Khamis, September 22, 2011

Ahli KUBUKU BUKU pada Hari Anugerah Kokurikulum 2011

 Sudah agak lama tiada perkembangan yang tercatat dalam ruangan KUBUKU BUKU ini. Sehubungan dengan kesibukan pelbagai aktiviti dan kegiatan yang dilaksanakan di sekolah yang melibatkan para pelajar dan guru. Tambahan pula mulai Julai, semua pihak sangat berkerja keras memastikan pencapaian akademik  terutama dalam peperiksaan besar seperti PMR, SMA dan SPM patut diberikan keutamaan.

        KUBUKU BUKU ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas anugerah yang diberikan kepada beberapa ahli KUBUKU BUKU sempena Hari Anugerah Kokurikulum yang diadakan pada 15 September, 2011 yang lalu.

      Antara senarai penerima anugerah yang terlibat ialah :
 
1. Anugerah Koakademik/MTQ/Ikhtifal/KAMIL : 

Lelaki  :Muhammad Nur Faiz bin Abdullah

Perempuan : Julyle bt. Muhamad Sugandi
2. Tokoh Kokurikulum
Lelaki : Mohd Syazmee bin Sapian

 3. Pasukan koakademik Terbaik : Pasukan Debat Bahasa Melayu Ala Parlimen ( Tempat ketiga Peringkat negeri Selangor

4. Pasukan KAMIL terbaik :
Musamarah (Perempuan)

5. Peserta Koakademik Terbaik :
Khairul Ikhwan bin Abu Khairi (Pendebat terbaik Daerah Gombak)

6. Peserta KAMIL terbaik:
Men.Atas Lelaki : Muhamad Syazmee bin Sapian

Men.Atas Perempuan : Julyle bt. Mohd Sugandi

7. Guru Pembimbing koakademik terbaik :
Pn. Noraishah bt. Ibrahim
En. Abdul Hidir Afnizal bin Abdul Latif

8. Guru Pembimbing KAMIL terbaik:
Pn. Dewi Fickry bt. Wahidin (Tafsir Al-Quran)

Pn. Mustazzila bt. Mustakhim (Musamarah perempuan)

Pn. Hayati Zanirah bt. Idris
(Musamarah perempuan)

8. Anugerah  Koakademik/MTQ/Ihtifal/ KAMIL:
Julyle bt. Muhammad Sugandi


Pencapaian terbaik  ahli :
1. Pasukan Forum Remaja  SAMER telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam daerah Gombak. Setelah berjaya mendapat tempat 8 pasukan terbaik daripada 36 pasukan yang bertanding.
Pencapaian terbaik sejak tahun 2007. 
Senarai ahli:
Muhd Najib bin Selamat 
Muhammad Zakuan
Nor Aqilah bt. Johari
Fadhillah bt. Miszairi
Mohd Farid b. Yahya

 2. Pasukan Pantun Sekolah
Mencapai tahap terbaik melepasi peringkat suku akhir dan tewas kepada pasukan SBPI Rawang, dengan kekalahan bermaruah.
Kekalahan yang dirasakan berlaku kerana sedikit kekeliruan pada kesilapan teknik sewaktu penghakiman pada pusingan bonus. Namun tahniah kepada semua peserta pantun kerana redha dengan keputusan yang telah dibuat. Semoga peserta akan menanamkan semangat untuk mencapai keputusan lebih baik. Insyaallah.

         Pencapaian yang agak baik sepanjang tahun ini amat membanggakan pihak KUBUKU BUKU dan pihak Sekolah Agama Menengah Rawang. Secara peribadi, kami amat berbangga dengan kalian yang sentiasa berusaha untuk mendapat yang terbaik sebaik mungkin. Tahniah kerana anda tidak pernah berputus asa untuk memajukan diri dan berusaha dalam satu pasukan ukhwah yang erat. Barakallahufiq..