Isnin, Jun 13, 2011

Masih ada lagi perjuangan...

      


Perjuangan ahli Kubukubuku SAMER masih diteruskan. Pasukan Forum Remaja Bahasa Melayu masih lagi berpeluang meneruskan perjuangan ke peringkat akhir daerah Gombak.

Beberapa waktu menantikan jawapan daripada Juruteknik dan Ketua-ketua hakim daerah Gombak, akhirnya kami menerima surat daripada PPD Gombak yang mengesahkan pasukan Forum terpilih menjadi salah sebuah daripada 8 buah sekolah yang terbaik dan  akan meneruskan perjuangan ke peringkat akhir daerah Gombak.  Sesi akhir akan berlangsung pada 14 Jun, 2011 bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Rawang (SEPINTAR).

Besar harapan kami semoga perjuangan ini akan dapat diteruskan mewakili daerah Gombak ke peringkat negeri Selangor dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan.  Semoga harapan tidak akan hanya tinggal harapan. Perjuangan akan diteruskan juga dengan segala usaha dan kegigihan peserta.... Jika perginya mereka akan membawa piala kejuaraan, Alhamdullillah... Doakan peserta forum kami ini....