Rabu, September 09, 2009

MAJALAH W.I.N.D = EDISI KHAS PEPERIKSAAN

EDISI KHAS PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA)
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
(Sekolah-sekolah Agama Menengah Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan (JAIS) sebelum Oktober, 2006)

ASSALAMUALAIKUM.....

KUBUKU BUKU SAMER sedang dalam usaha mengeluarkan majalah (kumpulan makalah) berbentuk ilmiah untuk membantu warga SAMER yang menduduki peperiksaan dalam konteks membantu mempertingkat pencapaian keputusan yang baik terutama dalam bidang Bahasa ( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab).

Majalah yang kami terbitkan memilih Pemuka/kulit yang berjudul W.I.N.D yang merupakan akronim bagi Wahana Intelek Naluri Diri. Perkataan ini juga dipilih berdasarkan makna positif perkataan 'wind' itu sendiri yang antaranya, tiupan angin yang kencang...bernafas...dengan mengambil sifatnya yang kuat dan pantas dan keperluan untuk terus hidup..memberi semangat dan harapan yang baik.

Pengenalan untuk majalah ini secara keseluruhan dan lengkap akan dijelaskan pada catatan yang berikutnya dalam edisi khas Majalah W.I.N.D, KUBUKU BUKU SAMER.

Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) ini menggunakan Sukatan Pelajaran Al-Azhar yang ditawarkan oleh Sekolah-sekolah Menengah Agama JAIS. Peperiksaan ini dilaksanakan ketika pelajar-pelajar calon peperiksaan ini berada dalam tingkatan empat. Peperiksaan tersebut biasanya diadakan selepas selesaiya Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Memandangkan peperiksaan tersebut hampir menjelang dan bahan-bahan tambahan untuk rujukan amat berkurangan, maka KUBUKU BUKU mengambil inisiatif pertama mengeluarkan edisi Khas Peperiksaan dengan memberikan keutamaan kepada Kertas Bahasa Arab 2 yang terkandung di dalamnya terjemahan dalam bentuk peta mina dan soalan-soalan terget setiap topik yang berkaitan. Harga senaskah makalah ini ialah RM 2.00 untuk naskah keluaran pertama ini dan jumlah naskah yang kami keluarkan adalah terhad untuk 100 naskah sahaja. Namun jika ada yang masih berminat, anda bolehlah berurusan dengan pihak redaksi KUBUKU BUKU yang diterajui oleh Saudari Nur Elyani bt Azib dan Muhammad Nasrul Hazim b. Husaini.
Semoga Makalah W.I.N.D ini dapat memberi manafaat yang banyak kepada warga SAMER, menghadapi peperiksaan yang mendatang ini.
JANGAN BERTANGGUH...DAPATKAN SENASKAH UNTUK DIRI ANDA SEKARANG!!!!
Wassalam.
Dicatat oleh :
Nurul Asna Hidayah bt. Mior Abdul Rahman
Setiausaha kehormat,
KUBUKU BUKU, SAMER, Sel.D.E.

Khamis, September 03, 2009

PENANGGUHAN TEMUDUGA PEMILIHAN AHLI



Masa terus berlalu... sedar tidak sedar, kita sudah menghampiri sebahagian bulan Ramadhan ini.. Masih tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan mengimmarahkan bulan Ramadhan ini dengan seikhlas-ikhlas ibadah... terutama untuk semua ahli KUBUKU BUKU SAMER...

Beberapa hari lagi kita akan bertemu dengan sepuluh malam terakhir Ramadhan. Semoga kita akan bertemu dengan malam yang disamakan sesuatu ibadah itu umpama ibadah seribu bulan.
Semoga semua ahli KUBUKU BUKU akan meraih semua peluang yang ada untuk mendapatkan segala rahmat, keberkatan dan keampunan daripada ALLAH Subhana wa Taala..

Seterusnya, Pihak KUBUKU BUKU juga ingin mengucapkan Selamat menyambut hari kemenangan selepas berakhirnya Ramadhan...


DAN....

Dengan segala ucapan di atas, kami ingin memohon kemaafan kerana pemilihan ahli baru KUBUKU BUKU hanya akan dilaksanakan selepas hari raya kelak... Hal ini disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Kepada sesiapa yang telah menghantar borang permohonan menjadi ahli akan dipanggil untuk menghadiri temuduga tersebut pada tarikh yang belum dapat ditentukan lagi... Semoga kalian dapat bersabar. Dan, terima kasih kerana memilih untuk terlibat dalam KUBUKU BUKU SAMER ini..

Setakat ini dulu, pengumuman daripada pihak kami. Sebarang kesulitan amat kami kesali dan didahului dengan jutaan maaf.

Sekian, dimaklumkan.

Wassalam..

Khamis, Julai 30, 2009

PEMILIHAN AHLI-AHLI BARU KUBUKU BUKU SAMER = SEMUA YANG BERKELAYAKAN DAN MENEPATI SYARAT-SYARAT DIPELAWA


KUBUKU-BUKU sedang dalam proses mencari ahli-ahli baru untuk sesi 2009/2010. Pemilihan ahli-ahli baru ini dibuat untuk mencukupkan kuota ahli seramai 50 orang ahli. Hal ini disebabkan sebahagian besar ahli merupakan pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan dan bakal meninggalkan sekolah. Semua ahli daripada kalangan tingkatan 5 diberikan perlepasan daripada aktiviti-aktiviti yang terus dilaksanakan daripada semasa ke semasa tetapi masih menjadi ahli sehingga mereka meninggalkan sekolah. Namun ahli-ahli ini masih boleh bergiat aktif dan mendapat faedah daripada keahlian mereka.

Pada mesyuarat AJK induk yang lalu telah disenaraikan organisasi KUBUKU BUKU yang baru dalam kalangan pelajar; yang diterajui daripada kalangan pelajar tingakatan 2 , 3 dan 4. Tujuan penetapan semula organisasi ini untuk membolehkan KUBUKU BUKU terus beroperasi.

Struktur Organisasi yang baru adalah seperti berikut :
Pengerusi :
Muhammad Hazim bin Hisan
Naib Pengerusi :
Muhammad Haiqal bin Kamal
Setiausaha Kehormat :
Nurul Asna Hidayah bt. Mior Abdul Rahman
Penolong setiausaha 1:
Khairul Ikhwan b. Abu Khairi
Penolong Setiausaha 2:
Fatin Nabilah bt. Abu Hassan
Bendahari :
Basmah

Penolong bendahari :
Khairunnajah bt. Zulkefli
AJK aktiviti :
Muhamad Nasrul Hazim b. Husaimi, Nur Elyani Nadhirah bt. Azib
AJK ICT dan Dokumentasi :
Mohd Asrul Hadi, Fatimah Azzahra bt. Mohamed
AJK Lawatan/Riadah/Jalinan Ukhuwah :
Faridatul Hidayah bt.Mohd Nasih , Nur Zakirah
AJK Koleksi Bahan dan Rekreasi Ilmu :
Nur Amirah Syuhada bt. Rohimi
AJK Ekonomi :
Syifa' Syuhaidah bt Azman, Abdul Adly Rabbanie bin Ab Rahim
AJK Tambahan :
Mohd Hishamuddin b. Muhaimi
(dan beberapa orang lagi - disenaraikan kemudian termasuk AJK tingkatan)

Borang permohonan keahlian seperti berikut : boleh didapati terus daripada Pengerusi dan Setiausaha KUBUKU BUKU, atau terus kepada Ustazah Norhasimah di Bilik Kurikulum sekolah. Permohonan menjadi ahli terbuka kepada semua warga SAMER tingkatan 1 hingga tingkatan 4, berminat dan berbakat dalam pengucapan awam sekolah. Tidak semestinya menjadi peserta pengucapan awam sekolah, mempunyai keterampilan yang sesuai, disiplin yang baik, berani dan berkeyakinan. Mempunyai ciri-ciri pengucapan awam dan bersedia untuk berubah dan dibentuk menjadi ikon pengucapan awam dengan berbahasa yang baik serta sedia memberikan komitmen yang jitu dalam KUBUKU BUKU. Semua warga dijemput menjadi ahli jika memenuhi syarat yang tersebut.

Namun, pemilihan ahli hanya akan menempatkan sebanyak 50 ahli sahaja... Tarikh dan maklumat temuduga pemilihan akan diberitahu kemudian.. Terima kasih kepada mereka yang memohon menjadi ahli... Adalah menjadi harapan KUBUKU BUKU untuk memilih yang terbaik dalam kalangan terbaik dan kepada sesiapa yang tidak dipilih kelak janganlah berputus asa. InsyaAllah, peluang itu akan ada sekiranya ada perubahan jumlah ahli kelak. Atau anda mungkin berpeluang untuk menjadi ahli pada tahun yang berikutnya.

Setakat ini untuk info daripada KUBUKU BUKU hari ini.. Wassalam.


Rabu, Julai 29, 2009

TAHNIAH....SEMOGA KECEMERLANGAN BERTERUSAN

Alhamdullillah... hari ini merupakan Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2009, Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER).


Tahniah, kepada pasukan debat Bahasa Melayu kerana dinobatkan sebagai pasukan koakademik terbaik bagi tahun 2009. Pendebat-pendebat yang dimaksudkan ialah Muhammad Hazim bin Hisan, Muhammad Haiqal bin Kamal, Khairul Ikhwan bin Abu Khairi, Nurul Asna Hidayah bt. Mior Abdul Rahman, Fatin Nabilah bin Abu Hassan dan Khairunnajah bt Zulkefli.



Ucapan tahniah juga untuk Ustazah Nor Aishah bt. Ibrahim, Ustazah Sarah bt Johari, Ustaz Abdul Hidir Afnizal b. Abdul Latif kerana mendapat anugerah Guru Pembimbing Terbaik Koakademik tahun 2009.




Gambar-gambar berkaitan.





Semoga kecemerlangan hari ini akan berterusan dan lebih berjaya pada masa-masa akan datang, insyaALLAH..
Wassalam..

Jumaat, Julai 17, 2009

TAHNIAH...SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DAN BELUM TERLAMBAT...

Mungkin tidak terlalu terlambat untuk KUBUKU BUKU mengucapkan tahniah kepada perkembangan dan pencapaian ahli. Pertama, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Guru Penasihat KUBUKU BUKU SAMER, Hjh Norhasimah bt Hassan atas kejayaan beliau menerima anugerah pada sambutan Hari Guru Daerah Gombak kerana berjaya mendapat Johan untuk pertandingan Menulis Cerpen Kanak-kanak bagi kategori guru Daerah Gombak.. Semoga usaha ustazah akan berterusan dan berkembang dengan sebaiknya... Tahniah...semoga mendapat keberkatan dan semoga ucapan kami ini tidak terlewat.



Kedua, ucapan tahniah ini kami tujukan kepada Ustaz Abdul Hidir Afnizal bin Abdul Latif dan pasangan beliau Puan Syahrydzat bt. Haji Mohamed Noor yang mendirikan rumahtangga pada 3o Mei,2009. Semoga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Semoga mendapat keberkatan dan semoga ingatan dan ucapan daripada kami, ahli-ahli KUBUKU BUKU untuk ustaz ini tidaklah terlewat.. Sudah hampir 2 bulan detik bahagia itu berlalu, baru kini kami berkesempatan untuk mengungkap kata ucapan ini. Semoga ustaz akan terus bersama kami dan meluangkan masa mendidik dan membantu kami..terutama dalam sesi pengucapan awam ini. Semoga dengan adanya sokongan di sisi ustaz, ustaz akan sentiasa ceria dan bersemangat menunaikan tanggungjawab dan ibadah.



Gambar Ustazah Hashimah dan Puan Syahrydzat ini diambil pada majlis walimatul urus di rumah pengantin perempuan di Taman Seri Keramat Tengah pada 31 Mei,2009.

Manis senyuman bahagia kedua-dua mempelai.
*****************************************
Gambar berikutnya diambil daripada laman Friendster, PERKASA 13. Majlis dalam gambar adalah pada 06 Jun, 2009 di Lenggeng, Negeri Sembilan.
Bersama-sama mempelai adalah ahli alumni SAMER (PERKASA 13). Turut ada dalam gambar adalah Ustaz Mohd Haider bin Samsuddin (bersalam) dan isteri, Ustazah Siti Zaimah bt. Mohd Ahya (Berpakaian hijau).

Namun, kami juga ingin mengucapkan takziah kepada Ustaz Abdul Hidir kerana pemergian ayahanda tercinta yang kembali ke rahmatullah pada 05 Jun, 2009. Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya...
Ketiga, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Ustazah Mustazilla bt Mustakhim kerana bakal menimang cahaya mata yang keempat pada Januari, 2010.. Semoga kehadirannya akan menambahkan seri hidup ustazah sekeluarga..
Ucapan tahniah yang kami rakamkan ini, biarpun terlewat....hadir daripada hati-hati kami yang menyayangi kalian..
Wassalam..
Dicatat oleh Setiausaha dan AJK KUBUKU BUKU SAMER

Selasa, Julai 14, 2009

WARGA KUBUKU BUKU HARI INI...

Jika sebelum-belum ini kita mengenali watak-watak pengucapan awam SAMER yang lalu... Apakata kali ini kita menyelusuri dan mengenali watak-watak dan ahli-ahli KUBUKU BUKU SAMER hari ini.

PENGASAS :
KETUA BIDANG BAHASA,
SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG
Penubuhan KUBUKU BUKU SAMER, merupakan suatu program peningkatan Akademik untuk bidang bahasa. Maka individu yang bertanggungjawab melestarikan KUBUKU BUKU adalah Ketua Bidang Bahasa.

Hjh. Norhasimah bt. Hj Hassan.
Lepasan Institut Bahasa Kuala Lumpur (Tahun 1988-1990)
Universiti Malaya, Kuala Lumpur (Tahun 1998-2001)
Berkhidmat di SAM.Rawang sejak tahun 1990 sehingga kini.. (18 tahun).

Memegang jawatan sebagai Ketua Bidang Bahasa pada tahun 2008, sebelum itu memegang jawatan sebagai Ketua Bidang Teknik dan Vokasional sejak tahun 2003 hingga tahun 2007.
Matapelajaran diajar adalah Bahasa Melayu tingkatan 4 dan tingkatan 5 serta Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumahtangga tingkatan 2.

Terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam koakademik bahasa sejak awal bertugas di SAMER..lebih giat bermula tahun 2000 hingga kini. Sudah menjadi tanggungjawab bagi individu ini memberi komitmen penubuhan KUBUKU BUKU SAMER, apatah setelah beliau menjadi Ketua Bidang Bahasa.

Pn. Nor Aishah bt. Ibrahim,
Lulusan Institut Bahasa Kuala Lumpur
Merupakan Ketua Panitia Bahasa Melayu sejak tahun 2007.
Beliau juga adalah Setiausaha Koakademik SAMER.

Sangat aktif dalam Debat Bahasa Melayu ala Parlimen sebagai jurulatih/guru pembimbing, pengurus pasukan, dan Hakim.

Beliau beberapa kali berjaya menerima anugerah Guru Pembimbing Pasukan Terbaik kerana komitmen yang diberikan.

Beliau seorang seorang yang serius dalam melaksanakan tanggungjawab dan sangat perihatin dalam semua hal.


Pn. Rosnani bt. Roslan
Lepasan Universiti Islam Antarabangsa Kuala Lumpur.
Beliau merupakan Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Merupakan guru pembimbing Debat Bahasa Inggeris ala Parlimen dan memantau aktiviti-aktiviti koakademik Bahasa Inggeris di bawah Panitia Bahasa Inggeris.


Seorang yang disenangi, bersahaja dan mudah mesra serta bersedia pada setiap masa untuk sebarang tanggungjawab dan seorang yang bertenang dalam apa sahaja keadaan.

Melihat senyum manisnya pasti terdetik di hati, beliau seorang yang mempunyai banyak idea dan dapat memberikan komen yang membina dan bernas.

Pn. Haslina bt. Harun.

Lepasan Al-Azhar dan Institut Perguruan Islam.

Merupakan Ketua Panitia Bahasa Arab dan bertanggungjawab untuk menguruskan perjalanan panitia dan semua aktiviti koakademik berkaitan dengan Panitia.

Seorang yang mudah mesra, pandai bergurau dan mengambil hati, merupakan Ketua Panitia yang amat disenangi oleh ahli panitia dan rakan-rakan sejawat yang lain.

Beliau sering dan mudah memberikan kerjasama dalam semua hal-hal berkaitan panitia dan urusan-urusan yang berkaitan.
Kesungguhan beliau menjadikan sesiapa bersama beliau pasti berasa amat selesa.

Ketiga-tiga Ketua Panitia Bahasa ini merupakan setiausaha bersama dalam kalangan guru untuk memastikan Program Peningkatan Akademik (Bahasa) dapat diinterpretasikan sebaik mungkin.
Seterusnya akan dipaparkan adalah guru-guru bahasa yang secara automatik merupakan ahli jawatankuasa penggerak KUBUKU BUKU. Kecuali Encik Abdul Hidir Afnizal bin Abdul Latif. Beliau merupakan guru bidang Teknik dan Vokasional. Namun dengan berbesar hati pihak KUBUKU BUKU mempelawa beliau terlibat dalam aktiviti pengucapan awam terutama dalam aktiviti Debat Bahasa Melayu ala Parlimen.

Puan Maryuni bt Mohamed.
Guru Bahasa Melayu yang berpengalaman dan aktif dalam pelbagai aktiviti akademik dan koakademik.
Lepasan Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Pahang merupakan salah seorang pengacara majlis yang petah, tenang dan berketrampilan.

Beliau terlibat dalam membimbing pendebat-pendebat Bahasa Melayu dan Syarahan. Beliau juga mempunyai keistimewaan yang sukar dinafikan dalam pengucapan awam. Beliau merupakan seorang pemimpin dan pembimbing yang sentiasa bersedia dan komited dengan tanggungjawab dan tugas yang diberi.



Pn Sarah bt. Johari
Guru Bahasa Melayu, lepasan Institut Bahasa, Kuala Lumpur dan kini sedang mengikuti pengajian Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau guru pembimbing untuk acara pidato, syarahan dan debat.
Mempunyai pengalaman dalam semua aktiviti bahasa Melayu, beliau seorang yang fleksibel dan sedia membantu. Senang diajak berbicara dan mempunyai keteraturan dalam tugas dan bicara, beliau begitu disenangi oleh sesiapa sahaja. Sikap lembutnya menjadikan beliau begitu dekat dengan ahli pengucapan awam dan memberikan ahli suatu harapan baru dalam setiap aktiviti yang diceburi.



Encik Abdul Hidir Afnizal b. Abdul Latif.
Mula bertugas di SAMER pada tahun 1999 sehingga kini.
Lepasan Diploma Universiti Teknologi Mara dan kini sedang berkursus di Institut Perguruan Teknik merupakan seorang yang sangat berminat dengan aktiviti Debat atau Bahas ala Parlimen dan Forum Remaja.
Beliau bergiat memberikan sumbangan sejak awal berada di bumi SAMER.
Pendebat-pendebat yang menghiasi arena debat SAMER adalah hasil bimbingan beliau. Beliau menggilap mutiara pengucapan awam dengan bersungguh-sungguh biarpun mempunyai komitmen yang sangat padu untuk pasukan nasyid sekolah (Al-Wahdah).

Beliau juga seorang yang petah berbicara dan bijak mengatur kata-kata ;juga merupakan salah seorang model pengucapan awam di SAMER.

Bagi pihak KUBUKU BUKU SAMER, selagi beliau ingin meluangkan masa, memberi ruang dan komitmen dalam kesibukan tugas dan tanggungjawab beliau untuk mendidik, membimbing dan melahirkan lebih banyak pendebat yang baik... kami akan sentiasa menyediakan tempat untuk beliau menyumbangkan sesuatu untuk SAMER, amnya dan untuk KUBUKU BUKU khususnya.

Encik Khairuddin bin Muda
Lepasan Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan undang-undang merupakan seorang guru bahasa yang berkebolehan dalam ketiga-tiga bahasa yang digunakan di SAMER.
Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran yang diajar oleh beliau dan ini membolehkan beliau terlibat dalam membimbing dan menguruskan pasukan debat Bahasa Inggeris sekolah. Beliau adalah seorang guru yang versatil dan sangat bersungguh-sungguh dalam kesibukan yang ada.


Dengan keperihatinan yang dimiliki, beliau memberikan komitmen yang tinggi kepada aktiviti pengucapan awam yang menggunakan bahasa Inggeris.




Pn. Norlela bt. Mat Sarip
Ahli panitia Bahasa Melayu. Guru Pembimbing pasukan Pantun sekolah dan merupakan seorang yang tegas namun bersahaja. Beliau juga seorang yang sering membantu untuk aktiviti pengucapan awam lain seperti syarahan dan pidato.


Pn Mustazzila bt. Musthakim.
Ketua bidang mata pelajaran Al-Azhar; yang juga merupakan seorang guru panitia Bahasa Arab.

Lepasan Az-Azhar dan Institut Perguruan Islam, seorang yang bersedia memberi bantuan dan panduan untuk peserta pengucapan awam. Dengan komitmen yang pelbagai dan tanggungjawab beliau sebagai Setiausaha Kokurikulum Sekolah, beliau masih berupaya untuk memberikan sepenuh perhatian membimbing peserta pengucapan awam menghadapi pertandingan dan aktiviti-aktiviti berkaitan.




Encik Mohd Ridzuan b. Ismail.
Lepasan Universiti Putra Malaysia dan Institut Perguruan Bahasa Melayu, merupakan guru panitia bahasa Melayu.

Beliau terlibat dalam aktiviti forum sama ada sebagai guru pembimbing mahupun hakim.



Encik Mohd Haider bin Samsuddin
Lepasan Al-Azhar dan Institut Perguruan Islam.

Seorang yang berkomitmen tinggi dalam membimbing pasukan bahas bahasa Arab dan Syarahan termasuk juga aktiviti pengucapan awam lain seperti khutbah, dan tafsir.



Pn. Siti Zaimah bt. Mohd Ahya.
Lepasan AlAzhar dan Institut Perguruan Islam. Guru Panitia Bahasa Arab dan guru Panitia Al-Azhar. Seorang yang lembut dan bertenang melayan karenah ahli-ahli atau peserta-peserta pengucapan awam sekolah ini. Seperti suami beliau, Encik Mohd Haider.. beliau terlibat untuk membimbing dan memantau pasukan debat sekolah. Beliau juga bersedia untuk membantu peserta dalam aktiviti pengucapan awam yang lain termasuk syarahan dan seumpamanya.

Pasangan suami isteri ini merupakan individu-invidu yang aktif dan mempunyai kekreatifan dan begitu inovatif.
Mereka merupakan pembimbing yang sabar dan penyayang.


Puan Fazidah bt. Hj.Husin
Mantan Ketua Bidang Bahasa tahun 2005-2006. Beliau ketika ini sedang mengikuti kursus di Institut Perguruan Bahasa.
Seorang yang amat teliti dan tegas dalam segala urusannya. Seorang yang mudah mesra dan lembut hati. Tabah dan seorang yang panyayang. Guru Bahasa Inggeris yang dedikasi.
Beliau terlibat membimbing aktiviti pengucapan awam seperti syarahan, dan sangat baik dalam bidang pengacaraan. Bel;iau amat disenangi dan disayangi oleh sesiapa yang mengenali.

Puan Sazlina bt. Sadikon
Lepasan Universiti Teknologi Mara merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang sentiasa riang dan mesra. Beliau terlibat dalam aktiviti pengucapan awam seperti syarahan dan perbahasan. Beliau seorang yang mempunyai kepelbagaian idea dan berinisiatif.


Encik Yusri bin Ayob,
Lepasan Al-Azhar dan Institut Perguruan Islam.
Guru panitia bahasa Arab. Sering membantu dalam menyusun ayat dan isi untuk aktiviti pengucapan awam.. Beliau merupakan guru pembimbing kepada pasukan Rawi Marhaban Sekolah. Bairpun aktiviti rawi marhaban bukan mengkhusus kepada pengucapan awam, namun mempunyai kaitan dengan Bahasa Arab. Beliau juga seorang yang tenang dan bersedia membantu aktiviti berkaitan bahasa Arab.


Puan Noraini bt. Jasman
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar. Seorang guru dalam Panitia Bahasa Arab. Seorang yang dedikasi dan perihatin dengan hal-hal berkaitan tangungjawab beliau.
Beliau mengajar Bahasa Arab menengah tinggi.
Tanggungjawab sedia ada tidak menghalang beliau memberikan sumbangan kepada peserta pengucapan awam. Terutama pada ketika-ketika ada pertandingan, beliau adalah antara individu yang sangat sibuk membantu para peserta pengucapan awam.
Beliau dapat menyediakan ruang untuk membantu biarpun dalam ruang masa yang ada mungkin tidak mencukupi untuk beliau menunaikan komitmen beliau. Bagi pihak KUBUKU BUKU, kami amat menghargai pengorbanan dan komitmen yang beliau berikan.



Puan Dewi Fickry bt. Wahidin.
Lepasan Kusza, Al-Azhar dan Institut Perguruan Islam.
Merupakan guru panitia bahasa Arab.. mengajarkan matapelajaran Bahasa Arab tingkatan tiga.

Beliau merupakan Penyelaras Pusat Sumber dan Media sekolah.
Dalam kesibukan beliau, masih meluangkan masa dan bersempatan membantu aktiviti KUBUKU BUKU dengan memurnikan ayat-ayat bahasa Arab para peserta pengucapan awam sekolah.

Keperihatinan beliau banyak membantu peserta dalam pelbagai aspek seiring dengan peranan beliau sebagai penyelaras PSS...


Puan Ruslina bt. Hamzah.
Lepasan Al-Azhar dan Institu Perguruan Islam. Kata orang beliau seorang yang pendiam dan pemalu.. Jelasnya beliau adalah seorang yang perihatin. Mudah mesra biarpun sedikit pemalu.

Namun komitmen beliau tidak ada kurangnya berbanding guru panitia Bahasa Arab yang lain. Dengan pengetahuan yang tinggi dan baik dalam bahasa Arab, banyak membantu peserta pengucapan awam sekolah terutama dalam bidang perbahasan dan syarahan.

Cik Normawati bt Daud.
Beliau sedang mengikuti kursus perguruan di Institut Perguruan Pulau Pinang.. dalam opsyen Bahasa Melayu dan Sejarah. Beliau baru terlibat dalam panitia bahasa Melayu. Namun beliau seupaya mungkin membantu peserta pengucapan awam untuk melalui sesi latihan dan pertandingan. Beliau diberikan peranan untuk membimbing pasukan puisi dan lagu sekolah namun disebabkan tidak bersesuaian dengan SAMER, maka aktiviti itu tidak dilaksanakan. Beliau turut membantu peserta pengucapan awam yang lain.

Individu-indvidu yang dinyatakan di atas merupakan penggerak KUBUKU BUKU... sebagai pembimbing, penasihat, penyumbang idea.. Namun penggerak sebenar adalah ahli-ahli KUBUKU BUKU itu sendiri. Catatan berikutnya akan kami muatkan tentang personaliti-personaliti penggerak KUBUKU BUKU sebenarnya... dalam kalangan pelajar, ada pemimpin-pemimpin hebat yang perlu dipilih, dibentuk, dibina, dipupuk, diasah... agar menjadi pemimpin yang punyai ketrampilan pengucapan awam yang baik dan berguna pada masa-masa akan datang. InsyaAllah..