Selasa, April 23, 2013

PROGRAM RADIO BUDIMAN SAMER

KERTAS KERJA PROGRAM BUDIMAN
(RADIO SEKOLAH)

JAWATANKUASA  MBMMBI & MBA
SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG, SELANGOR.

1.0              PENDAHULUAN

Sejajar dengan kepentingan perlaksananaan dan keberhasilan yang diharapkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris dan Memperkasa Bahasa Arab MBMMBI & MBA yang dipertanggungjawab oleh  pihak sekolah melalui Jawatankuasa MBMMBI & MBA maka suatu program induk dirangka agar dapat memanafaatkan kredibiliti yang ada semaksima mungkin. Hal ini juga berkait rapat dengan keberkesanan penggunaan media dalam pembelajaran yang membantu penguasaan bahasa yang berterusan. Penyediaan persekitaran dan iklim sekolah yang berkesan ditambah dengan aktiviti yang lebih bersifat ringkas dan santai akan lebih menggalakkan proses pembelajaran yang bersifat global dan glokal. Program Budiman (Radio Sekolah) dilaksanakan bagi membolehkan proses pembelajaran sentiasa berjalan sepanjang sesi persekolahan di samping menyediakan persekitaran berbahasa yang menarik dan berkepelbagaian. Selain itu, radio sekolah juga digunakan sebagai medium dalam menyempurnakan Program Sekolah Penyayang yang diwara-warakan oleh pihak KPM baru-baru ini.

2.0    RASIONAL

            Untuk mendorong kepada penyediaan persekitaran berbahasa yang lebih meluas dan lebih terancang pihak sekolah pada awalnya telah bersetuju untuk melancarkan program khas  melalui pengkhususan Hari Bahasa sepanjang lima hari persekolahan iaitu dengan menetapkan hari Isnin dan Khamis sebagai hari Bahasa Melayu,  hari Selasa dan Jumaat sebagai Hari Bahasa Inggeris dan hari Rabu sebagai Hari Bahasa Arab.

           Sejajar dengan peranan bahasa dalam penyampaian maklumat yang paling berkesan maka program ini dilancarkan; seterusnya menjadikan penggunaan bahasa yang baik sebagai pemangkin bahasa merentasi kurikulum sekolah. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang menekankan kepentingan berbahasa secara betul dan berkualiti seterusnya melahirkan individu yang berkemahiran berbahasa dalam pelbagai bahasa tanpa mengetepikan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Pemantapan persediaan persekitaran ini amat perlu ada program yang membantu merealisasikan kebitaraan bahasa yang lebih menyeluruh dan terbuka.
          Maka atas inisiatif menyediakan  keadaan, suasana sekolah yang tenang dan selesa untuk berkomunikasi yang baik dan penguasaan berbahasa, sama ada berbahasa Malaysia, berbahasa Inggeris mahupun berbahasa Arab, maka program BUDIMAN ini dirangka dan dirancang untuk membantu menyediakan konteks berbahasa yang lebih tersusun dan diamalkan oleh semua warga sekolah. Sekaligus program MBMMBI & MBA ini memberikan kebolehyakinan menguasai semua bahasa pertuturan di sekolah ini dengan kebiasaan yang akhirnya membolehkan semua warga sekolah selesa dalam suasana hari berbahasa yang ada.

3.0    TEMA

Tema MBMMBI & MBA :
‘BAHASA MELAYU DIJUNJUNG, BAHASA INGGERIS DIKENDONG, BAHASA ARAB DIGALAS’

Tema Program BUDIMAN  :
‘BIASA BICARA BITARA BAHASA’

4.0    MATLAMAT

4.1         Menjadikan warga SAMER agar dapat berbahasa yang berekreasi dan gramatis sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan menarik minat para pelajar.
4.2         Meningkatkan penguasaan murid terhadap pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, bertutur, kemahiran tatabahasa, kemahiran meneroka dan mencari maklumat dengan penyediaan program bantu yang berkesan dan tekal serta berterusan.
4.3         Meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan dan dapat berkomunikasi dalam pelbagai situasi dan konteks
4.4         Menanamkan kecintaan terhadap bahasa rasmi negara di samping tidak menolak kepentingan Bahasa Inggeris dan keutamaan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran secara terancang.
4.5         Menyediakan persekitaran biasa dalam bicara dan akhirnya memupuk kebitaraan bahasa yang lebih baik dan molek.

5.0    OBJEKTIF

5.1         Meningkatkan minat pelajar dalam Pembelajaran dan Pembelajaran semua bahasa yang indah dan menarik dengan pendekatan yang lebih terbuka dan santai.
5.2         Mendidik warga Sekolah Agama Menengah Rawang yang sentiasa siaga dalam berbicara lisan yang membolehkan kebitaraan dalam penguasaan berbahasa yang baik.
5.3         Membentuk kebiasaan dan kelaziman penggunaan berbahasa yang menyakinkan dan lebih menguasai keterbilangan ilmu dan komunikasi yang lebih tepat dan betul.
5.4         Menekankan asas-asas kemahiran sosial atau kemahiran berbahasa dengan menggunakan konsep “Biasakan yang betul, betulkan yang biasa”
5.5         Menerapkan dasar-dasar KPM seperti Sekolah Penyayang, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah, dan seumpamanya dengan lebih meluas dan berkesan.



6.0    TARIKH
Sepanjang sesi persekolahan  mulai April, 2013; dan tahun-tahun seterusnya.

7.0    TEMPAT
Sekolah Agama Menengah Rawang, Selangor

8.0    NAMA PROJEK  : PROJEK BUDIMAN
8.1         Projek ini mula diilhamkan di sekolah pada 19 Mac, 2012  dan beberapa langkah telah diambil dalam proses pembinaannya. Diharapkan projek akan dapat terus dilaksanakan pada tahun 2013 dan pada tahun-tahun berikutnya.

8.2         Program ini dicadang dilaksanakan mulai jam 7.05 pagi hingga 7.15 pagi setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis dan pada jam 2.15 petang hingga 2.30 petang setiap hari kecuali hari Jumaat pada jam 12.45 hingga 1.00 petang.

8.3         Waktu siaran akan pada waktu rehat sesi 1 (10.25 pagi hingga 10.45 pagi) dan waktu rehat sesi 2 (10.50 pagi hingga 11.15 pagi). Radio Sekolah hanya akan berkumandang ke kawasan kantin dan dewan serta kawasan persekitaran yang bersesuaian dan sebarang informasi akan disampaikan untuk kawasan yang berkenaan sahaja (Siaran juga akan merujuk kepada jadual Pembelajaran dan Pengajaran di blok pusat sumber)

8.4         Waktu bersiaran juga akan dilanjutkan pada waktu-waktu khas seperti ketika majlis-majlis diadakan dan juga pada hari Sabtu dan Ahad ketika pelajar asrama tidak pulang ke rumah. Dimanafaatkan menerang info berkaitan secara teratur dan terancang oleh juruhebah radio yang dilatih dan dibimbing.

8.5         Waktu bersiaran pada hari Sabtu dan Ahad bergiliran akan dimulakan seawal jam 9.00 pagi dan selesai pada jam 7.00 petang. Siaran akan ditutup di kawasan blok A dan B pada waktu persediaan belajar (prep) atau sekiranya ada kelas kecemerlangan dilaksanakan. Siaran hanya akan berkumandang di kawasan kantin dan asrama (jika bersesuaian).

8.6         Penyampaian siaran akan diaplikasikan mengikut bahasa yang digunakan mengikut ketetapan minggu dan  hari bahasa yang ditentukan seperti berikut:
a.      Minggu bergilir seperti dijadualkan dalam takwim sekolah
b.      Ketentuan Bahasa mengikut hari :

HARI
BAHASA
HARI
BAHASA
Isnin
Bahasa Melayu
Jumaat
Bahasa Inggeris
Selasa
Bahasa Inggeris
*Sabtu
Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris /Bahasa Arab
Rabu
Bahasa Arab
*Ahad
Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris/ Bahasa Arab
Khamis
Bahasa Melayu
*Khas
Bahasa Melayu


8.7         Secara Konseptual BUDIMAN merujuk kepada pentafsiran perkatan ‘Budi’ dan ‘Iman’; yang menjelaskan kepada generasi yang mempunyai budi yang luhur dan mempunyai kemantapan iman yakni taqwa dalam diri yang mantap dan mampan.  Definisi BUDIMAN mengkombinasikan akronim merujuk penjelasan yang tersirat seperti di bawah iaitu :

B       =        Bicara
U       =        Ungkapan
D       =        Dunia
I         =        Ilmiah  (Ilmu Dunia dan Akhirat)
M      =        Media/Medium
A       =        Aspresiasi
N       =        NILAM

8.8         Takrif  B.U.D.I.M.A.N  secara menyeluruh

B… Bicara
Perbuatan lisan  yakni bercakap; atau bertutur; atau berkata yang bertujuan menyatakan pendapat, buah fikiran, akal budi, dan bermesyuarat.

U… Ungkapan
Susunan kata-kata yang digunakan dalam percakapan mahupun tulisan merangkumi frasa atau rangkaikata yang tertentu susunan katanya. Lazimnya ungkapan adalah susunan kata-kata indah termasuk peribahasa, kata-kata hikmah hukamah, kata-kata falsafah ; juga diberikan pengertian gabungan atau kelompok kata yang khusus untuk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa

       Ungkapan juga dapat ditafsir sebagai pernyataan sesuatu perasaan melalui ekspresi wajah. Selain itu, ungkapan boleh dirujuk gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah dan seumpamanya dalam bidang Matematik. Ungkapan dengan erti lain merupakan rumusan matematik yang dikodkan dalam bentuk suruhan atur cara.
Namun dalam konteks radio, ungkapan yang ada akan disampaikan melalui lisan sebagai suatu medium melestari maklumat.

D… Dunia
Dunia adalah satu medan perjuangan yang merupakan ruang menghadapi cabaran bagi manusia sejagat.

Sabda Rasullullah SAW bermaksud “Sesiapa yang menghadapi dunia hendaklah berilmu. Sesiapa yang mahu kepada akhirat hendaklah berilmu, dan sesiapa yang hendak kedua-duanya hendaklah dia berilmu”

I…Ilmiah
Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang duniawi dan ukhrawi.
Sabda Rasullullah SAW bermaksud : “Menuntut ilmu itu wajib ke atas orang-orang mukmim.”

M…Media/Medium
Media merujuk alat atau perantara komunikasi atau perhubungan. Medium memberi erti bahan atau sesuatu yang menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu kesan. Dalam istilah Biologi pula, medium merujuk kepada bahan atau persekitaran yang menjadi tempat tinggal (tumbuh) sesuatu organisma.

A…Aspresiasi
Aspresiasi merupakan suatu pengikhtirafan, penghargaan, meletakkan nilai dalam membuktikan rasa perghargaan kepada sesuatu atau seseorang dan melestarikan sebagai hasil sesuatu aspirasi yang diharapkan.

N…NILAM
NILAM merupakan akronim Nadi Ilmu Amalan Membaca. Hal ini bermaksud amalan membaca akan membuahkan hasil ilmu yang baik dan berkesan.


9.0    SASARAN PENDENGAR
Semasa dan Jangka Pendek
9.1              Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
9.2              Semua warga Sekolah Agama Menengah Rawang termasuk Guru, kakitangan, pekerja syarikat pembersihan, dan  pengusaha kantin
9.3              Tetamu yang hadir
9.4              Para ibu bapa dan individu yang hadir ke SAMER menziarahi anak-anak/urusan rasmi.

Jangka masa panjang
9.5              Semua penduduk sekitar 10 km dari Sekolah Agama Menengah Rawang dengan frekuensi tertentu. (Masih dalam perancangan dan penyelidikan)


10.0     KEWANGAN
  Rujuk kepada Lampiran Budi 1.


11.0  PERLAKSANAAN PROGRAM
       Sila Rujuk Lampiran Budi 2, Budi 3,Budi 4, Budi 5, dan Budi 6


12.0  PENUTUP
           Konklusinya, program ini diharapkan dapat membentuk golongan sasaran agar sentiasa mendengar, menginterprestasi, berbicara, mengucapkan ungkapan dan mengekspresi diri menggunakan  ungkapan berbahasa yang baik, molek dan bertatasusila serta mempunyai kesantunan yang terpelihara.  Hal ini diharapkan dapat melahirkan modal insan dan golongan aset masa depan yang menghargai konsep budiman yang asal iaitu berbudi, berakal, bijaksana dan menerapkan aspek berbudi bahasa, berakal budi, berbudi pekerti, bersopan santun dan memberikan jasa atau budi  yang terunggul menjana generasi terbilang dalam diri masing-masing. Insyaallah.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

‘MELESTARIKAN KEBITARAAN BAHASA UNTUK KEGEMILANGAN SEKOLAH, BANGSA DAN NEGARA’


Disediakan oleh:
(NORHASIMAH  BT. HASSAN)
Guru Kanan Matapelajaran Bahasa,
Sekolah Agama Menengah Rawang, Sel.


Disemak oleh:
(NAZIRI BIN MAD ISA)
Penolong Kanan,
Sekolah Agama Menengah Rawang,Sel


Disahkan oleh:
(HJ. MOHD ZAINUL ARIFIEN BIN MOHD JAID)
Pengetua,
Sekolah Agama Menengah Rawang, Sel






LAMPIRAN  BUDI  2
JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM BUDIMAN  (RADIO SEKOLAH)
SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG,
BATU 16, JALAN IPOH, 48000 RAWANG SELANGOR.

Pengerusi                      :  Tn. Hj. Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid         (Pengetua)
Timbalan Pengerusi       :  En. Naziri bin Mad Isa                                        (Penolong Kanan)
Naib Pengerusi I           :  Pn. Hjh. Noraini bt. Jasman
Naib Pengerusi II         :  Pn. Harlina bt. Kabol
Setiausaha                   :  Hjh. Norhasimah bt. Hassan                              (GKMP Bahasa)
Penolong Setiausaha    :  Pn. Nurul Aduliena bt. Adam                             (GKMP Sains dan Matematik)
Bendahari                    :  Pn. Sarah bt. Johari                                           (Dana Induk)
Penolong Bendahari     :  Pn. Hjh. Normawati bt. Daud                            (Dana Kutipan Aktiviti Radio)
Ahli Jawatankuasa       :  Pn. Hjh. Nor Aishah bt. Ibrahim                        (Ketua Panitia Bahasa Melayu)
                                   :  Pn. Rosnani bt. Roslan                                      (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
                                    :  Pn. Ruslina bt. Hamzah                                    (Ketua Panitia Bahasa Arab)
                                   :  En. Ilias  bin Dollah                                         (Ketua Panitia Bah. Arab Al-Azhar)
                                   :  En. Mohd Ridzuan bin Ismail                             (GKMP Kemanusiaan)
                                   :  Pn. Zawatilaqmal bt. Othman                             (GKMP Teknik Vokasional)         
                                   :  Pn. Siti Hajar bt. Khalib                                     (GKMP Pendidikan Islam)
                                   :  En. Mohd Sofiuddin bin Daim                            (GKMP Al-Azhar)

Guru Pembimbing        :  Pn. Shahariza bt. Teh                                         (Bahasa Inggeris)
                                   :  Pn. Mastura bt. Osman                                      (Bahasa Inggeris)
                                   :  Pn. Sazlina bt. Sadikon                                      (Bahasa Inggeris)
                                   :  Pn. Fazidah bt. Husin                                        (Bahasa Inggeris)
                                   :  Pn. Maryuni bt. Mohamed                                (Bahasa Melayu)
                                   :  Pn. Norlela bt. Mat Sarip                                  (Bahasa Melayu)
                                   :  Pn. Zuraihah bt. Othman                                    (Bahasa Melayu/Kaunseling)
                                   :  En. Muhammad Azman bin M.Husin                  (Bahasa Arab)
                                   :  Pn. Hayati Zanirah bt. Idris                                (Bahasa Arab)
                                   :  Pn. Mustazilla bt. Mustakhim                              (Bahasa Arab)

Guru NILAM             :  Pn. Dewi Fickry bt. Wahidin
                                  :  Pn. Haslina bt. Harun

Ahli Jawatankuasa      :  En. Mohd Azrul bin Abd Aziz                                   
(Teknikal)                  :  En. Mohd Haider bin Samsuddin
                                 :  En. Mohd Azwan bin Sarjidin

AJK Tambahan          :  Semua Ketua Panitia
 
Lampiran Budi 3

JAWATANKUASA PELAKSANA PELAJAR 2013/2014
PROGRAM BUDIMAN  (RADIO SEKOLAH)

Pengerusi                                            :  Nur Farhah bt. Mahmud                              (5 Al-Hanafi)
Naib Pengerusi                                   :  Mohd Fakhrul Rodzi bin Md Tahir               (5 Al-Hanafi)
Setiausaha                                           :  Abdul Qayyim bin Roslan                             (4 Al-Maliki)
Penolong Setiausaha I                         :  Ainul Nadhirah bt. Che Hassan                    (4 Al-Maliki)
Penolong Setiausaha II                        :  Marahaini Nabila bt. Mohd Raji                  (4 Al-Maliki)
Bendahari                                           :  Nurliyana Shahira bt. Bahari                       (5 Al-Hanafi)
Penolong Bendahari                           :  Mohd Muqrie bin Sofi

Ahli Jawatankuasa
Skrip dan suntingan Bahasa Melayu  :       1.  Muhammad Aiman Syafiq bin M.Zaini  (5 As-Syafie)
                                                               2.  Norliza bt. Muhamad Sugandi                (5 Al-Maliki)
                                                               3.  Nur Atiqah bt. Norselin                           (5 Al-Hanafi)

Skrip dan suntingan Bahasa Inggeris  :      1. Siti Hawa Naimah  bt. Maheran              (5 Al-Hanafi)
                                                               2. Muhammad Sidqi b. Muhammad Naim   (5 Al-Hanafi)
                                                               3. Nur Ain Farhana bt. Mohd Adnan            (5 Al-Hanafi)

Skrip dan suntingan Bahasa Arab       :     1. Muhd Aqil Musthakim bin Mohd Fadzil  (5 Al-Hanafi)
                                                               2. Siti Nurul Afifah bt. Fauzi                                     (5 Al-Maliki)
                                                               3. Nur Syarafana binti Kamaruddin                         (5 Al-Hanafi)

NILAM  dan ‘One Stop Read  Centre’ :  1. Muhammad Farizuan bin Mohd Shukry (5 Al- Maliki)
                                                               2. Nur Farihah bt Mohd Hariz                       (5 Al-Hanafi)
                                                               3. Mohd Nur Hariz bin Mohd Subki             (5 As-Syafie)

Teknikal, ICT dan Multimedia               :  1. Muhammad Fahmi bin Abdul Muin        (5 Al-Maliki)
                                                               2. Muhammad Hilmi bin Mohd Shafawi     (5 Al-Hanafi)
                                                               3. Ameera Adnin binti Anuar                       (5 As-Syafie)
                                                               4. Tiara Zulaikha bt Mohd Subahir              (5 As-Syafie)
                                                               5. Nur Athirah bt. Roslan                             (5 Al-Maliki)
                                                               6. Nawal bt. Mohd Sopian                           (5 Al-Maliki)



SEGMEN KHAS (BAHASA-BAHASA LAIN)
BIL
NAMA
TINGKATAN
KEUTAMAAN SEGMEN
1.
Muhammad Ashek bin Muhammad Nazarulla
4 Al-Maliki
Bahasa Tamil, BA, BI, BM
2.
Nurul Natasya bt. Nazarulla
5 As-Syafie
Bahasa Tamil, BM, BA, BI
3.
Muhammad Adib Aiman bin Zahariman
4 Al-Hambali
Bahasa Spain, BI, BM, BA
4.
Muhammad Syamil Iqhwan bin Ridzuan
4 Al- Hambali
Bahasa Jepun, BM
5.
Yusuf bin Muhammad Fadhullah Ng
1 Al-Hambali
Bahasa China, BI, BM, BA
6.
Nur Shafiqah bt. Ramli
5 As-Syafie
Korea
7.
Nurul Husna bt. Mohd Nasir
2 Al-Hanafi
Korea, China, BM


Senarai Penyampai / juruhebah         :   Semua Ahli Jawatankuasa Induk secara automatik
                                                                menjadi  Penyampai Radio Budiman@SAMER.

Semua senarai penyampai/juruhebah radio yang disenaraikan di bawah ini adalah pemohon-pemohon yang ingin menjadi ahli secara sukarela. Pihak Radio Budiman @SAMER memberikan peluang kepada semua yang memohon dan mereka akan dilatih untuk mengendalikan radio dengan sebaik mungkin.

MENENGAH ATAS
BIL
NAMA
TINGKATAN
KEUTAMAAN SEGMEN
01
Muhammad Fikri bin Mohd Arief
5 As-Syafie
BM, BI, BA
02
Fitri Munawaroh binti Zailani Nasty
5 Al-Maliki
BA, BI, BM
03
Nurul Syuhadah binti Jasni
5 Al-Hambali
BA, BI, BM
04
Nur Syarafana binti Kamaruddin
5 Al-Hanafi
BA, BI, BM
05
Muhammad Sidqi bin Muhamad Naim
5 Al-Hanafi
BI, BA, BM
06
Muhammad Naqib bin Salleh
5 As-Syafie
BM, BI, BA
07
Amirul Aiman bin Amran
5 As- Syafie
BM, BI, BA
08
Muhammad Hafizzuddin bin Abdul Halim
5 As-Syafie
BI, BA, BM
09
Muhammad Shahrul Izwan bin Khairuddin
5 As-Syafie
BA, BM, BI
10
Nazirul Syakir bin Romlan
5 As-Syafie
BI, BM, BA
11
Muhammad  Aiman Syafiq bin M.Zaini
5 As-Syafie
BA, BI
12
Nurliyana Shahira bt. Baharli
5 Al-Hanafi
BM, BA
13
Nur Hidayu binti Razali
5 Al-Hanafi
BM, BI
14
Mazwin Qairunnisa bt Zaidi
5Al-Hambali
BI, BM
15
Najlah bt. Sopian
5Al-Hambali
BM, BI
16
Syafiq Ikmal  bin  Muhammad Nisran
5Al-Hambali
BM
17
Muhammad Ashek bin Mohamed Nazarullah
4 Al-Maliki
BA, BM, BI
18
Nursaidatul  Husna bt. Shahrul Anuar
4 Al-Maliki
BI, BM, BA
19
Nur Raihanah bt. Md. Rosman
4 Al-Maliki
BM, BI, BA
20
Yusra Insyirah  bt. Ibrahim
4 Al-Maliki
BI, BM,
21
Marahaini Nabilah  bt. Mohd Raji
4 Al-Maliki
BA, BM
22
Nur Hidayah bt. Hassan
4 Al-Maliki
BA, BM, BI
23
Anis Adilla bt. Anuar
4 Al-Hambali
BM, BI, BA
24
Muhammad Syafiq bin Mat Zali
4 Al-Hambali
BI, BM, BA
25
Amy Nadhira bt. Ahmad
4 Al-Hambali
BA, BM
26
Ainul Nadhirah bt. Che Hassan
4 Al-Maliki
BM, BI, BA
27
Khairunnajihah bt. Zulkefli
4 Al-Maliki
BM, BI, BA
28
Ain Farhana bt. Jaafar
4 Al- Hanafi
BM, BI, BA
29
Nur Hanis bt. Md Isa
4 Al –Hanafi
BM, BI, BA
30
Nurul Najwa bt. Muhammad Nasyir
4 Al- Maliki
BM,BI, BA
31
Farah Syafinaz 
4 Al-Hanafi
BI, BM, BA
32
Widad bt. Md Zain
4 Al-Hanafi
BA, BM
33
Nur Qamarina bt. Badrul Hisham
4 Al-Hanafi
BM, BI, BA
34
Khairunnisa’ bt. Kamal
4 Al-Hanafi
BM
35
Muhammad Miqdad bin Amdan
5Al-Maliki
BA, BM
36
Muhammad Hazwan bin  Hasbollah
5Al-Maliki
BM
37
Azwan B. Ismail
5Al-Maliki
BA
38
Aiman Hakim B. Suhaimi
5Al-Maliki
BI
39
Zikril Hakimi B. Kamaruddin
5Al-Hambali
BI, BM

MENENGAH RENDAH
BIL
NAMA
TINGKATAN
KEUTAMAAN SEGMEN
01
Nurul Afiqah  bt. Muzaili
2 As-Syafie
BM, BI, BA
02
Rasyidah bt. Nasiar
2 As-Syafie
BM, BI, BA
03
Rakinah bt. Abdul Rahman
3 Al-Hanafi
BM, BI, BA
04
Mohd Suhail
2 As-Syafie
BM, BI, BA
05
Afri Zikri Bin Shahrul
1 Al-Hambali
BM, BI, BA
06
Muhammad Haziq Aiman bin Mohd Jihadi
1 Al-Hambali
BA, BM, BI
07
Muhammad Irfan bin Badrul Munir
1 Al-Hambali
BM, BI, BA
08
Izzat Fahmi bin Ramli
1 Al-Hambali
BA, BM, BI
09
Nur Anis Thamaniah bt. Muhammad Sulaiman
1 Al-Hanafi
BM, BI, BA
10
Aina Maisarah bt. Zulkefli
1 Al-Hanafi
BA, BM, BI
11
Farhana bt. Ismail
1 Al-Hanafi
BA, BM, BI
12
Muhammad Naufal bin Lahami Salihin
1 Al-Hambali
BA, BM, BI
13
Muhammad Danish Farhan bin Mohd Faizal
1 Al-Hambali
BM, BI, BA
14
Muhamaad Nilyunyu
1 As-Syafie
BM, BI, BA
15
Nur Alya Khalisya bt. Amran
1 Al-Hanafi
BM, BI, BA
16
Nurul Najwa bt. Nizam
1 Al-Hanafi
BM, BI, BA
17
Nur Izzah Afiqah bt. Rosdin
1 Al-Hanafi
BM, BI, BA
18
Nur Najihah bt. Mohd Roslan
1 Al-Hanafi
BM, BI, BA
19
Nurul Nasuha bt. Mohd Riduan
1 Al-Hanafi
BM, BI, BA
20
Nurul Hidayah bt. Mohd Sayothi
1 Al-Hanafi
BM, BI, BA
21
Sofiatun Naqibah bt. Mohd Rizal
1 Al-Hanafi
BM, BI, BA
22
Nur Aqilah bt. Md Yassin
1 Al-Hanafi
BM, BI, BA
23
Nurul Rafiqah Najwa bt. Mohd Rasyid
1 Al-Hanafi
BM, BI, BA
24
Syuhailah bt. Sulaiman
1 Al-Hanafi
BM, BI, BA
25
Amiratul Balqis bt. Mohyee
1 Al-Hanafi
BM, BI, BA
26
Nur Nisaa’ Solehah bt. Muhd Hazawil
1 Al-Hanafi
BM, BI, BA
27
‘Ainna Afwawafa bt. Abdul Rahman
1 Al-Hanafi
BM, BI, BA
28
Nur Anis Sbarina bt. Azri Sham
1 Al-Maliki
BI, BM
29
Nurul Qasdina bt. Abdul Jaleel
1 Al-Maliki
BM
30
Nurin Aina Najihah bt. Ahmad
1 Al-Maliki
BM
31
Rasyidah bt. Mohammad Nasiar
2 As-Syafie
BA, BM
32
Haqilah Ainur Balqis bt. Hairul Anuar
2 As-Syafie
BA, BM
33
Nurul Najwa bt. Abd Rahman
2 As-Syafie
BM
34
Nurul Afiqah bt. Muzaili
2 As-Syafie
BM
35
Nur Syammi bt. Shahari
2 As-Syafie
BM
36
Nurul Izzati bt. Zakaria
2 Al Hanafi
BM, BI, BA
37
Nur Nabilah Aisyah bt. Shahrul Anuar
2 Al Hanafi
BM, BI, BA
38
Siti Fariha bt. Yahya
2 Al Hanafi
BM, BI, BA
39
Amnan Hanani bt. Badruddin
2 Al Hanafi
BM, BI, BA
40
Nur Murshidah bt. Mohd Adam
2 Al Hanafi
BM, BI, BA
41
Nur Athirah bt. Mohd Azhar
2 Al Hanafi
BI
42
Nurul Aliah bt. Mohammad Akh
2 Al Hanafi
BM, BI, BA
43
Nur Aqilah bt. Rohimi
2 Al Hanafi
BM, BI, BA
44
Anis Syafinie bt Norul Yakin
2 Al Hanafi
BM, BI, BA
45
Noor Syazwani bt. Mohamad Yusri
2 Al-Maliki
BM, BI, BA
46
Ayu Nadhirah bt. Mohd Suhaime
2 Al-Maliki
BM, BI, BA
47
Nur Amierah bt. Khairulnizan
2 Al-Maliki
BM, BI, BA
48
Anis Shahira bt.  Shamsuri
2 Al-Maliki
BI, BA
49
Sharifah A’thirah bt. Syed Ismail
2 Al-Maliki
BI, BM
50
Nurul Hanis bt. Rohaizad
2 Al-Maliki
BI, BA
51
Siti Maisarah bt. Badri
2 Al-Maliki
BM
52
Ain Nadhirah bt. Nazli
2 Al-Maliki
BM, BI, BA
53
Nur Wahidah bt. Khalil
2 Al-Maliki
BM, BA
54
Wadhiah bt. Rosli
2 Al-Maliki
BM, BA
55
Afifah Raihanah bt. Rohimi
2 Al-Maliki
BM, BI, BA
56
Siti Aisyah Wafa bt. Muhammad Rusdi
2 Al-Maliki
BM, BI
57
Aina Afrina bt. Azmi
2 Al-Maliki
BM, BI
58
Nur Hanisah bt. Mohd Shuib
2 Al-Maliki
BA, BM
59
Nur Alissya bt Nazri
2 Al-Maliki
BM, BI


LAMPIRAN BUDI 4

KANDUNGAN DAN PENGISIAN RADIO BUDIMAN @ SAMER

1.         Bicara  Ilmu
-          Mata pelajaran
-          Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia
-          Kriteria Ilmu ( Formula atau pencirian)
-          Bijak Belajar
-          Aktiviti Koakademik (Syarat-syarat dan Keperluan)

1.         Bicara  informasi Terkini
2.         Bicara  Hati dan Minda (Nukilan kreatif)
3.         Bicara MBMMBI dan  MBA
-          Peribahasa
-          KOMSAS
-          Teknik Belajar
-          Deklamasi Puisi

4.         Bicara NILAM
-          Sinopsis Buku
-          Pertandingan/Kuiz merujuk bahan buku
-          Jelajah Kamus (Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Arab)
-          Kekotak Minda Bestari
-          Jalinan ilmu
-          Bicara Buku

5.         Bicara  Tokoh
6.         Bicara  Ucapan dan lagu ( Budaya Penyayang)
7.         Bicara  Personaliti Pilihan
8.         Bicara  Tazkirah Hadis
9.         Bicara  Qalam Allah
10.     Bicara  Istilah Hari  Ini
11.     Bicara  Lelucon
12.     Bicara  Anda bijak dan fikirkan
13.     Bicara  Penyampai Jemputan
14.     Bicara  Iklan  dan Penajaan
15.     Bicara Motivasi
16.     Bicara  permintaan lagu dan ucapan
17.     Bicara  Ustaz/ustazah @ Pesanan Guru
18.     Bicara  Hebahan
19.     Bicara  Sayang ayahanda dan Bonda
20.     Bicara  Pelita hati
21.     Bicara  Cakna Bahasa (Bahasa Lain)


#  Semua contoh  segmen disertakan adalah menggunakan Bahasa Malaysia untuk lebih mudah difahami.

SEGMEN  1 : BICARA ILMU

Objektif :
1.      Menyampaikan maklumat dalam tiga bahasa berkaitan dengan semua bidang mata pelajaran secara giliran dan menjadikan konsep ‘ala bisa tegal biasa’ sebagai fenomena mengingat sesuatu isi pelajaran secara pengulangan.
2.      Memboleh  audien/pendengar menguasai ilmu melalui pendengaran walaupun sedang berada dalam situasi santai dan bersegera.
3.      Membolehkan audien/pendengar mendapat pendedahan tentang ilmu di luar ruang litup matapelajaran yang dipelajarinya. Contohnya: Murid-murid aliran sains akan mengetahui istilah atau maklumat tentang matapelajaran Ekonomi Asas dan Perdagangan. Murid-murid menengah rendah akan mengetahui tentang matapelajaran  menengah atas. Secara tidak langsung pendedahan ini membolehkan murid di peringkat menengah rendah menentukan hala tuju mereka lebih awal

Rasional  :
Pendengar akan dapat mengenal pasti pelbagai maklumat di luar bidang penguasaan mereka dan membuat pilihan atau keputusan terhadap keperluan atau syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk masuk ke bidang yang mereka minati. Pendengar juga boleh lebih mengingati fakta yang dipelajari apabila berlaku pengulangan; seterusnya mereka akan maklum dan mahir dalam menguasai ilmu pengetahuan.

Instrumen  :
1.       Data  atau  maklumat dalam mata pelajaran yang perlu diingat atau ditekankan seperti formula, penggunaan istilah dan seumpamanya.
2.      Istilah dan ungkapan sesuai mengikut konteks dan kondisi.
3.      Rangkaikata-rangkaikata menarik seperti peribahasa dalam pengucapan dan bertulis
4.      Maklumat tentang sesuatu fakta seperti sejarah, hasil kajian dan penyelidik, kriteria pemarkahan dalam PBS dan ULBS, dan seumpamanya.

Kaedah   :
1.      Juruhebah akan membacakan instrumen mengikut giliran mata pelajaran. Instrumen dan diperolehi dan disahkan dahulu oleh panita mata pelajaran oleh wartawan atau pengumpul maklumat yang ditugaskan.
2.      Segmen akan disampaikan dalam bentuk ringkas, padat dan difahami.


3.      Untuk segmen ilmu pada hari Sabtu dan Ahad, juruhebah boleh menjemput tetamu sama ada dalam kalangan guru-guru, atau tetamu sama ibu bapa atau mantan pelajar untuk memberikan info dan maklumat dalam sesi BUAL BICARA ILMIAH.
a.      Pihak ibu bapa yang ahli dalam bidang tertentu dengan bercerita tentang pengetahuan atau pengalaman dalam bidang yang diceburi.
b.      Pihak juruhebah boleh mengumpulkan soalan daripada kalangan pelajar pada minggu sebelum bersiaran untuk diajukan dan dijawab oleh guru-guru yang mata pelajarannya terpilih untuk bersiaran pada minggu itu.
c.       Mantan pelajar juga boleh diminta untuk memberikan pendapat dan pengalaman dalam bidang yang dipilih. Contohnya, memberikan tips-tips menguasai mata pelajaran dengan mudah, pendekatan yang lebih baik, dan seumpamanya.

4.      Segmen ini boleh disampaikan dalam mana-mana satu daripada tiga bahasa; atau ketiga-tiga bahasa berselang –seli yang digunakan di SAM Rawang, terutama pada segmen yang digunakan pada hari Sabtu dan Ahad.
5.      Segmen ini akan diselang-selikan dengan lagu-lagu yang bersesuaian jika perlu. Tujuan lagu-lagu ini dikumandangkan kemudian diulas sedikit oleh penyampai radio adalah untuk mewujudkan suasana santai tetapi berinformasi.

6.      Contoh-contoh pengisian adalah seperti berikut:

Contoh 1:
Penyampai
Buat warga SAMER yang dikasihi.
Hari ini kita akan membicarakan beberapa istilah yang digunakan dalam bidang Teknik dan Vokasional iaitu istilah yang sinonim dengan mata pelajaran Perdagangan, Ekonomi Asas dan Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan 4 (Perniagaan dan Keusahawan)
Istilah pertama ialah duti import.
Duti import ialah sejenis bayaran yang dikenakan kepada barangan  yang dibawa masuk ke dalam negara mengikut kadar yang telah ditetapkan. Syarikat pengeksport barangan ke dalam negara mesti menanggung bayaran tersebut sebagai syarat kemasukan barangan atau produk mereka di sesebuah negara yang terlibat. Hal ini bertujuan untuk mengawal kelewahan produk luar masuk ke dalam pasaran di sesebuah negara itu.
Istilah kedua ialah liabiliti.
Liabiliti pula bermaksud  tanggungan hutang yang dikenakan kepada ahli  atau lembaga pengarah sesebuah syarikat. Hal ini bergantung kepada jenis sesuatu perniagaan itu. Jika perniagaan tunggal semua tanggungan hutang terletak kepada pemilik tunggal tersebut. Dalam perniagaan perkongsian pula, liabiliti akan ditanggung oleh individu yang berkongsi mengikut syarat-syarat perjanjian perkongsian yang dipersetujui.
Penggunaan istilah duti import dan liabiliti sesuai digunakan dalam penulisan karangan Bahasa Malaysia menggunakan laras Ekonomi. Contoh soalan : Anda telah terpilih sebagai pembahas kedua dalam pertandingan Bahas Sekolah-sekolah pada peringkat daerah dengan tajuk: Sesebuah negara yang berjaya bergantung kuat kepada kestabilan ekonomi. Bahaskan pernyataan ini.
Kami mengharapkan info kali ini dapat membantu anda dalam menghasilkan karangan yang baik.

Contoh 2 : Bual Bicara bersama mantan pelajar SAMER

Penyampai
Hari ini kita telah menjemput salah seorang alumni sekolah kita, abang Muhd Luqman Hakim bin Mohamad untuk sesi Bicara Ilmiah.
Beliau merupakan pelajar cemerlang dan pelajar terbaik SPM 2009 dengan pencapaian 11A dan merupakan satu-satunya pelajar yang memperolehi keputusan terbaik dalam tempoh lima tahun belakang ini.
Assalamualaikum abang Luqman.
Apa khabar?
Tetamu
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, abang sihat-sihat sahaja. Terima kasih abang ucapkan kepada pihak radio Budiman @ SAMER kerana sudi menjemput abang hari ini untuk segmen Bicara Ilmiah. Sememangnya abang amat teruja apabila menerima surat jemputan untuk hadir ke rancangan ini  dan berkongsi dengan adik-adik tentang pengalaman abang.
Penyampai
Sama-sama. Kami memang amat menghargai kehadiran abang ke sini hari ini. Kesudian abang merupakan satu rahmat buat kami.
Baiklah. Boleh abang perkenalkan diri abang dengan lebih terperinci. Almaklum, banyak adik-adik kita dan warga pendengar kita hari ini mungkin belum mengenali diri abang. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Bukan begitu, abang Luqman?
Tetamu
Hmm…
Abang setuju dengan pernyataan adik Muqrie.
Nama abang, macam yang Muqrie perkenalkan tadi. Muhd Luqman Hakim bin Mohamad. Abang anak sulung daripada dua adik beradik. Adik abang, Fatimah Az-Zahra juga mantan murid SAMER..
Abang sekarang ini sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan perubatan. Tahun ketiga sekarang ini. Namun selepas SPM, abang terlebih dahulu melanjutkan pelajaran di Darul Quran.
Alhamdullillah, abang amat bersyukur kerana terpilih belajar di SAMER ini. Sejak daripada sekolah rendah, abang bercita-cita belajar di SAMER ini.
Oh, lupa abang hendak beritahu. Abang sebenarnya tinggal di Taman Mawar sahaja di bawah bukit ini. Ayah abang seorang pensyarah di UIAM dan ibu abang, suri rumah tetapi mengusahakan pusat asuhan kanak-kanak.
Macam Muqrie katakan tadi, tidak kenal maka tidak cinta.. begitu juga dengan abang. Lima tahun di SAMER menjadikan abang sangat kasih akan sekolah kita ini. Pada awal meninggalkan SAMER, abang akan selalu balik untuk ‘menjengah’ SAMER kita ini. Bak kata orang yang kemaruk bercinta, tak nampak orangnya nampak bumbung rumah pun jadilah.
Abang berbangga belajar di sini, yang sekaligus menjadikan abang ini individu yang seimbang. Abang memang mengakui sahsiah dan peribadi abang hari ini juga adalah hasil tangan guru-guru di sini. Dan jika ada mantan guru yang pernah mengajar saya mendengar siaran kita hari ini.. terima kasih dengan segala tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan kepada saya. Tiada ungkapan yang dapat menjelaskannya. Terima kasih kerana menjadikan saya insan berguna pada hari ini.
Penyampai
Saya yakin ada kalangan guru-guru kita ada pada hari ini, terutama pihak warden kita. Walaupun saya tahu abang tidak menginap di asrama ketika belajar dulu namun warden yang ada merupakan guru-guru kita yang tidak jemu-jemu memberikan komitmen kepada sekolah
Abang Luqman,
Apa rahsia abang dalam menuntut ilmu sehingga mencapai kecemerlangan yang terbilang di SAMER ini?
Tetamu
Bagi abang, Muqrie..sebenarnya mudah sahaja. SMART-3T.
Solat, Muhasabah, Amanah, Rehlah,Taqwa - Tekun/Tekal/Tawadduk
Kita ini sebagai umat Islam, sememangnya kita seharusnya menjaga solat. Baik dan sempurna solat kita maka sempurnalah diri kita.  Nasihat abang adik-adik wajib menjaga solat dan sentiasa memperbaiki solat tersebut.
Kedua,kita mesti muhasabah setiap apa yang kita lakukan. Jika ada kekurangan dan kelemahan kita perbaiki. Setiap hari terutama sebelum tidur.
Amanah, yakni amanah dengan apa yang kita terima sama ada kepercayaan ibu bapa, tanggungjawab kita sebagai orang yang menuntut ilmu, anak dan apa sahaja yang kita buat.. kita amanah. Hidup kita pasti tenang.
Rehlah.. Diri dan hidup kita perlu kerehatan. Kita perlu seimbangkan waktu rehat kita juga. Susun jadual. Waktu minda kita perlu berehat maka kita berehatlah. Dan ilmu akan lebih cepat kita kuasa.
Taqwa. Bagi abang kita perlu buat semua hal yang menjadi ibadat itu secara seimbang. Di dunia mahupun akhirat. Dan 3T Tekun, tekal dan tawaduk pula pelengkap ketaqwaan itu.

Penyampai
Wah, abang ada perancangan untuk hidup abang sendiri. Bagaimana abang dapat menguasai semua mata pelajaran dengan baik. 11 A pada orang seperti bukanlah mudah untuk dicapai.
Tetamu
Abang percaya Muqrie juga boleh sebenarnya. Selain abang menggunakan SMART-3T, abang juga set minda abang dalam menghadapi kekangan belajar ini. Contoh, set di minda kita ini… Matematik itu mudah. Tak kiralah sama matematik moden mahupun matematik tambahan. Maka dengan pemikiran itu membolehkan kita sentiasa bersikap positif. Set juga dalam minda kita, jika orang lain boleh kita juga tentu boleh. Jangan cepat mengalah.
Satu hal lagi sikap kita sendiri, jangan mudah berputus asa. Kena buat latihan selalu. Jika guru berikan tugas atau kerja latihan dalam kelas. Siapkan dahulu segera. Jadi dalam masa sama kita sudah menjimatkan masa untuk lebih banyak mengulangkaji mata pelajaran. Persediaan awal juga penting untuk membolehkan kita faham akan isi pelajaran kita.
Dan sesi bual bicara seterusnya dalam masa yang ditetapkan atau dijadualkan.


SEGMEN  2 : BERITA INFORMASI TERKINI

Objektif :
1.      Menyampaikan maklumat dalam tiga bahasa berkaitan tentang maklumat atau informasi atau perkembangan terkini di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan.
2.      Murid dapat mengetahui perkembangan yang berlaku dalam dan luar sekolah.
3.      Memasyhurkan pencapaian warga SAMER dan berkongsi kegembiraan atas penghargaan yang diperolehi agar menjadi dorongan kepada mereka yang lain.
Rasional  :
Pendengar akan dapat mengetahui maklumat terkini yang berlaku di SAMER dengan lebih cepat dan menyeluruh. Hal ini disebabkan terdapat warga SAMER yang tidak mengetahui perkembangan terkini  atau semasa yang berlaku dan medium ini menjadikan penyebaran maklumat lebih meluas dan diketahui oleh mereka yang tiada kelapangan mencari berita.
Instrumen  :
1.      Penyertaan dan status pencapaian penyertaan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan oleh warga SAMER
2.      Perkembangan, peristiwa, kejadian yang berlaku di sekitar sekolah
3.      Perkembangan luar yang berkaitan dengan senario di sekolah
4.      Acara atau majlis yang sedang dirancang, sedang berlaku dan laporan peristiwa berlaku berkaitan sekolah.
Kaedah   :
1.      Pengumpulan maklumat tentang peristiwa, perkembangan, aktiviti, majlis sekolah sama ada di peringkat sekolah, PPD, JPN, KPM dan kebangsaan.
2.      Meringkaskan berita kepada frasa atau format yang khusus. Membacakan dan menyampaikan berita mengikut keutamaan informasi.
3.      Memberikan ulasan ringkas sekiranya bersesuaian
4.      Disampaikan ikut jadual ditetapkan. Contoh setiap satu jam Radio Budiman ke udara, atau setiap jam 9.00 pagi; 12.00 tengah hari; 3.00 petang dan 5 petang pada hari Sabtu dan Ahad bergiliran.
5.      Boleh juga menyampaikan berita-berita penting semasa atau kecemasan. Contoh, kehilangan individu atau kanak-kanak oleh ibu bapa yang melawat anak-anak; Atau kehilangan wang atau barangan ketika waktu melawat dan seumpama.
6.      Menwara-warakan peristiwa penting sekolah yang sedang berlaku sepanjang minggu berlangsung.
7.      Contoh segmen 2 seperti :
a.      Bicara informasi terkini.
1.      SAMER berjaya menjadi Johan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Menengah Daerah Gombak buat kali ke-5
2.      Penyertaan peserta memanah dibatalkan pada Kejohanan Memanah peringkat sekolah-sekolah Daerah Gombak.
3.      Lima orang guru menerima Anugerah Prestasi Cemerlang 2012.

b.      Bicara informasi penuh.
1.      Pasukan Debat Bahasa Melayu SAMER memecahkan rekod menjadi johan pada Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Menengah Daerah Gombak buat kali keenam berturut-turut. Kejayaan ini disifatkan sebagai satu kehebatan yang tidak dinafikan dan meletakkan pendebat SAMER sebagai lagenda yang disegani dalam kalangan sekolah-sekolah daerah Gombak ini. Usul Malaysia dapat menjadi pusat pendidikan dunia yang dicadangakan oleh  SAMER sebagai kerajaan diterima menewaskan SMK Bandar Baru Sg.Buloh dengan undian 6:1. Tahniah diucapkan kepada pasukan Debat Bahasa Malaysia SAMER atas kejayaan tersebut.
2.      Penyertaan dua daripada tujuh orang peserta SAMER dalam Kejohanan Memanah sekolah-sekolah Daerah Gombak dibatalkan kerana tidak menepati syarat umur yang dibenarkan. Pengurus yang juga selaku jurulatih pasukan, Ustaz Mohd Ridzuan bin Ismail berkata, beliau menerima keputusan itu dan mengakui beliau tidak menyedari syarat tersebut sehinggalah pada saat-saat akhir pendaftaran. Namun begitu lima orang peserta lain telah menunjukkan prestasi yang baik dalam pertandingan tersebut. Kekurangan mata kumpulan akibat pembatalan dua orang peserta itu tidak melayakkan pasukan memanah SAMER ke peringkat yang lebih baik. Ustaz Mohd Ridzuan berjanji perkara itu tidak akan berlaku pada masa-masa akan datang dan percaya SAMER akan mendapat tempat pada pertandingan akan datang.
3.      Lima orang guru SAMER telah menerima Anugerah Prestasi Cemerlang tahun 2012 yang diumumkan pada 13 April, 2013 yang lalu. Guru-guru tersebut ialah:
1.      Pn. Rosnani bt. Roslan
2.      En. Yusri bin Ayob
3.      Pn. Harlina bt. Kabol
4.      En. Mohd Haider bin Samsuddin dan
5.      En. Abdul Hidir Afnizal bin Abdul Latif
Tahniah diucapkan kepada kelima-lima penerima APC 2012. Dan semoga SAMER akan terus cemerlang dengan kecemerlangan semua guru dan kakitangan sekolah ini.


SEGMEN  3 : BICARA HATI DAN MINDA (NUKILAN RASA)

Objektif :
1.      Menyampaikan bicara yang berkaitan pendapat, nukilan rasa, luahan hati dan minda secara kreatif sama nukilan prosa atau puisi dalam tiga bahasa berkaitan.
2.      Memberikan peluang mengembang idea secara bernas dan menggunakan medium yang betul untuk menyampaikan pendapat dan mesej kepada orang lain.

Rasional  :
Warga Sekolah rata-rata memiliki bakat yang tersendiri namun tidak dapat dikembangkan dengan baik sama ada disebabkan kerana tidak tahu  atau tiada wahana yang dapat digunakan untuk menyerlahkan bakat mereka. Maka pihak Radio Budiman memberikan peluang kepada mereka yang ingin menyerlahkan bakat mereka dengan lebih sistematik untuk membentuk keyakinan mereka.
Instrumen  :
1.      Hasil karya dikumpulkan dan dipilih serta dibaca ketika segmen ini dijadualkan.
2.      Pelbagai bentuk hasil karya kreatif seperti sajak, nukilan rasa, puisi tradisional, cerpen dan seumpamanya. Namun bahan daripada karya novel tidak akan diudarakan kerana kapasiti dan masa yang diperuntukkan terlalu panjang.

 Kaedah   :
1.      Juruhebah akan membacakan dan mendeklamasikan  instrumen mengikut keputusan perbincangan jawatankuasa.
2.      Segmen akan disampaikan mengikut kaedah penyampaian  mengikut  bentuk penyampaian yang  betul.
3.      Untuk segmen ini persembahan atau penyampaian dalam beberapa bentuk sama ada,
a.      Rakaman bahan oleh para penyampai radio yang disediakan sebelum bahan tersebut disiarkan. Untuk memberikan motivasi, nama pengkarya akan dimaklumkan.
b.      Pihak juruhebah menyampaikan bahan secara langsung dan diulas mengikut pemahaman mereka.
c.       Para ibu bapa atau saudara-mara juga boleh menyumbangkan karya untuk dikongsikan bersama para tetamu atau warga sekolah (pada hari Sabtu dan Ahad)

4.      Segmen ini akan disampaikan dalam mana-mana satu daripada tiga bahasa; atau ketiga-tiga bahasa berselang –seli yang digunakan di SAM Rawang, mengikut jenis bahasa yang digunakan dalam karya-karya yang dihantar.
5.      Pendeklamasian akan disertakan iringan muzik instrumental bagi memberikan kesan yang lebih baik.
6.      Segmen ini akan diselang-selikan dengan lagu-lagu yang bersesuaian jika perlu. Tujuan lagu-lagu ini dikumandangkan kemudian diulas sedikit oleh penyampai radio adalah untuk mewujudkan suasana santai tetapi berinformasi.
7.      Contoh-contoh pengisian adalah seperti berikut:
Bicara Hati Ini
Hati ini sering berkata….
Mengapa perlu ada kebimbangan
Mengapa perlu ada kecewa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan