Rabu, Jun 23, 2010

MAAF KERANA MENIMBULKAN SALAH FAHAM

Baru - baru ini pihak KUBUKU BUKU menerima komen yang membina daripada beberapa orang warga SAMER atas catatan yang tersiar dalam ruangan ini...
Persoalannya: Adakah KUBUKU BUKU bersinonim pasukan debat atau bahas sekolah...

Jawapan :
Terlebih dahulu kami memohon maaf... KUBUKU BUKU adalah satu kelab yang ditubuhkan di bawah Bidang Bahasa yang mengutamakan individu yang terlibat dalam aktiviti pengucapan awam sekolah ini...
Memandangkan aktiviti yang dilaksanakan di bawah kelolaan Bidang Bahasa lebih melibatkan pasukan debat /bahas, maka pihak kami memberikan ulasan tentang pasukan debat.

Bagi tahun 2010 ini khususnya, setakat bulan Jun, hanya aktiviti debat dan pantun sahaja yang dikelolakan oleh bidang Bahasa. Maka kami tidak dapat menerbitkan aktiviti lain yang tidak berkaitan.. Biarpun melalui Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) dan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) beberapa acara pengucapan awam seperti forum, syarahan dan seumpamanya dilaksanakan, kami tidak dapat mengulas tentang aktiviti pengucapan tersebut sepenuhnya. Segala kejayaan dan rekod pencapaian kumpulan pengucapan awam tersebut adalah milik Bidang Pengajian Islam dan pihak KAMIL sendiri... Oleh sebab itu, kami tidak menyiarkan aktiviti berkenaan... Namun segala perkembangan aktiviti pengucapan awam tersebut telah diwara-warakan dalam laman sosial facebook Sekolah Agama Menengah Rawang. Pelaporan aktiviti itu juga sudah dimuatkan dalam http://samrawang.blogspot.com. Blog SAMER2U adalah blog yang boleh mengemukakan semua aktiviti di SAMER tanpa had..

Berbanding blog dan KUBUKU BUKU, pihak kami tidak mempunyai butiran dan maklumat lengkap tentang aktiviti berkenaan.. termasuk gambar, atau entri yang sesuai yang dapat kami muatkan dalam blog ini.

KUBUKU BUKU berharap kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan dalam blog dan kelab ini memahami situasi ini. Aktiviti-aktiviti Program Aspriesiasi Bahasa dengan tema Melestarikan BUKTI yang akan dilaksanakan bermula Julai hingga Oktober, 2010 kelak akan kami paparkan di ruangan ini... Antara aktiviti-aktiviti yang dirancangkan seperti Teater/ Drama KOMSAS, Pidato, Berbalas Pantun, Forum, Kem dan Seminar Bahasa dan pelbagai aktiviti lagi. Program BUKTI ini akan kami paparkan dari semasa ke semasa mengikut kewajarannya.... dan melibatkan semua panitia dalam bidang Bahasa dan yang jelas akan turut dilaksanakan oleh pihak kami, KUBUKU BUKU SAMER..

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Ketua Bidang Bahasa,
Sekolah Agama Menengah Rawang, Sel.