Selasa, Oktober 26, 2010

BULAN BAHASA KEBANGSAAN DAN PROGRAM ASPRESIASI BAHASA 2010

PENDAHULUAN :

Program Bulan Bahasa Kebangsaan dan Program Apresiasi Bahasa disatukan berkesinambungan mengekal konsep Program Bulan Aspirasi Bahasa yang diadakan sebelum ini; dirangka sebagai wadah dan wahana penjanaan dan peningkatan profesionalisme dalam akademik di samping pengaplikasian penggunaan bahasa yang baik, berkualiti dan gramatis. Program ini masih mengutamakan kaedah dan modul menginspirasikan peranan & kepentingan bahasa sebagai wahana dan medium terbaik menyampaikan maklumat, ilmu dan idea secara terancang, indah dan tepat. Program ini Aspresiasi Bahasa disempurnakan bersama Bulan Bahasa Kebangsaan atas usaha Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris serta Memperteguhkan Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-Quran. Program ini dikelolakan dengan kesepaduan idea dan inisiatif semua Panitia Bahasa dalam Bidang Bahasa dan dengan kerjasama unit Kokurikulum seterusnya mengimplementasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini juga merupakan instrumens untuk melahirkan generasi yang membudayakan penggunaan berbahasa yang bertatasusila dalam kehidupan harian di samping memupuk budaya membaca dalam kalangan warga sekolah. Program ini juga diharapkan dapat menginterprestasi individu yang berketrampilan dan berdaya saing.

MATLAMAT

Mewujudkan budaya berbahasa yang baik dalam kalangan warga sekolah dan memberi ruang kepada warga untuk menyampaikan maklumat dengan teratur, tepat dan berkesan; sesuai dengan keperluan peri pentingnya penguasaan bahasa yang berkualiti dalam kehidupan seharian. Hal ini juga bertepatan untuk melahirkan persekitaran bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab), untuk peningkatan pencapaian prestasi yang baik mata pelajaran bahasa di sekolah ini. Program ini juga bermatlamatkan Pusat Sumber sebagai gedung ilmu dan mewujudkan senario Sekolah adalah Pusat Sumber. Di samping itu juga mengetengah sistem kebahasaan yang utuh dan mampan sebagai melambangkan bahasa untuk mengintrospeksi dengan betul dan berkesan. Program ini juga diharapkan dapat membentuk identiti merentasi kurikulum untuk wahana dan qalam medan Rujukan Sahsiah dan pembentukan modal insan yang efektif.

OBJEKTIF :

1. Membantu melahirkan murid-murid yang ketrampilan dan dapat berbahasa yang baik dalam menyampaikan pelbagai maklumat dan mengekspresi bakat individu secara berani dan berkeyakinan.

2. Membantu pencernaan dan pengaplikasian pemikiran secara positif, kritis, kreatif dan berinovatif pada kondisi yang bertepatan dengan peredaran dan perkembangan era kini serta memanafaatkan kepentingan Pusat Sumber Sekolah sebagai gedung sumber ilmu.

3. Menyediakan persekitaran berbahasa yang sesuai dan kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa untuk peningkatan penguasaan berterusan.

4. Memupuk minat warga sekolah untuk menghasilkan karya bahasa yang berkualiti dan menjana maklumat yang bermanafaat untuk semua.

5. Melahirkan modal insan yang berdaya saing, terpimpin, berketrampilan dan mempunyai sahsiah yang baik, dan mempunyai jati diri yang utuh.

6. Mengetengahkan modal insan berketrampilan yang harmoni melalui pelbagai program yang berkaitan

OBJEKTIF BULAN BAHASA KEBANGSAAN :

1. Menggalakkan semua sektor sama ada sektor kerajaan mahupun sektor swasta, menggunakan Bahasa Kebangsaan secara meluas.

2. Memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat negara ini.

3. Menggalakkan pelajar menggunakan Bahasa Melayu yang gramatis semasa berkomunikasi dengan masyarakat setempat.

4. Membentuk komuniti pelajar yang dapat mengaplikasi kemahiran berbahasa yang baik.

5. Memantapkan, memperkukuh dan mempamer jati diri serta citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap Bahasa Kebangsaan.

OBJEKTIF KHUSUS PROGRAM ASPRESIASI BAHASA:

1. Mengorientasikan bahasa berkualiti dan bertatasusila

2. Mendaulatkan/ memperkukuh Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris dan memantapkan Bahasa Arab.

3. Mencerakin bahasa kualiti dalam konteks bahasa itu sendiri

4. Mempertingkat penguasaan dan kesusilaan dalam berbahasa

5. Mengutamakan Bahasa ilmu sebagai Bahasa intelektualit

(Bahasa sebagai titian kurikulum, pemangkin pemikiran optimistik)

TEMA BULAN BAHASA KEBANGSAAN:

1 BAHASA, 1 BANGSA, 1 NEGARA

TEMA PROGRAM ASPRESIASI BAHASA :

Lestari BUKTI

( BAHASA UNGGULI KECENDEKIAAN TERBILANG INTELEKTUALITI )

KUMPULAN SASARAN :

1. Semua murid ; dibahagikan kepada dua kumpulan :

a. Menengah Rendah

b. Menengah Atas

2. Guru-guru Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

3. Semua guru dan warga Sekolah Agama Rawang.Selangor.

PERLAKSANAAN :

1. Dilaksanakan secara bersepadu oleh Bidang Bahasa (Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab) dan Unit Kokurikulum Sekolah serta mengutamakan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat gedung ilmu (NILAM)

2. Tarikh : 13 Oktober 2010 hinggga 12 November , 2010

a. Majlis Perlancaran : 13 Oktober, 2010

b. Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah : 12 November, 2010

Minggu

Tema

1

Budi Ungguli Kesempurnaan Teras Insaniah

2

Language Be BUKTI

(Brilliant, Unity, Knowledgeable, Transcendent, Intellengence)

4

Bring Up Knowledgeable through Intergrity

5

Bahasa Unjuran Kecendekiaan Titian Informasi

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

BULAN BAHASA ASPIRASI BAHASA & KAUNSELING

Penasihat : Puan Siti Romziah bt. Madong

Pengerusi : En. Naziri b. Mad Isa (GPK Kurikulum)

Timbalan Pengerusi : Pn. Noraini bt. Jasman (GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi : Pn. Harlina bt. Kabol (GPK Kokurikulum)

Pengarah Program : Cik Norhasimah bt. Hj. Hassan (Ketua Bidang Bahasa)

Setiausaha I : Pn Sazlina bt. Sadikon (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)

Setiausaha II : Pn. Sarah bt. Johari (Ketua Panitia Bahasa Melayu)

Bendahari : Pn. Ruslina bt. Hamzah (Ketua Panitia Bahasa Arab)

Penyelaras Aktiviti :

1. Aktiviti Bahasa Melayu : Pn. Norlela bt. Mat Sarip

Pn. Noraishah bt Ibrahim

: Semua guru Bahasa Melayu

Ahli Persatuan Bahasa Melayu dan ahli KUBUKU BUKU

2. Aktiviti Bahasa Inggeris : Pn. Rosnani bt. Roslan

En. Khairuddin b. Muda

: Semua guru Bahasa Inggeris

Ahli Persatuan Bahasa Inggeris dan ahli KUBUKU BUKU

3. Aktiviti Bahasa Arab : Pn. Ruslina bt. Hamzah

Pn. Haslina bt. Harun

Pn Dewi Fickry Wahidin

: Semua guru Al-Azhar dan Bahasa Arab

Ahli Persatuan Bahasa Arab dan ahli KUBUKU BUKU.

4. Aktiviti Unit Bimbingan, : En. Mohd Ridzuan b. Ismail

Ceramah dan Kem Pemantapan : Pn. Mustazilla bt. Mustakhim

Bahasa (BM,BI, BA) : En. Ilias bin Dollah

: Pn. Fazidah bt. Husin

5. Pertandingan guru : Pn. Fazidah bt. Husin

Pn Maryuni bt. Mohamed

: Pn. Aishah bt. Othman

6. Pertandingan bertema /Bulan Bahasa : Pn. Hayati Zanirah bt. Idris

a. Bulan Bahasa Kebangsaan : Pn. Noraishah bt. Ibrahim / Sarah bt. Johari

(Ajk Persatuan Bahasa)

7. Jawatankuasa Hadiah : Pn. Roslina bt Hamzah

dan cenderamata : Pn. Siti Zaimah bt. Mohd Ahya

8. Jawatankuasa Peralatan dan : En. Yusri bin Ayob

Persiapan Pertandingan, : Pn. Amaliah bt. Hj Ikhsan

Majlis pelancaran Bulan Bahasa : En. Mohd Haider Samsuddin

& Majlis Penutup :

9. Jawatankuasa Majlis : Pn. Noraisyah bt. Ibrahim

Perasmian : Pn. Sarah bt. Johari

10. Jawatankuasa Majlis penutup : Pn. Sazlina bt. Sadikon

: Pn. Rosnani bt. Roslan

11. Jawatankuasa iklan, seranta : Hjh Normawati bt. Daud

dan siaraya :

12. Jawatankuasa Disiplin : En. Mohd Rizal b. Mokhter

: En. Mohd ‘Afifi bin Ghazali

13. Jawatan kuasa Dokumentasi : Pn. Amaliah bt. Hj. Ikhsan

: En. Khairuddin bt. Muda

ATURCARA MAJLIS PELANCARAN

BULAN BAHASA KEBANGSAAN DAN

PROGRAM ASPRESIASI BAHASA 2010

Tarikh : 13 Oktober, 2010

Hari : Rabu

Masa : 11.00am – 1.30pm (Perhimpunan Mingguan)

Tempat : Dewan Umar b. Abdul Aziz

11.00 : Pelajar berkumpul

11.30 : Nyanyian lagu sekolah

Nyanyian lagu Negaraku

Nyanyian lagu Selangor

Nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa

11.45 : Ucapan GPK Kurikulum

11.55 : Ucapan Pengetia serta pelancanran Program Bulan Bahasa Kebangsaan dan

Program Aspresiasi Bahasa 2010

12.10 : Persembahan Pelajar

1.30 : Tamat

ATURCARA MAJLIS PENUTUP

BULAN BAHASA KEBANGSAAN DAN

PROGRAM ASPRESIASI BAHASA 2010

Tarikh : 12 November, 2010

Hari : Jumaat

Masa : 11.00 am – 12.45 pm

Tempat : Dewan Umar b. Abdul Aziz

11.00 pagi

Pelajar dan guru mengambil tempat

11.15 pagi

Ucapan Pengerusi Majlis

11.20pagi

Ucapan Pengarah Program Aspresiasi Bahasa 2010

Pn Norhasimah bt. Hassan/ GPK Kokurikulum

11.30 pagi

Ucapan Pengetua dan perasmian penutup Program

Pn. Siti Romziah bt. Madong

11.45 pagi

Persembahan Pemenang acara pelajar

- Bahasa Inggeris

- Bahasa Arab

- Bahasa Melayu

12.15 tengahari

Majlis Penyampaian hadiah

12.45 tengahari

Majlis bersurai

Majlis penutup di bawah kendalian Panitia Bahasa Inggeris :

Pn. Sazlina bt. Sadikon

Pn.Rosnani bt. Roslan

Pn. Fazidah bt. Hussin

En. Khairuddin b. Muda


Gambar-gambar sekitar majlis perhimpunan Bulan Bahasa Kebangsaan dan pelancaran Bulan Aspresiasi Bahasa SAMER 2010 dan beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan.