Rabu, Jun 24, 2009

KENANGAN DEBAT LALU... INDAHNYA KETIKA ITU...

ASSALAMUALAIKUM..... Bertemu kembali untuk menyelusuri perjalanan yang begitu indah walau dengan berbagai-bagai dugaan dan ujian... Setiap kenangan akan terpancar melalui gambar-gambar yang dipaparkan pada catatan ini.... Bermula catatan ini, dipaparkan tentang air yang memberikan sumber inspirasi dan ilham dalam KUBUKU BUKU SAMER ini.. Biarpun segala yang dipaparkan ini adalah kisah-kisah lama namun... umpama air itu, diharapkan ukhuwah itu akan sentiasa berkekalan.. Banyak sebab yang akan menghubungkan kita antara satu sama lain.. pastinya ia, sesuatu kenangan yang sukar dilupakan.
Namun kemaafan buat insan-insan pengucapan awam yang tidak sempat atau tidak ditemui serta dipaparkan di halaman ini...


Gambar ketika Debat UIAM tahun 2003 @ tahun 2004 ( Tidak pasti)
Tempat jatuh lagikan dikenang... inikan pula tempat menempa bahagia... Bukankah pengalaman itu sama ada pahit, kelat, manis.... membawa pelbagai nolstalgia yang akhirnya mengungkap bahagia... Serasa-rasa tentu individu-individu yang terlibat mengingati, kepahitan, kesakitan, kepayahan..... keindahan, kemanisan, kegembiraan, kemesraan ketika bersama-sama mengharungi perjalanan demi perjalanan pengucapan awam ini... Mungkin bukanlah populariti semata-mata....yang penting adalah ILMU yang diperolehi melaluinya...
Ini adalah gambar mantan pelajar SAMER... Salah seorangnya adalah Shahiarah.. Yang melaui pelbagai situasi yang pastinya tersemat dalam memorinya hingga kini.

Segala yang ditempuhi oleh peserta-peserta pengucapan awam ini, pastinya ada yang menjadi pendorong dan pembimbing...yang turut bersama-sama merasai keperitan dan pengalaman demi pengalaman menerajui persada pengucapan awam ini. Guru-guru yang terlibat tentu sahaja memberikan banyak pengorbanan dari satu generasi ke satu generasi berikut... berkesinambungan...berterusan...... tanpa putusnya... setiap tahun berlalu, wajah-wajah baru mendampingi...bakat-bakat muda dicungkil... melaluinya, generasi pengucapan ini lahir... biarpun tidak sama watak-watak yang dididik namun itu bukanlah kayu ukur yang menjadikan perjuangan dan pengorbanan guru-guru itu sia-sia...
Ustazah Norhasimah dan Ustazah Sarah.
Ustazah Normala Zainal Abidin. Kini beliau bertugas di Sekolah Agama Menengah Sungai Selisik, Hulu Selangor.... Pasti sesiapa yang mengenali beliau akan merinduinya.
Ustazah Nor Aishah bt. Ibrahim... tidak pernah jemu dalam mendidik dan menyokong pengucapan awam SAMER
Bersama dalam gambar Nur Hidayah Adenan dan Sarah Yahya... Mantan pendebat-pendebat terbaik SAMERUstazah Maryuni bt. Mohamed... Gambar di bawah diambil ketika beliau menunggu Shukri dan Matin menggantikan tayar kereta Ustazah Sazlina bt. Sadikon yang pancit... Ketika itu kami berada di Politeknik Melaka.... untuk pertandingan Kemahiran Amal Islam ( Masisuma).. SAMER menjadi Johan Debat Bahasa Melayu ketika itu.. (sanggup membawa anak-anak untuk memberikan sokongan kepada para pendebat..Shukri sedang tukar tayar kereta ustazah Sazlina ... hati-hati, ya....

Gambar :
Ustaz Abdul Hidir Afnizal b. Abdul Latif... seorang guru yang sentiasa komited dengan pengucapan awam terutama Debat Bahasa Melayu.
Ketika ini majlis keraian kesyukuran di rumah Ustazah Nor Aishah... bersama beliau, Syed Burhanuddin.. Pendebat yang 'paling sinis dan menggerun'...

Gambar beramai-ramai ketika majlis keraian tersebut :
Dari kiri : Sarah Yahya, Norliza bt Mohd Yusof, Ustazah Nor Aishah Ibrahim, Ustazah Norhasimah, dan Nur Hidayah bt. Adenan....bersama-sama dalam gambar, anak-anak Ustazah Aishah... majlis ini diadakan di rumah beliau dan beliau sendiri yang menyediakan masakan untuk kami... Terima kasih ustazah...

Gambar di sebelah : Mohd Yazid..

Sukarnya untuk menjejaki beliau, namun alhamdullillah.... kami menemui beliau...

Melalui Azim bin Amin.... dalam blog 'Friendster', Azim melahirkan rasa terima kasihnya kerana Abang Yazid inilah yang telah 'membawa' nya ke dunia pengucapan awam di SAMER... seterusnya mutiara yang bernama Azim Amin dibentuk dan digilap oleh Ustaz Abdul Hidir dan Ustazah Sarah...

Kami bangga dengan mutiara-mutiara yang kami temui, kenali ini.... Semoga kalian akan terus berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

Melalui gambar-gambar ini kami ingin merakamkan betapa kami, guru-guru berbangga dengan kalian.....Berjalanlah terus di jalan Allah dan semoga kalian memberikan kami hadiah yang terbaik dengan menjadi orang yang budiman dan berguna.












Ada macam adik kakak? Pengucapan awam telah menambah kemesraan antara kami, guru dan pelajar... Bukan umur ukuran persahabatan... Adik/Mek Sue kini masih dalam pengajiannya menurut jejak kami guru-gurunya di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim...Gambar..... kami mesra dan gembira bersama.... dalam keadaan suka dan duka ..
pengucapan awam ini (perdebatan) telah mempertemukan kami.....
Jamuan keraian... turut sa,a do raikan... peserta sukan dan juga pemenang bagi kategori hafazan dan tafsir..
Kami gembira bersama..... selesa dan mesra sentiasa....
Kenangan bersama ketika persediaan untuk ke Masisuma di Melaka....
Perbincangan antara Sarah dan Wan Saiful Izuan, yang sentiasa duduk di tempat pendebat yang ketiga...serba boleh dan bersemangat.
Wan Muhd Saiful Izuan.... seorang lagi pendebat yang agak sukar dijejaki...
Wan, sekiranya terbaca catatan ini..... hubungi kami di SAMER ini lagi... Semoga ukhuwah kita akan berpanjangan....















Azuan ..... sepupu kepada Sarah.... Dengarnya beliau ditimpa kemalangan jalan raya baru-baru ini.... Semoga beliau akan cepat sembuh dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan lancar.
Anak-anak mantan SAMER ini, bila lagi ingin 'kembali' menjengah SAMER....
Di sini kita meniti ranjau,
menggapai harapan...
Membuktikan kesungguhan..
Melestarikan aspirasi...















Syed Burhanuddin.... agak lama juga terpisah...tanpa khabar berita. Seorang pendebat hebat... punyai senyuman yang bermakna....namun sukar ditafsirkan...... wajah yang tidak dapat diduga... Ciri-ciri pendebat yang baik dan sangat petah....

Dan, Hidayah adalah lawan perdebatan Syed yang hebat... Mereka sukar untuk berkongsi dan bersependapat... namun mereka bersatu hati... Kerana pertengkaran itu, kerana perbalahan itu, kerana percanggahan pendapat itu..... mereka menjadi pendukung antara satu sama lain... menjadi pendebat-pendebat hebat dan terbaik dalam kalangan kami... Tidak sependapat tidak bermakna mereka tidak bersatu hati.....
Semoga bakat dan kebolehan yang mereka miliki dapat dimanipulasi oleh mereka sebaik mungkin.
Seseorang itu pasti akan menjana kehebatan jika terus berusaha dan tidak sesekali berputus asa...

Jika masa itu boleh kembali.....tentu sekali ingin setiap ketika dirai... tapi semalam adalah kenangan, hari ini kenyataan...esok adalah harapan...





Bilik Gerakan SAMER yang sentiasa jadi tempat kami menjana idea dan mengasah kebolehan... hingga kini, setiap pertemuan ahli-ahli KUBUKUBUKU SAMER, bilik gerakan menjadi pilihan utama... Keduanya, Pusat Sumber SAMER...yang kini telah diberikan nama yang khas... Pusat Sumber Aisyah Humairah... semoga akan senantiasa gemilang dan bermanafaat untuk semua warga SAMER.....





Gambar : Yasmin dan Norhafizah Marzuki
Yasmin seperti yang pernah dinyatakan dalam catatan terdahulu.. merupakan seorang pendebat SAMER yang dedikasi...
Hafizah tidak terlibat secara langsung, namun perihatin dan memberikan sokongan kepada rakan-rakan dalam perjuangan mereka...


Kami akan terus mendoakan individu-individu yang dinyatakan dalam laman ini akan terus najjah dalam apa juga bidang yang diceburi.... menggunakan ilmu dan pengalaman yang ada sebaik mungkin...


Dua serikandi kami yang tidak pernah kenal kalah dan putus asa... Mereka sentiasa berada dalam lipatan kenangan yang indah tersemat dalam sejarah SAMER..
Semoga SAMER juga sentiasa berada dalam lipatan memori terindah mereka...


Benih yang baik... jika dicampak ke laut, pasti menjadi pulau...
Belakang parang jika diasah tanpa jemu pasti akan tajam dan mempunyai banyak kegunaan.
Bicara yang baik mendamaikan hati...
Kata-kata yang bersantun menenangkan emosi
Pengucapan yang berilmu menjana manafaat yang berganda-ganda....
Semoga akan ada kemajuan demi kemajuan dalam hidup setiap daripada kita dalam setiap sudut.... taqwa dan keimanan yang mantap, menjamin ketetapan hati kita kepada perjuangan kerana Allah.... InsyaAllah, jika kita tidak menerima kemaslahatannya pada masa ini.... mungkin akan ada pemberian yang sangat berharga buat anak-anak dan keluarga kita pada suatu masa kelak....
Wassalam...... Ila liqa' Maassallama....