Selasa, Julai 14, 2009

WARGA KUBUKU BUKU HARI INI...

Jika sebelum-belum ini kita mengenali watak-watak pengucapan awam SAMER yang lalu... Apakata kali ini kita menyelusuri dan mengenali watak-watak dan ahli-ahli KUBUKU BUKU SAMER hari ini.

PENGASAS :
KETUA BIDANG BAHASA,
SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG
Penubuhan KUBUKU BUKU SAMER, merupakan suatu program peningkatan Akademik untuk bidang bahasa. Maka individu yang bertanggungjawab melestarikan KUBUKU BUKU adalah Ketua Bidang Bahasa.

Hjh. Norhasimah bt. Hj Hassan.
Lepasan Institut Bahasa Kuala Lumpur (Tahun 1988-1990)
Universiti Malaya, Kuala Lumpur (Tahun 1998-2001)
Berkhidmat di SAM.Rawang sejak tahun 1990 sehingga kini.. (18 tahun).

Memegang jawatan sebagai Ketua Bidang Bahasa pada tahun 2008, sebelum itu memegang jawatan sebagai Ketua Bidang Teknik dan Vokasional sejak tahun 2003 hingga tahun 2007.
Matapelajaran diajar adalah Bahasa Melayu tingkatan 4 dan tingkatan 5 serta Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumahtangga tingkatan 2.

Terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam koakademik bahasa sejak awal bertugas di SAMER..lebih giat bermula tahun 2000 hingga kini. Sudah menjadi tanggungjawab bagi individu ini memberi komitmen penubuhan KUBUKU BUKU SAMER, apatah setelah beliau menjadi Ketua Bidang Bahasa.

Pn. Nor Aishah bt. Ibrahim,
Lulusan Institut Bahasa Kuala Lumpur
Merupakan Ketua Panitia Bahasa Melayu sejak tahun 2007.
Beliau juga adalah Setiausaha Koakademik SAMER.

Sangat aktif dalam Debat Bahasa Melayu ala Parlimen sebagai jurulatih/guru pembimbing, pengurus pasukan, dan Hakim.

Beliau beberapa kali berjaya menerima anugerah Guru Pembimbing Pasukan Terbaik kerana komitmen yang diberikan.

Beliau seorang seorang yang serius dalam melaksanakan tanggungjawab dan sangat perihatin dalam semua hal.


Pn. Rosnani bt. Roslan
Lepasan Universiti Islam Antarabangsa Kuala Lumpur.
Beliau merupakan Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Merupakan guru pembimbing Debat Bahasa Inggeris ala Parlimen dan memantau aktiviti-aktiviti koakademik Bahasa Inggeris di bawah Panitia Bahasa Inggeris.


Seorang yang disenangi, bersahaja dan mudah mesra serta bersedia pada setiap masa untuk sebarang tanggungjawab dan seorang yang bertenang dalam apa sahaja keadaan.

Melihat senyum manisnya pasti terdetik di hati, beliau seorang yang mempunyai banyak idea dan dapat memberikan komen yang membina dan bernas.

Pn. Haslina bt. Harun.

Lepasan Al-Azhar dan Institut Perguruan Islam.

Merupakan Ketua Panitia Bahasa Arab dan bertanggungjawab untuk menguruskan perjalanan panitia dan semua aktiviti koakademik berkaitan dengan Panitia.

Seorang yang mudah mesra, pandai bergurau dan mengambil hati, merupakan Ketua Panitia yang amat disenangi oleh ahli panitia dan rakan-rakan sejawat yang lain.

Beliau sering dan mudah memberikan kerjasama dalam semua hal-hal berkaitan panitia dan urusan-urusan yang berkaitan.
Kesungguhan beliau menjadikan sesiapa bersama beliau pasti berasa amat selesa.

Ketiga-tiga Ketua Panitia Bahasa ini merupakan setiausaha bersama dalam kalangan guru untuk memastikan Program Peningkatan Akademik (Bahasa) dapat diinterpretasikan sebaik mungkin.
Seterusnya akan dipaparkan adalah guru-guru bahasa yang secara automatik merupakan ahli jawatankuasa penggerak KUBUKU BUKU. Kecuali Encik Abdul Hidir Afnizal bin Abdul Latif. Beliau merupakan guru bidang Teknik dan Vokasional. Namun dengan berbesar hati pihak KUBUKU BUKU mempelawa beliau terlibat dalam aktiviti pengucapan awam terutama dalam aktiviti Debat Bahasa Melayu ala Parlimen.

Puan Maryuni bt Mohamed.
Guru Bahasa Melayu yang berpengalaman dan aktif dalam pelbagai aktiviti akademik dan koakademik.
Lepasan Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Pahang merupakan salah seorang pengacara majlis yang petah, tenang dan berketrampilan.

Beliau terlibat dalam membimbing pendebat-pendebat Bahasa Melayu dan Syarahan. Beliau juga mempunyai keistimewaan yang sukar dinafikan dalam pengucapan awam. Beliau merupakan seorang pemimpin dan pembimbing yang sentiasa bersedia dan komited dengan tanggungjawab dan tugas yang diberi.



Pn Sarah bt. Johari
Guru Bahasa Melayu, lepasan Institut Bahasa, Kuala Lumpur dan kini sedang mengikuti pengajian Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau guru pembimbing untuk acara pidato, syarahan dan debat.
Mempunyai pengalaman dalam semua aktiviti bahasa Melayu, beliau seorang yang fleksibel dan sedia membantu. Senang diajak berbicara dan mempunyai keteraturan dalam tugas dan bicara, beliau begitu disenangi oleh sesiapa sahaja. Sikap lembutnya menjadikan beliau begitu dekat dengan ahli pengucapan awam dan memberikan ahli suatu harapan baru dalam setiap aktiviti yang diceburi.



Encik Abdul Hidir Afnizal b. Abdul Latif.
Mula bertugas di SAMER pada tahun 1999 sehingga kini.
Lepasan Diploma Universiti Teknologi Mara dan kini sedang berkursus di Institut Perguruan Teknik merupakan seorang yang sangat berminat dengan aktiviti Debat atau Bahas ala Parlimen dan Forum Remaja.
Beliau bergiat memberikan sumbangan sejak awal berada di bumi SAMER.
Pendebat-pendebat yang menghiasi arena debat SAMER adalah hasil bimbingan beliau. Beliau menggilap mutiara pengucapan awam dengan bersungguh-sungguh biarpun mempunyai komitmen yang sangat padu untuk pasukan nasyid sekolah (Al-Wahdah).

Beliau juga seorang yang petah berbicara dan bijak mengatur kata-kata ;juga merupakan salah seorang model pengucapan awam di SAMER.

Bagi pihak KUBUKU BUKU SAMER, selagi beliau ingin meluangkan masa, memberi ruang dan komitmen dalam kesibukan tugas dan tanggungjawab beliau untuk mendidik, membimbing dan melahirkan lebih banyak pendebat yang baik... kami akan sentiasa menyediakan tempat untuk beliau menyumbangkan sesuatu untuk SAMER, amnya dan untuk KUBUKU BUKU khususnya.

Encik Khairuddin bin Muda
Lepasan Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan undang-undang merupakan seorang guru bahasa yang berkebolehan dalam ketiga-tiga bahasa yang digunakan di SAMER.
Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran yang diajar oleh beliau dan ini membolehkan beliau terlibat dalam membimbing dan menguruskan pasukan debat Bahasa Inggeris sekolah. Beliau adalah seorang guru yang versatil dan sangat bersungguh-sungguh dalam kesibukan yang ada.


Dengan keperihatinan yang dimiliki, beliau memberikan komitmen yang tinggi kepada aktiviti pengucapan awam yang menggunakan bahasa Inggeris.




Pn. Norlela bt. Mat Sarip
Ahli panitia Bahasa Melayu. Guru Pembimbing pasukan Pantun sekolah dan merupakan seorang yang tegas namun bersahaja. Beliau juga seorang yang sering membantu untuk aktiviti pengucapan awam lain seperti syarahan dan pidato.


Pn Mustazzila bt. Musthakim.
Ketua bidang mata pelajaran Al-Azhar; yang juga merupakan seorang guru panitia Bahasa Arab.

Lepasan Az-Azhar dan Institut Perguruan Islam, seorang yang bersedia memberi bantuan dan panduan untuk peserta pengucapan awam. Dengan komitmen yang pelbagai dan tanggungjawab beliau sebagai Setiausaha Kokurikulum Sekolah, beliau masih berupaya untuk memberikan sepenuh perhatian membimbing peserta pengucapan awam menghadapi pertandingan dan aktiviti-aktiviti berkaitan.




Encik Mohd Ridzuan b. Ismail.
Lepasan Universiti Putra Malaysia dan Institut Perguruan Bahasa Melayu, merupakan guru panitia bahasa Melayu.

Beliau terlibat dalam aktiviti forum sama ada sebagai guru pembimbing mahupun hakim.



Encik Mohd Haider bin Samsuddin
Lepasan Al-Azhar dan Institut Perguruan Islam.

Seorang yang berkomitmen tinggi dalam membimbing pasukan bahas bahasa Arab dan Syarahan termasuk juga aktiviti pengucapan awam lain seperti khutbah, dan tafsir.



Pn. Siti Zaimah bt. Mohd Ahya.
Lepasan AlAzhar dan Institut Perguruan Islam. Guru Panitia Bahasa Arab dan guru Panitia Al-Azhar. Seorang yang lembut dan bertenang melayan karenah ahli-ahli atau peserta-peserta pengucapan awam sekolah ini. Seperti suami beliau, Encik Mohd Haider.. beliau terlibat untuk membimbing dan memantau pasukan debat sekolah. Beliau juga bersedia untuk membantu peserta dalam aktiviti pengucapan awam yang lain termasuk syarahan dan seumpamanya.

Pasangan suami isteri ini merupakan individu-invidu yang aktif dan mempunyai kekreatifan dan begitu inovatif.
Mereka merupakan pembimbing yang sabar dan penyayang.


Puan Fazidah bt. Hj.Husin
Mantan Ketua Bidang Bahasa tahun 2005-2006. Beliau ketika ini sedang mengikuti kursus di Institut Perguruan Bahasa.
Seorang yang amat teliti dan tegas dalam segala urusannya. Seorang yang mudah mesra dan lembut hati. Tabah dan seorang yang panyayang. Guru Bahasa Inggeris yang dedikasi.
Beliau terlibat membimbing aktiviti pengucapan awam seperti syarahan, dan sangat baik dalam bidang pengacaraan. Bel;iau amat disenangi dan disayangi oleh sesiapa yang mengenali.

Puan Sazlina bt. Sadikon
Lepasan Universiti Teknologi Mara merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang sentiasa riang dan mesra. Beliau terlibat dalam aktiviti pengucapan awam seperti syarahan dan perbahasan. Beliau seorang yang mempunyai kepelbagaian idea dan berinisiatif.


Encik Yusri bin Ayob,
Lepasan Al-Azhar dan Institut Perguruan Islam.
Guru panitia bahasa Arab. Sering membantu dalam menyusun ayat dan isi untuk aktiviti pengucapan awam.. Beliau merupakan guru pembimbing kepada pasukan Rawi Marhaban Sekolah. Bairpun aktiviti rawi marhaban bukan mengkhusus kepada pengucapan awam, namun mempunyai kaitan dengan Bahasa Arab. Beliau juga seorang yang tenang dan bersedia membantu aktiviti berkaitan bahasa Arab.


Puan Noraini bt. Jasman
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar. Seorang guru dalam Panitia Bahasa Arab. Seorang yang dedikasi dan perihatin dengan hal-hal berkaitan tangungjawab beliau.
Beliau mengajar Bahasa Arab menengah tinggi.
Tanggungjawab sedia ada tidak menghalang beliau memberikan sumbangan kepada peserta pengucapan awam. Terutama pada ketika-ketika ada pertandingan, beliau adalah antara individu yang sangat sibuk membantu para peserta pengucapan awam.
Beliau dapat menyediakan ruang untuk membantu biarpun dalam ruang masa yang ada mungkin tidak mencukupi untuk beliau menunaikan komitmen beliau. Bagi pihak KUBUKU BUKU, kami amat menghargai pengorbanan dan komitmen yang beliau berikan.



Puan Dewi Fickry bt. Wahidin.
Lepasan Kusza, Al-Azhar dan Institut Perguruan Islam.
Merupakan guru panitia bahasa Arab.. mengajarkan matapelajaran Bahasa Arab tingkatan tiga.

Beliau merupakan Penyelaras Pusat Sumber dan Media sekolah.
Dalam kesibukan beliau, masih meluangkan masa dan bersempatan membantu aktiviti KUBUKU BUKU dengan memurnikan ayat-ayat bahasa Arab para peserta pengucapan awam sekolah.

Keperihatinan beliau banyak membantu peserta dalam pelbagai aspek seiring dengan peranan beliau sebagai penyelaras PSS...


Puan Ruslina bt. Hamzah.
Lepasan Al-Azhar dan Institu Perguruan Islam. Kata orang beliau seorang yang pendiam dan pemalu.. Jelasnya beliau adalah seorang yang perihatin. Mudah mesra biarpun sedikit pemalu.

Namun komitmen beliau tidak ada kurangnya berbanding guru panitia Bahasa Arab yang lain. Dengan pengetahuan yang tinggi dan baik dalam bahasa Arab, banyak membantu peserta pengucapan awam sekolah terutama dalam bidang perbahasan dan syarahan.

Cik Normawati bt Daud.
Beliau sedang mengikuti kursus perguruan di Institut Perguruan Pulau Pinang.. dalam opsyen Bahasa Melayu dan Sejarah. Beliau baru terlibat dalam panitia bahasa Melayu. Namun beliau seupaya mungkin membantu peserta pengucapan awam untuk melalui sesi latihan dan pertandingan. Beliau diberikan peranan untuk membimbing pasukan puisi dan lagu sekolah namun disebabkan tidak bersesuaian dengan SAMER, maka aktiviti itu tidak dilaksanakan. Beliau turut membantu peserta pengucapan awam yang lain.

Individu-indvidu yang dinyatakan di atas merupakan penggerak KUBUKU BUKU... sebagai pembimbing, penasihat, penyumbang idea.. Namun penggerak sebenar adalah ahli-ahli KUBUKU BUKU itu sendiri. Catatan berikutnya akan kami muatkan tentang personaliti-personaliti penggerak KUBUKU BUKU sebenarnya... dalam kalangan pelajar, ada pemimpin-pemimpin hebat yang perlu dipilih, dibentuk, dibina, dipupuk, diasah... agar menjadi pemimpin yang punyai ketrampilan pengucapan awam yang baik dan berguna pada masa-masa akan datang. InsyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan