Selasa, Disember 14, 2010

Andai ku tahu... (Kau telah kembali kepadaNYA)

Assalamualaikum semua...
Pada tanggal 14 Disember,2010.... kira 11.00 -12.00 malam, Saudara Mohd Shukri bin Ali telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggalkan kita semua... Beliau kembali ke rahmatullah disebabkan kemalangan jalanraya sewaktu pulang daripada berkerja... untuk mengelakkan sebuah kereta dan beliau melanggar pembahagi jalan.. Begitulah info yang diperolehi daripada salah seorang rakan beliau.

Beberapa gambar beliau ketika menyertai Kem Kepimpinan Pelajar 2008, ketika ini Mohd Shukri merupakan Pengerusi Pengawas Pusat Sumber SAMER...


Bersama-sama rakan-rakan baik beliau...Nabil, Afiq, Shafiq..

Al-Fatihah, Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh dan dalam kalangan yang dirahmati ALLAH...

Beliau merupakan salah seorang ahli pengucapan awam yang berbakat dan sentiasa sopan dalam pergaulan merupakan salah seorang jawatankuasa penaja bersama-sama Mohd Aiman Syihabuddin, Mohd Zahrul Nabil, dan beberapa orang ahli pengucapan awam lain sewaktu perancangan awal penubuhan KUBUKU BUKU ini... Beliau merupakan pendebat Bahasa Arab yang banyak memberikan sumbangan kepada sekolah dan dalam kesederhanaan sikap beliau, beliau sering memberikan sokongan dan menunjukkan sikap kepemimpinan yang baik... Namun, Allah lebih menyayangi beliau.... Semoga jasa baiknya dan segala amalannya di dunia ini akan menjadi bekalan di akhirat nanti....

Al-Fatihah sekali lagi buat beliau meneruskan perjalanan ke sana.... dan kita mungkin akan menyusul beliau bila-bila masa sahaja tanpa kita ketahui.....
wassalam...