Khamis, April 07, 2011

SAMER Kekal Juara Bahas Bahasa Melayu Daerah Gombak

Bermula dengan paparan gambar dua orang yang memberikan sumbangan dalam membimbing dan melatih pasukan bahas Bahasa Melayu Sekolah Agama Menengah Rawang. Pn. Noraishah bt. Ibrahim seorang guru dedikasi dan kommited dalam melatih pasukan bahas SAMER sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu... Dalam tempoh itu, pelbagai suka duka dan payah jerih dilalui oleh beliau bersama-sama pasukan bahas sehingga ke hari ini. Bergambar bersamanya adalah mantan pendebat hebat SAMER, Nurul Asna Hidayah bt. Mior Abd.Rahman yang melibatkan diri dalam arena perdebatan sejak beliau  berada di tingkatan dua lagi. Kini, beliau turut serta dan berkerjasama melatih pasukan bahas sekolah dalam pertemuan di arena perbahasan kepada adik-adik barisan pendebat yang baharu. Terima kasih diucapkan kepada individu-individu ini yang sentiasa bersedia dalam apa keadaan pun untuk memastikan SAMER menjulang gelaran juara bahas di peringkat daerah Gombak ini.

Barisan pendebat baru ini diketuai oleh Khairul Ikhwan bin Abu Khairi ; yang juga selaku pengerusi KUBUKU BUKU SAMER tahun ini.  Hanya beliau merupakan pendebat lama berbanding dengan lima pendebat yang lain.  Namun tiada kebergantungan yang keterlaluan dalam pasukan ini kepada satu-satunya pendebat senior ini, menjadikan kumpulan ini sentiasa berkerjasama dan tahu dalam melaksanakan peranan masing-masing.
Fairuznur Husna bt. Mohd Ashari, seorang yang bersikap rendah diri, namun siapa tahu di dalam dirinya itu ada kekuatan untuk berdiri sebagai pembahas SAMER... penglibatannya bermula pada tahun 2010 selepas penglibatannya dalam pertandingan Bahas KAMIL peringkat sekolah. Beliau dimasukkan ke pasukan bahas SAMER dan dilatih menjadi pembahas yang berani melangkah ke arena perdebatan yang lebih mencabar. Beliau berasa banyak kekurangan dan kelemahan dalam melayari bahtera perbahasan berbanding dengan rakan pembahas yang lain namun sebenarnya dengan kelemahan yang dirasai itu telah terus mendorong beliau untuk menjadi lebih berani. Tahniah Fairuz dalam usaha untuk membaiki kelemahan itu dan kami percaya ketrampilan akan terserlah juga akhirnya... gunakan kelemahan dan kekurangan yang ada sebagai langkah pertama menjadi hebat dan terus membina keyakinan dan kemantapan tekad dalam membangunkan diri ke mercu kejayaan.  Arena ini sebagai wahana kecemerlangan suatu masa nanti insyaallah.

Mantan seorang pembahas yang tidak kurang hebatnya, Mohd Haiqal Kamal ini juga suatu ketika dahulu mempunyai rasa kekurangan dalam dirinya... Penglibatan awal beliau bukanlah arena perbahasan...akan tetapi arena berbalas pantun.  Beliau seorang pemantun yang hebat dan cekap berpantun dalam pelbagai keadaan dan menyesuaikan dengan konteks. Namun beliau memilih arena perbahasan dan mengorbankan minat beliau berpantun.  Dan beliau memberikan kerjasama yang begitu baik, sehingga kekurangan yang selama berada di arena perbahasan itu telah menjadikan beliau lebih berani dan kini beliau pantas memberikan hujah dalam pelbagai isu. Beliau sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan yang ada.. Kini dalam beberapa minggu ini beliau berusaha untuk membantu junior pasukan bahas ini dalam melalui perjuangan di arena perdebatan ini.
Ainun Nadhirah bt. Che Hassan, juga merupakan pendatang baru dalam arena perdebatan SAMER.  Beliau berada di tingkatan dua dan pada tahun sebelumnya beliau menyertai pertandingan syarahan Bahasa Melayu, KAMIL menengah rendah... namun beliau berani menerima cabaran dan telah membuat pilihan untuk berada dalam keluarga kecil bahas SAMER... kehadiran beliau amat dialu-alukan..

Begitu juga dengan Mohd Syazreen bin Zulkifli dan Abdullah bin Mohd Zudin... Syazreen merupakan pendebat Bahasa Inggeris dan akhir berada dalam pasukan ini.  Beliau seorang yang rela belajar dan diajar untuk terus berada di arena perbahasan.

Abdullah seorang pelajar tingkatan dua, merupakan adik bongsu dalam kumpulan bahas SAMER; dan berperanan sebagai 'Bank soalan' dan tempat untuk sebahagian besar urusan pembahas sekolah.  Abdullah seorang yang kami harapkan menggantikan pendebat-pendebat hebat di SAMER..

Agaknya apakah yang berlaku kepada pengerusi Kubuku Buku ini????
Mungkin beliau agak letih memikirkan hujah yang akan dikemukakan sewaktu pertandingan tersebut.  Khairul Ikhwan merupakan pembahas terbaik sejak 2009 lagi dan memberikan saingan hebat kepada pihak lawan... petah berkata-kata dan banyak sekali analoginya...

Sesi latihan diadakan sejak sebulan lalu, namun Pn. Noraishah seorang yang bertegas supaya proses pengajaran dan pembelajaran  perlu diikuti oleh para pelajar.  Gambar sesi latihan ini, kami rakamkan agak lewat dan tidak banyak yang dapat kami dapat bantu mereka.. Atas alasan itu, kami berasakan banyak peningkatan dalam membentuk pasukan yang dianggap baru ini.
Seorang lagi pembahas SAMER yang tidak kurang hebatnya, Anisatul... seorang yang manja namun bersuara lantang dan tegas.  Sikapnya yang bersahaja dan sentiasa riang itu melindungi situasi dirinya yang sebenar..

Seperti yang lainnya, beliau mengakui begitu cemas dan gementar melalui sesi perbahasan yang mesti ditempuhi bersama pasukannya, namun kelincahan dan keyakinan yang ditunjukkan dapat membuktikan rasa gementar dan gugup serta gelabah yang diakuinya jelas dapat diatasi. Bukan mudah untuk meletakkan diri sebagai pembahas yang hebat, namun segala ketakutan diatasi dan kumpulan pembahas ini dapat membuktikan bahawa ketakutan, rasa gentar dan gelabah itulah kekuatan buat mereka. Yang hebat akan tetap hebat biarpun kehebatan itu duduk jauh dalam diri seseorang itu.... namun insyaallah ia pasti terpancar jika digilap dan jatuh ke tangan yang betul...

Kumpulan hakim yang tidak kurang hebatnya ini telah melaksanakan tanggungjawab secara adil dan jelas, insyaallah... Bukan kami memuji kerana akhirnya piala pusingan itu telah jatuh kembali ke pangkuan SAMER...tetapi itulah kenyataannya...
Mereka merupakan juri yang berpengalaman.  Pihak kami berasa bertuah kerana pendebat guru yang hebat telah menjadi Ketua Hakim pertandingan pada kali ini. Pada tahun-tahun sebelumnya beliau hanya sebagai pemerhati sahaja..maka dengan kehadiran beliau, kami yakin apa yang pembahas SAMER mempunyai kualiti pembahas yang baik.. Pada kami semua pembahas itu hebat, kerana pada usia mereka masih muda, mereka mampu memberikan pendapat yang begitu bernas.

  Pihak Kubuku Buku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan guru-guru yang memberikan kerjasama dan komitmen yang baik kepada pihak Bidang Bahasa dalam menjayakan majlis Perbahasan akhir ini dan membolehkan SAMER menjadi tuan rumah yang hampir sempurna...
Tidak juga dilupakan kepada mantan Pengerusi KUBUKU BUKU (2009-2010) Saudara Mohd Hazim bin Hisan; yang memberikan kerjasama dalam melatih pasukan debat ini... Beliau sanggup bermalam-malam di SAMER untuk melestari impian dan kejayaan kepada pasukan SAMER pada hari ini.  Beliau kini lebih matang dan lebih memperlihatkan ketrampilan yang menyakinkan... dan kami yakin beliau akan menjadi seorang pemimpin hebat suatu masa nanti... 
Selagi ada individu-individu seperti kalian pasti apa sahaja komitmen dan kepercayaan yang diberikan kepada kami, pasti akan terlangsung dengan jaya dan membanggakan.
Pasukan yang hadir untuk ke peringkat separuh akhir terdiri daripada SMK Bandar Baru Sg.Buloh, SMK Darul Ehsan dan SMK Seri Keramat... dan hampir setiap tahun pasukan Bahas SAMER akan bertemu dengan mereka... Hal ini bermakna semua pasukan ini adalah antara pasukan sekolah-sekolah menengah yang terbaik dalam daerah Gombak

Barisan juri hakim dalam pertandingan separuh akhir dan akhir yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Faizullah bin Buyong ini, memberikan kekuatan dan keyakinan bahawa pasukan pembahas SAMER merupakan pasukan terbaik di daerah Gombak.
Hal ini kerana latar belakang dan sejarah semua hakim itu sendiri terdiri dalam kalangan guru dan pendebat guru yang hebat mewakili daerah Gombak.  Sedikit sebanyak memberikan impak positif dan motivasi kepada barisan pembahas SAMER

Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yang bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis pertandingan akhir Bahas Bahasa Melayu ala Parlimen yang memilih SAMER sebagai tuanrumah.

Terima kasih juga kepada semua guru dan para pelajar yang turut memberikan sokongan moral kepada pasukan pembahas sekolah kita yang kita kasihi ini.  Terima kasih kerana kalian berbangga dengan pasukan kita, dalam pelbagai keadaan... Insyaallah sokongan yang berterusan yang kalian berikan akan membantu pasukan debat SAMER untuk terus maju dan berjaya ke peringkat seterusnya... doakan kejayaan mereka bersama-sama..

Pada peringkat akhir, SAMER sebagai pihak pembangkang bertemu dengan SMK Seri Keramat sebagai pihak Kerajaan dengan usul Malaysia mampu menjadi pusat pendidikan Dunia..
Apabila pengerusi majlis iaitu Ustaz Abdul Hidir Afnizal mengumumkan....
"Keputusan Usul  perbahasan pada hari ini.... Malaysia mampu menjadi Pusat pendidikan Dunia ..... DITOLAK!"

Maka bergemuruh dewan Umar Abdul Aziz dengan tepukan dan sorakan dan kemenangan berpihak kepada kontradiksi pambangkang iaitu pasukan Bahas SAMER untuk ke sekian kalinya....Tahun 2011 ini merupakan tahun ketiga SAMER menjulang piala pusingan yang sama...
SAMER KEKAL JUARA BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN, DAERAH GOMBAK....
Perjuangan baru bermula.... Delegasi SAMER akan bersidang lagi pada 12-13 April, 2011 mewakili Daerah Gombak ke peringkat negeri di SMK Lembah Keramat dan SMK Seri Keramat... Daerah Gombak merupakan tuan rumah pertandingan Bahas Bahasa Melayu ala Parlimen peringkat negeri pada tahun 2011 ini.


Khairul Ikhwan bin Abu Khairi (Pengerusi Kubuku Buku 2011) menyandang Pembahas Terbaik Daerah Gombak... Bersama-samalah kita, warga SAMER mendoakan gelaran itu akan beliau sandang di peringkat negeri kelak, insyaallah....

Indahnya  barisan piala-piala,
Tanda kejayaan berkumpulan...
Berjuanglah sehingga jaya,
SAMER pasti jadi kebanggaan..

Tajuk-tajuk yang perlu dibahaskan di peringkat negeri  :
1.  Pengguna Bijak Mampu Menjana Ekonomi Negara (Pusingan Suku Akhir)
2.  Sekolah Berprestasi Tinggi Memacu Kecemerlangan Pendidikan Negara.(Separuh Akhir)
3.Teknologi Hijau dapat melestarikan
alam (Akhir)
Doakan kejayaan pasukan Bahas Bahasa Melayu ala Parlimen SAMER, dapat melalui perjalanan seterusnya dengan dipermudahkan dan dapat menjulang nama daerah Gombak ke mercu kejayaan yang lebih baik... Semoga kejayaan seterusnya milik SAMER juga ....Insyaallah...

Isnin, April 04, 2011

MENERUSKAN PERJUANGAN PADA 2011

Minggu berlalu memperlihatkan berbagai-bagai pertandingan yang dilalui oleh para pelajar SAMER. Antaranya, pertandingan KAMIL peringkat zon 4, Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Daerah Gombak, Majlis Tadarus Al-Quran dan seumpamanya.

Kesibukan di SAMER berganda dengan pelbagai latihan sukan dan aktiviti kawad dan perkhemahan yang disertai oleh pelajar SAMER. Minggu pertama selepas cuti sekolah, senario yang rutin seperti tahun-tahun sebelumnya berulang lagi... Peserta pengucapan awam dan pertandingan-pertandingan seperti nasyid, tajhiz jenazah, musamarah dan seumpamanya sibuk menjalani sesi latihan.  Namun sesi PnP masih berlangsung seperti biasa walaupun sebahagian pelajar menjalani sesi latihan.  Begitu juga aktiviti pada petang hari iaitu Isnin  dan Khamis (Kelas Kecemerlangan), Selasa (Kelab Sukan/Permainan dan Latihan Sukan), Rabu (Aktiviti Badan Beruniform).  

SAMER menjadi tuan rumah KAMIL Sekolah-sekolah Menengah Bantuan Kerajaan (JAIS) untuk Zon 4.  SAMER telah memenangi 12 Johan dalam pelbagai acara ( lebih 32 acara) yang dipertandingkan; dan juga beberapa acara lain dengan pencapaian naib johan dan tempat ketiga.  Keseluruhannya, SAMER berjaya mendapat kedudukan tempat kedua dalam zon 4. Dalam MTQ pada 2 April, 2011 yang lalu SAMER berjaya  menghantar 3 orang peserta mewakili Daerah Gombak ke peringkat negeri Selangor.

Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu telah memperlihatkan kemantapan Pasukan SAMER ke peringkat separuh akhir dan akhir (insyaallah) dan melangkah satu lagi kejayaan insyaallah. Walaupun ada antara ahli pasukan merupakan ahli baru dalam arena perdebatan, namun kubuku buku mengharapkan semangat yang gigih dan berani dalam diri anak-anak ini akan dapat dibentuk dan dilatih menjadi pendebat yang hebat pada masa akan datang.  Kubukubuku SAMER amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Pn. Noraishah bt. Ibrahim dalam melatih kumpulan debat SAMER.  Komitmen yang diberikan amat berharga dan bermakna kepada kami semua.

Kubuku buku SAMER juga ingin mengucapkan penghargaan atas jasa baik dan kesudian mantan pendebat SAMER iaitu, Nurul Asna Hidayah, Mohd Haiqal Kamal dan Mohd Hazim Hisan kerana membantu dalam sesi latihan  dan memberikan sokongan moral kepada pasukan debat SAMER ini.
Kami mengharapkan semua pihak yang terlibat dengan SAMER dapat memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan pasukan debat SAMER dalam pertandingan separuh akhir dan akhir kelak; seterusnya membolehkan Pasukan Debat ini terus mewakili daerah Gombak ke peringkat yang lebih baik iaitu mewakili negeri Selangor ke peringkat Kebangsaan.. Begitulah besarnya harapan kami kepada pasukan debat sekolah ini.

Seterusnya, pihak sekolah juga akan menghantar pasukan pantun untuk mewakili sekolah di peringkat daerah... Kumpulan Pantun ini akan dilatih, dibimbing dan diuruskan oleh Pn. Norlela bt. Mat Sarip, guru yang berpengalaman dalam arena ini. Pasukan ini juga akan dibantubimbing oleh kaunselor SAMER. Beliau merupakan salah seorang wakil sekolah dalam pertandingan pantun dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang ini.  Pihak Kubuku Buku ingin mendahulukan ucapan terima kasih kepada Pn. Nurashikin bt. Ishak kerana beliau  bersedia memberikan kerjasama kepada pasukan pantun sekolah, walaupun beliau bukan guru dalam mana-mana Panitia Bahasa. Semangat yang ditunjukkan ini perlu dicontohi oleh ahli Kubuku Buku dalam menyelusuri masa-masa akan datang. 

Melalui pertandingan KAMIL zon 4 yang lalu, pasukan forum perempuan telah mendapat tempat kedua dan pasukan forum lelaki mendapat tempat ketiga. Alhamdullillah.  Namun  hanya 5 orang daripada peserta forum ini akan dipilih untuk membentuk Pasukan Forum SAMER ke pertandingan Forum Remaja peringkat daerah Gombak kelak.  Antara wakil yang disenaraikan pendek ialah Mohd Najib Selamat, Mohd Zaquan, Nur Fadhillah bt. Miszairi, Siti Aqilah Johari dan seorang pelajar tingkatan 4, isitu Mohd Farid.  Walaupun pasukan forum ini sukar unutk menjangka keputusan akhir kelak. Apatah lagi ada kalangan mereka masih baru dalam arena forum ini, memungkinkan pelbagai situasi yang bakal berlaku kelak. Kami mendoakan pasukan forum sekolah ini akan mendapat sekurang-kurangnya dalam 7 yang terbaik  dalam daerah.
Ketika ini, semua pasukan dan perseorangan acara pengucapan awam ini sedang menjalani latihan pesat untuk pertandingan yang bakal dilalui bermula oleh pasukan debat pada 7April, 2011. Diikuti pula pasukan  pantun seterusnya pasukan forum pada 19 April, 2011.
Kubuku Buku mengucapkan selamat berjuang dan semoga kejayaan milik semua pasukan pengucapan awam SAMER..pada tahun ini dan seterusnya.