Isnin, April 04, 2011

MENERUSKAN PERJUANGAN PADA 2011

Minggu berlalu memperlihatkan berbagai-bagai pertandingan yang dilalui oleh para pelajar SAMER. Antaranya, pertandingan KAMIL peringkat zon 4, Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Daerah Gombak, Majlis Tadarus Al-Quran dan seumpamanya.

Kesibukan di SAMER berganda dengan pelbagai latihan sukan dan aktiviti kawad dan perkhemahan yang disertai oleh pelajar SAMER. Minggu pertama selepas cuti sekolah, senario yang rutin seperti tahun-tahun sebelumnya berulang lagi... Peserta pengucapan awam dan pertandingan-pertandingan seperti nasyid, tajhiz jenazah, musamarah dan seumpamanya sibuk menjalani sesi latihan.  Namun sesi PnP masih berlangsung seperti biasa walaupun sebahagian pelajar menjalani sesi latihan.  Begitu juga aktiviti pada petang hari iaitu Isnin  dan Khamis (Kelas Kecemerlangan), Selasa (Kelab Sukan/Permainan dan Latihan Sukan), Rabu (Aktiviti Badan Beruniform).  

SAMER menjadi tuan rumah KAMIL Sekolah-sekolah Menengah Bantuan Kerajaan (JAIS) untuk Zon 4.  SAMER telah memenangi 12 Johan dalam pelbagai acara ( lebih 32 acara) yang dipertandingkan; dan juga beberapa acara lain dengan pencapaian naib johan dan tempat ketiga.  Keseluruhannya, SAMER berjaya mendapat kedudukan tempat kedua dalam zon 4. Dalam MTQ pada 2 April, 2011 yang lalu SAMER berjaya  menghantar 3 orang peserta mewakili Daerah Gombak ke peringkat negeri Selangor.

Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu telah memperlihatkan kemantapan Pasukan SAMER ke peringkat separuh akhir dan akhir (insyaallah) dan melangkah satu lagi kejayaan insyaallah. Walaupun ada antara ahli pasukan merupakan ahli baru dalam arena perdebatan, namun kubuku buku mengharapkan semangat yang gigih dan berani dalam diri anak-anak ini akan dapat dibentuk dan dilatih menjadi pendebat yang hebat pada masa akan datang.  Kubukubuku SAMER amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Pn. Noraishah bt. Ibrahim dalam melatih kumpulan debat SAMER.  Komitmen yang diberikan amat berharga dan bermakna kepada kami semua.

Kubuku buku SAMER juga ingin mengucapkan penghargaan atas jasa baik dan kesudian mantan pendebat SAMER iaitu, Nurul Asna Hidayah, Mohd Haiqal Kamal dan Mohd Hazim Hisan kerana membantu dalam sesi latihan  dan memberikan sokongan moral kepada pasukan debat SAMER ini.
Kami mengharapkan semua pihak yang terlibat dengan SAMER dapat memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan pasukan debat SAMER dalam pertandingan separuh akhir dan akhir kelak; seterusnya membolehkan Pasukan Debat ini terus mewakili daerah Gombak ke peringkat yang lebih baik iaitu mewakili negeri Selangor ke peringkat Kebangsaan.. Begitulah besarnya harapan kami kepada pasukan debat sekolah ini.

Seterusnya, pihak sekolah juga akan menghantar pasukan pantun untuk mewakili sekolah di peringkat daerah... Kumpulan Pantun ini akan dilatih, dibimbing dan diuruskan oleh Pn. Norlela bt. Mat Sarip, guru yang berpengalaman dalam arena ini. Pasukan ini juga akan dibantubimbing oleh kaunselor SAMER. Beliau merupakan salah seorang wakil sekolah dalam pertandingan pantun dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang ini.  Pihak Kubuku Buku ingin mendahulukan ucapan terima kasih kepada Pn. Nurashikin bt. Ishak kerana beliau  bersedia memberikan kerjasama kepada pasukan pantun sekolah, walaupun beliau bukan guru dalam mana-mana Panitia Bahasa. Semangat yang ditunjukkan ini perlu dicontohi oleh ahli Kubuku Buku dalam menyelusuri masa-masa akan datang. 

Melalui pertandingan KAMIL zon 4 yang lalu, pasukan forum perempuan telah mendapat tempat kedua dan pasukan forum lelaki mendapat tempat ketiga. Alhamdullillah.  Namun  hanya 5 orang daripada peserta forum ini akan dipilih untuk membentuk Pasukan Forum SAMER ke pertandingan Forum Remaja peringkat daerah Gombak kelak.  Antara wakil yang disenaraikan pendek ialah Mohd Najib Selamat, Mohd Zaquan, Nur Fadhillah bt. Miszairi, Siti Aqilah Johari dan seorang pelajar tingkatan 4, isitu Mohd Farid.  Walaupun pasukan forum ini sukar unutk menjangka keputusan akhir kelak. Apatah lagi ada kalangan mereka masih baru dalam arena forum ini, memungkinkan pelbagai situasi yang bakal berlaku kelak. Kami mendoakan pasukan forum sekolah ini akan mendapat sekurang-kurangnya dalam 7 yang terbaik  dalam daerah.
Ketika ini, semua pasukan dan perseorangan acara pengucapan awam ini sedang menjalani latihan pesat untuk pertandingan yang bakal dilalui bermula oleh pasukan debat pada 7April, 2011. Diikuti pula pasukan  pantun seterusnya pasukan forum pada 19 April, 2011.
Kubuku Buku mengucapkan selamat berjuang dan semoga kejayaan milik semua pasukan pengucapan awam SAMER..pada tahun ini dan seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan