.
4. Melahirkan model individu pengucapan awam yang berketerampilan dan bijaksana dalam
pengendalian dan pengurusan aktiviti formal dan tidak formal.
5. Membentuk generasi yang dapat mengungkapkan idea, isi, maklumat, ilmu secara terancang,
tepat, pada , jelas dan bermanafaat.
6. Sebagai aspirasi penguasaan bahasa yang indah, sistematik, tepat, betul, dan bernas.

Asas pembentukan (Instrumen):
1. Semua peserta pengucapan awam yang sedia ada
( bermula pada tahun 2008 peserta daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4)
2. Perubahan ahli (kemasukan ahli baru) pada tahun-tahun berikutnya melalui pemilihan dan
temuduga atau pertandingan oleh guru-guru bahasa. Tawaran untuk penyertaan akan
diiklankan jika perlu.
3. Ahli KUBUKU BUKU seramai 50 orang sahaja.
4. Penyingkiran akan dibuat jika ahli tidak aktif, atau tidak menghadiri perjumpaan sebanyak
tiga kali berturut-turut tanpa sebab atau alasan munasabah dan persetujuan atau makluman
guru.
5. Perjumpaan akan diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu, atau mengikut kesesuaian
dan keperluan semasa
6. Menyediakan produk pelajar berpengucapan awam yang baik terutama untuk mewakili
sekolah dalam pelbagai aktiviti koakademik bahasa
7. Aktiviti kelab melibatkan :
a. Pengumpulan data dan maklumat
b. Seminar umum
c. Taklimat pemarkahan pertandingan
d. Taklimat teknik pengucapan awam
e. Sesi tayangan video pertandingan pengucapan awam.
f. Perdebatan (latihan perdebatan)
g. Pidato
h. Syarahan
i. Berbalas pantun
j. Pertandingan peringkat kelab dan melibatkan diri dalam pertandingan sekolah.
k. Lawatan sambil belajar
l. Program Khidmat pelajar (masyarakat)
m. Penghasilan skrip drama
n. Pertandingan Deklamasi Puisi
o. Penulisan Skrip Musyamarah, Coral Speaking, Pentomin dan sebagainya
p. Penulisan Lirik Lagu (Nasyid, Koir)
q. Program Bulan Bahasa, Pusat Sumber & program selepas peperiksaan
r. Latihan Kepengerusian majlis
s. Aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan KUBUKU BUKU

Setiap kumpulan mempunyai ketua kumpulan yang dipertanggungjawabkan mengendali dan mengawalselia aktiviti kumpulan terlibat.

Pertandingan pengucapan awam ( Cadangan yang boleh dijalankan)
1. Debat Bahasa Melayu Piala Pengetua
2. Debat Bahasa Inggeris Piala GPK Kurikulum
3. Debat Bahasa Arab Piala GPK HEM
4. Pidato Bahasa Melayu Piala Pengetua
5. Berbalas pantun Piala GPK Kokurikulum
6. Forum Remaja Piala Ketua Bidang Bahasa
7. Syarahan Bahasa Melayu piala Ketua Panitia Bahasa Melayu
8. Syarahan Bahasa Inggeris piala Ketua Panitia Bahasa Inggeris
9. Syarahan Bahasa Arab piala Ketua Panitia Bahasa Arab
10. Pertandingan Karya Kreatif (Novel, Cerpen & Puisi)
11. Pertandingan -pertandingan yang bersesuaian