Barisan pendebat baru ini diketuai oleh Khairul Ikhwan bin Abu Khairi ; yang juga selaku pengerusi KUBUKU BUKU SAMER tahun ini. Hanya beliau merupakan pendebat lama berbanding dengan lima pendebat yang lain. Namun tiada kebergantungan yang keterlaluan dalam pasukan ini kepada satu-satunya pendebat senior ini, menjadikan kumpulan ini sentiasa berkerjasama dan tahu dalam melaksanakan peranan masing-masing.
Fairuznur Husna bt. Mohd Ashari, seorang yang bersikap rendah diri, namun siapa tahu di dalam dirinya itu ada kekuatan untuk berdiri sebagai pembahas SAMER... penglibatannya bermula pada tahun 2010 selepas penglibatannya dalam pertandingan Bahas KAMIL peringkat sekolah. Beliau dimasukkan ke pasukan bahas SAMER dan dilatih menjadi pembahas yang berani melangkah ke arena perdebatan yang lebih mencabar. Beliau berasa banyak kekurangan dan kelemahan dalam melayari bahtera perbahasan berbanding dengan rakan pembahas yang lain namun sebenarnya dengan kelemahan yang dirasai itu telah terus mendorong beliau untuk menjadi lebih berani. Tahniah Fairuz dalam usaha untuk membaiki kelemahan itu dan kami percaya ketrampilan akan terserlah juga akhirnya... gunakan kelemahan dan kekurangan yang ada sebagai langkah pertama menjadi hebat dan terus membina keyakinan dan kemantapan tekad dalam membangunkan diri ke mercu kejayaan. Arena ini sebagai wahana kecemerlangan suatu masa nanti insyaallah.

Mantan seorang pembahas yang tidak kurang hebatnya, Mohd Haiqal Kamal ini juga suatu ketika dahulu mempunyai rasa kekurangan dalam dirinya... Penglibatan awal beliau bukanlah arena perbahasan...akan tetapi arena berbalas pantun. Beliau seorang pemantun yang hebat dan cekap berpantun dalam pelbagai keadaan dan menyesuaikan dengan konteks. Namun beliau memilih arena perbahasan dan mengorbankan minat beliau berpantun. Dan beliau memberikan kerjasama yang begitu baik, sehingga kekurangan yang selama berada di arena perbahasan itu telah menjadikan beliau lebih berani dan kini beliau pantas memberikan hujah dalam pelbagai isu. Beliau sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan yang ada.. Kini dalam beberapa minggu ini beliau berusaha untuk membantu junior pasukan bahas ini dalam melalui perjuangan di arena perdebatan ini.

Begitu juga dengan Mohd Syazreen bin Zulkifli dan Abdullah bin Mohd Zudin... Syazreen merupakan pendebat Bahasa Inggeris dan akhir berada dalam pasukan ini. Beliau seorang yang rela belajar dan diajar untuk terus berada di arena perbahasan.

Abdullah seorang pelajar tingkatan dua, merupakan adik bongsu dalam kumpulan bahas SAMER; dan berperanan sebagai 'Bank soalan' dan tempat untuk sebahagian besar urusan pembahas sekolah. Abdullah seorang yang kami harapkan menggantikan pendebat-pendebat hebat di SAMER..
Agaknya apakah yang berlaku kepada pengerusi Kubuku Buku ini????
Mungkin beliau agak letih memikirkan hujah yang akan dikemukakan sewaktu pertandingan tersebut. Khairul Ikhwan merupakan pembahas terbaik sejak 2009 lagi dan memberikan saingan hebat kepada pihak lawan... petah berkata-kata dan banyak sekali analoginya...
Sesi latihan diadakan sejak sebulan lalu, namun Pn. Noraishah seorang yang bertegas supaya proses pengajaran dan pembelajaran perlu diikuti oleh para pelajar. Gambar sesi latihan ini, kami rakamkan agak lewat dan tidak banyak yang dapat kami dapat bantu mereka.. Atas alasan itu, kami berasakan banyak peningkatan dalam membentuk pasukan yang dianggap baru ini.
Seorang lagi pembahas SAMER yang tidak kurang hebatnya, Anisatul... seorang yang manja namun bersuara lantang dan tegas. Sikapnya yang bersahaja dan sentiasa riang itu melindungi situasi dirinya yang sebenar..


Kumpulan hakim yang tidak kurang hebatnya ini telah melaksanakan tanggungjawab secara adil dan jelas, insyaallah... Bukan kami memuji kerana akhirnya piala pusingan itu telah jatuh kembali ke pangkuan SAMER...tetapi itulah kenyataannya...


Tidak juga dilupakan kepada mantan Pengerusi KUBUKU BUKU (2009-2010) Saudara Mohd Hazim bin Hisan; yang memberikan kerjasama dalam melatih pasukan debat ini... Beliau sanggup bermalam-malam di SAMER untuk melestari impian dan kejayaan kepada pasukan SAMER pada hari ini. Beliau kini lebih matang dan lebih memperlihatkan ketrampilan yang menyakinkan... dan kami yakin beliau akan menjadi seorang pemimpin hebat suatu masa nanti...

Pasukan yang hadir untuk ke peringkat separuh akhir terdiri daripada SMK Bandar Baru Sg.Buloh, SMK Darul Ehsan dan SMK Seri Keramat... dan hampir setiap tahun pasukan Bahas SAMER akan bertemu dengan mereka... Hal ini bermakna semua pasukan ini adalah antara pasukan sekolah-sekolah menengah yang terbaik dalam daerah Gombak
Barisan juri hakim dalam pertandingan separuh akhir dan akhir yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Faizullah bin Buyong ini, memberikan kekuatan dan keyakinan bahawa pasukan pembahas SAMER merupakan pasukan terbaik di daerah Gombak.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yang bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis pertandingan akhir Bahas Bahasa Melayu ala Parlimen yang memilih SAMER sebagai tuanrumah.
Terima kasih juga kepada semua guru dan para pelajar yang turut memberikan sokongan moral kepada pasukan pembahas sekolah kita yang kita kasihi ini. Terima kasih kerana kalian berbangga dengan pasukan kita, dalam pelbagai keadaan... Insyaallah sokongan yang berterusan yang kalian berikan akan membantu pasukan debat SAMER untuk terus maju dan berjaya ke peringkat seterusnya... doakan kejayaan mereka bersama-sama..
Pada peringkat akhir, SAMER sebagai pihak pembangkang bertemu dengan SMK Seri Keramat sebagai pihak Kerajaan dengan usul Malaysia mampu menjadi pusat pendidikan Dunia..
Apabila pengerusi majlis iaitu Ustaz Abdul Hidir Afnizal mengumumkan....
"Keputusan Usul perbahasan pada hari ini.... Malaysia mampu menjadi Pusat pendidikan Dunia ..... DITOLAK!"

Maka bergemuruh dewan Umar Abdul Aziz dengan tepukan dan sorakan dan kemenangan berpihak kepada kontradiksi pambangkang iaitu pasukan Bahas SAMER untuk ke sekian kalinya....Tahun 2011 ini merupakan tahun ketiga SAMER menjulang piala pusingan yang sama...
SAMER KEKAL JUARA BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN, DAERAH GOMBAK....

Khairul Ikhwan bin Abu Khairi (Pengerusi Kubuku Buku 2011) menyandang Pembahas Terbaik Daerah Gombak... Bersama-samalah kita, warga SAMER mendoakan gelaran itu akan beliau sandang di peringkat negeri kelak, insyaallah....
Indahnya barisan piala-piala,
Tanda kejayaan berkumpulan...
Berjuanglah sehingga jaya,
SAMER pasti jadi kebanggaan..
Tajuk-tajuk yang perlu dibahaskan di peringkat negeri :
1. Pengguna Bijak Mampu Menjana Ekonomi Negara (Pusingan Suku Akhir)

3.Teknologi Hijau dapat melestarikan
alam (Akhir)
Doakan kejayaan pasukan Bahas Bahasa Melayu ala Parlimen SAMER, dapat melalui perjalanan seterusnya dengan dipermudahkan dan dapat menjulang nama daerah Gombak ke mercu kejayaan yang lebih baik... Semoga kejayaan seterusnya milik SAMER juga ....Insyaallah...