ASSALAMUALAIKUM..... Bertemu kembali untuk menyelusuri perjalanan yang begitu indah walau dengan berbagai-bagai dugaan dan ujian... Setiap kenangan akan terpancar melalui gambar-gambar yang dipaparkan pada catatan ini.... Bermula catatan ini, dipaparkan tentang air yang memberikan sumber inspirasi dan ilham dalam KUBUKU BUKU SAMER ini.. Biarpun segala yang dipaparkan ini adalah kisah-kisah lama namun... umpama air itu, diharapkan ukhuwah itu akan sentiasa berkekalan.. Banyak sebab yang akan menghubungkan kita antara satu sama lain.. pastinya ia, sesuatu kenangan yang sukar dilupakan.Namun kemaafan buat insan-insan pengucapan awam yang tidak sempat atau tidak ditemui serta dipaparkan di halaman ini...


Segala yang ditempuhi oleh peserta-peserta pengucapan awam ini, pastinya ada yang menjadi pendorong dan pembimbing...yang turut bersama-sama merasai keperitan dan pengalaman demi pengalaman menerajui persada pengucapan awam ini. Guru-guru yang terlibat tentu sahaja memberikan banyak pengorbanan dari satu generasi ke satu generasi berikut... berkesinambungan...berterusan...... tanpa putusnya... setiap tahun berlalu, wajah-wajah baru mendampingi...bakat-bakat muda dicungkil... melaluinya, generasi pengucapan ini lahir... biarpun tidak sama watak-watak yang dididik namun itu bukanlah kayu ukur yang menjadikan perjuangan dan pengorbanan guru-guru itu sia-sia...


Ustazah Maryuni bt. Mohamed... Gambar di bawah diambil ketika beliau menunggu Shukri dan Matin menggantikan tayar kereta Ustazah Sazlina bt. Sadikon yang pancit... Ketika itu kami berada di Politeknik Melaka.... untuk pertandingan Kemahiran Amal Islam ( Masisuma).. SAMER menjadi Johan Debat Bahasa Melayu ketika itu.. (sanggup membawa anak-anak untuk memberikan sokongan kepada para pendebat..
Shukri sedang tukar tayar kereta ustazah Sazlina ... hati-hati, ya....Gambar :

Gambar beramai-ramai ketika majlis keraian tersebut :
Gambar di sebelah : Mohd Yazid..
Sukarnya untuk menjejaki beliau, namun alhamdullillah.... kami menemui beliau...
Melalui Azim bin Amin.... dalam blog 'Friendster', Azim melahirkan rasa terima kasihnya kerana Abang Yazid inilah yang telah 'membawa' nya ke dunia pengucapan awam di SAMER... seterusnya mutiara yang bernama Azim Amin dibentuk dan digilap oleh Ustaz Abdul Hidir dan Ustazah Sarah...
Kami bangga dengan mutiara-mutiara yang kami temui, kenali ini.... Semoga kalian akan terus berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.
Melalui gambar-gambar
ini kami ingin merakamkan betapa kami, guru-guru berbangga dengan kalian.....Berjalanlah terus di jalan Allah dan semoga kalian memberikan kami hadiah yang terbaik dengan menjadi orang yang budiman dan berguna.
Ada macam adik kakak? Pengucapan awam telah menambah kemesraan antara kami, guru dan pelajar... Bukan umur ukuran persahabatan... Adik/Mek Sue kini masih dalam pengajiannya menurut jejak kami guru-gurunya di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim...
Gambar..... kami mesra dan gembira bersama.... dalam keadaan suka dan duka ..
Jamuan keraian... turut sa,a do raikan... peserta sukan dan juga pemenang bagi kategori hafazan dan tafsir..
Kami gembira bersama..... selesa dan mesra sentiasa....



Azuan ..... sepupu kepada Sarah.... Dengarnya beliau ditimpa kemalangan jalan raya baru-baru ini.... Semoga beliau akan cepat sembuh dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan lancar.

Syed Burhanuddin.... agak lama juga terpisah...tanpa khabar berita. Seorang pendebat hebat... punyai senyuman yang bermakna....namun sukar ditafsirkan...... wajah yang tidak dapat diduga... Ciri-ciri pendebat yang baik dan sangat petah....

Dan, Hidayah adalah lawan perdebatan Syed yang hebat... Mereka sukar untuk berkongsi dan bersependapat... namun mereka bersatu hati... Kerana pertengkaran itu, kerana perbalahan itu, kerana percanggahan pendapat itu..... mereka menjadi pendukung antara satu sama lain... menjadi pendebat-pendebat hebat dan terbaik dalam kalangan kami... Tidak sependapat tidak bermakna mereka tidak bersatu hati.....
Jika masa itu boleh kembali.....tentu sekali ingin setiap ketika dirai... tapi semalam adalah kenangan, hari ini kenyataan...esok adalah harapan...

Bilik Gerakan SAMER yang sentiasa jadi tempat kami menjana idea dan mengasah kebolehan... hingga kini, setiap pertemuan ahli-ahli KUBUKUBUKU SAMER, bilik gerakan menjadi pilihan utama... Keduanya, Pusat Sumber SAMER...yang kini telah diberikan nama yang khas... Pusat Sumber Aisyah Humairah... semoga akan senantiasa gemilang dan bermanafaat untuk semua warga SAMER.....
Kami akan terus mendoakan individu-individu yang dinyatakan dalam laman ini akan terus najjah dalam apa juga bidang yang diceburi.... menggunakan ilmu dan pengalaman yang ada sebaik mungkin...

Dua serikandi kami yang tidak pernah kenal kalah dan putus asa... Mereka sentiasa berada dalam lipatan kenangan yang indah tersemat dalam sejarah SAMER..

Benih yang baik... jika dicampak ke laut, pasti menjadi pulau...




