Jumaat, Januari 29, 2010

TAHNIAH.... Singkat tidak bermakna Tiada..

Bermula tahun 2010 ini, pencapaian pertama ahli KUBUKU BUKU ini merupakan satu langkah untuk mencapai kecemerlangan seterusnya, insyaALLAH..

Pada awalnya pihak kami tidak bercadang menerbitkan dan merakamkan kejayaan ini, memandangkan pertandingan ini tidak dipertanggungjawabkan kepada bidang Bahasa namun kesemua peserta dan guru pembimbing merupakan ahli KUBUKU BUKU maka kami berbangga untuk merakam serta menerbitkannya dalam Blog KUBUKU BUKU ini.

Tahniah buat semua ahli yang terlibat.... dan juga tahniah kepada Ketua Bidang Pengajian Islam, Pn Siti Hajar bt. Khalib dan juga Ketua Panitia Pendidikan Islam, Pn. Rozanah bt. Mohd Yusof yang mengambil tanggungjawab untuk mengendalikan keseluruhan pengurusan peserta yang terdiri daripada ahli KUBUKU BUKU ke pertandingan DEBAT MAAL HIJRAH, di UNISEL ini.

Detik- detik kejayaan dikongsikan bersama. Bergambar bersama semua peserta yang terlibat dan pemenang Pertandingan Debat Maal Hijrah anjuran MAIS, Pejabat Mufti Selangor, UNISEL dan Kerajaan Negeri Selangor khususnya. Johan bagi pertandingan ini disandang oleh Sekolah Agama Menengah Bt.10, Ulu Langat, Selangor.

Tahniah kepada semua ahli KUBUKU BUKU, Mohd Hazim Hisan (Pengerusi), Nurul Asna Hidayah (Setiausaha kehormat), Fatin Nabilah (Naib Setiausaha 2), Mohd Ikhwan (Naib Setiausaha 1), Khairunnajjah (AJK), dan Mohd Haiqal Kamal (Naib Pengerusi)... Kami warga SAMER keseluruhannya berbangga dengan kalian..

Dengan segala berbesar hati, semua peserta tersebut ingin menyatakan jutaan penghargaan kepada Ustaz Abdul Hidir Afnizal b. Abdul Latif kerana sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk bersama-sama mereka di Asrama Luar UNISEL di Kota Puteri selama beberapa hari dan berasa terkesan di hati dengan keperihatinan yang diberikan. Rasa terima kasih ini disuarakan oleh kesemua peserta pada masa dan tempat yang berasingan. "Semoga Ustaz akan terus bersama kami...". Salah satu ayat atau ungkapan dari pembicaraan mereka.. Begitu jugalah harapan KUBUKU BUKU, biarpun selepas ini, Ustaz akan lebih menumpukan masa dan perhatian kepada Kelab Nasyid SAMER...kerana itulah keutamaan Ustaz.

Peserta juga merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Pn Noraishah bt. Ibrahim kerana sumbangan, bimbingan dan kasih sayang beliau yang tidak pernah jemu dan cuak dengan kumpulan Debat sekolah ini. "Biarpun ustazah akan marah kami sepanjang masa latihan, kami tahu ustazah sangat menyayangi kami... sebab ustazah hendak kami berjaya dan mengukir nama... Kami sayang ustazah!" Inilah antara luahan hati mereka. Terima kasih Ustazah Aishah.
Terima kasih juga kepada En. Faizullah, Pegawai unit Koakademik PPD Gombak, kerana memberikan perhatian kepada peserta kami... Tidak lupa kepada semua yang memberikan sokongan dan semangat kepada peserta, terutama jawatankuasa yang menjadi pembimbing mereka..


Kami di SAMER, tidak pernah mengabaikan mereka... biarpun ada yang beranggapan bahawa mereka umpama tidak disayangi kami kerana meninggalkan mereka 'bersendirian' tanpa penjaga terutama daripada kalangan guru kami... Kerana kami yakin dan percaya mereka boleh melalui semua situasi dengan baik, asalkan mereka bersama.. Mereka kami lihat sebagai pejuang yang tidak perlu takut dan gentar melalui apa juga keadaan.. Sebab kami yakin mereka peserta yang tabah dan kuat semangat. Ke mana-mana sahaja kami di SAMER melepaskan mereka tanpa dibantu seperti di UIA, pertandingan debat pelbagai peringkat... Biarlah mereka tidak kelihatan gah pada luarannya, tapi pada kami mereka ada kehebatan dalam hati dan jiwa mereka.
Setiapkali mereka bersama, banyak pengalaman mereka lalui... banyak halangan dan kepayahan mereka tempuh bersama... kadangkala mereka ketawa bersama, kadangkala mereka bertengkar, kadangkala mereka merajuk... kadangkala mereka menangis keletihan... kadangkala mereka berasa sepi dan sedih ditinggalkan... kadangkala mereka tidak mendapat rehat yang cukup, kadangkala mereka menyalahkan satu sama lain.. kadangkala mereka mengungkit kelemahan dan kekurangan sesama mereka.... dan kerana semua kadangkala itu.... mereka bersatu dan bangun, membina empayar, biar tidak sehebat mana... biarpun tidak mencapai tahap tertinggi.... namun bagi kami mereka TETAP BERJAYA.



Semoga rentak seterusnya tidak sumbang, langkah berikutnya tidak pincang.... Teruskan perjuangan...
Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan