Isnin, Mac 28, 2011

TAHNIAH.... DAN BERUSAHA LEBIH GIAT

Keputusan SPM 2010 telahpun diumumkan 23 Mac, 2011 yang lalu... Alhamdullillah ada peningkatan pencapaian sebanyak 0.36 daripada 4.01(2009) ke 3.65(2010).  Secara umumnya Bahasa Melayu juga meningkat jumlah yang mendapat A+, berbanding tahun sebelumnya... Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab juga ada perubahan pencapaian pelajar... TAHNIAH.. kepada semua lepasan SPM 2010 kerana meraih kejayaan tersebut..
KUBUKU BUKU juga ingin mengucapkan tahniah kepada kesemua ahli pengucapan awam yang juga mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM 2010 yang lalu...

Tiga orang pelajar terbaik, merupakan ahli KUBUKU BUKU yang aktif dan memberikan sumbangan kepada persatuan.  Pelajar terbaik SPM 2010, Mohd Nasrul Hazim bin Husaimi merupakan ketua pasukan debat Bahasa Inggeris SAMER. Begitu juga Nor Elyani Nadhirah bt. Azib yang merupakan ahli pasukan debat BI sekolah dan Nurul Asna Hidayah bt. Mior Abdul Rahman ... Setiausaha kehormat KUBUKU BUKU  serta peneraju pasukan debat ala parlimen Bahasa Melayu...
Tahniah juga kepada ahli-ahli yang lain yang berjaya mendapatkan keputusan baik dalam SPM 2010.
Antaranya ialah:
Mohd Hazim bin Hisan 6A (Pengerusi dan Pendebat BM),
Asrul Hadi bin Ahmad 5A (Forum BM),
Faridatul Hidayah bt. Mohamad Nasih 6A (Debat BI),
Nur Amira Syuhadah bt. Rohimi 6A (Ajk KUBUKU BUKU)
Muhammad Fikri bin Mohd Haris 7A (Debat BI dan Forum Remaja BM),
Mohd Haiqal bin Kamal 2A ( debat BM)
Fathimah Zahrah bt. Mohamed 6A (Bahas Bahasa Arab)
Nurlaila bt. Yahaya 3A (Syarahan Agama BM)
Basmah bt Salleh  3A (Bahas BA); dan semua ahli dan ajk KUBUKU BUKU yang tidak dapat disenaraikan dalam catatan ini... Kami berbangga dengan kalian...


Pertandingan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) juga telah diadakan pada peringkat sekolah pada awal Mac yang lalu dengan lancar dan berjaya, alhamdullillah... dan tahniah kepada peserta yang berjaya mendapatkan tempat Johan, naib Johan, dan ketiga dalam pelbagai acara dijalankan...
KAMIL merupakan acara yang membolehkan KUBUKU BUKU mencari ahli baru sama ada sebagai peserta atau pelapis bagi acara Pengucapan awam di SAMER... Daripada pertandingan KAMIL, pihak Kubuku buku mencari bakat-bakat baru untuk diasah dan dibimbing menjadi peserta pengucapan awam yang berkaliber, insyaallah..

Acara pengucapan awam yang terdapat dalam pertandingan KAMIL seperti Debat BM, Debat BI, Debat BA, Syarahan BM, Syarahan BA, Syarahan BI, Tafsir, Khutbah, Forum BM (lelaki dan perempuan), dan beberapa acara yang lain.  Bersesuaian dengan semua itu, pihak Kubuku Buku sememangnya amat berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan KAMIL SAMER kerana membantu kami untuk terus hidup dan mendidik serta membimbing para pelajar berbakat  dalam bidang pengucapan awam.
Senarai ajk Kubuku Buku dan ahli  pada tahun 2011 akan disenaraikan dalam waktu terdekat ini. insyaallah.. Antara senarai Ajk sedia ada ialah seperti berikut :
Pengerusi   : Mohd Ikhwan bin Abu Khairi
Naib Pengerusi : Nur Aqilah bt. Johari
Setiausaha 1 : Mohd Najib bin Selamat
Setiausaha 2 : Fairuz Nur Husna bt. Ashaari
Ajk : Siti Aqilah bt. Md Noor, Siti Fatiha bt. Yahaya, Nur Anisatul Ashikin, Nurfadhillah Miszairi, Mohd Zaquan Roszalli, Mohd Farid  Yahay, Mohd Syazreen, Abdullah Zudin, Ainun Nadhirah Che Hassan
Mohd Farid, Mohd Haris dan beberapa orang lagi..
Ahli-ahli baru ditawarkan kepada semua peserta pengucapan awam yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara KAMIL.  Kami mengalu-alukan mereka sebagai ahli Kubuku Buku dan semoga dapat memberikan sumbagan yang baik  kepada semua.  Keahlian akan mula ditawarkan kepada semua yang berminat dan pemilihan ahli serta ajk Kubuku Buku yang baru akan diadakan menjelang bulan April ini, insyaallah...

Pertandingan KAMIL zon 4, telah diadakan pada 26 Mac, yang lalu dan telah meletakkan SAMER di tempat kedua dalam Zon 4. SAMER juga telah menjadi tuan rumah dan semua perlaksanaan berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang memberikan sumbangan.
Pada 31 Mac, SAMER menjadi tuanrumah Bahas Ala Parlimen pusingan awal dan suku akhir.  Dan pada 7 April pula, SAMER juga akan menjadi tuanrumah peringkat separuh akhir dan akhir Bahas ala Parlimen Daerah Gombak.. Semoga Pasukan Debat Bahasa Melayu Ala Parlimen SAMER akan dapat mengekalkan kejuaraan di peringkat daerah seterusnya mewakili daerah ke peringkat yang lebih baik, Negeri dan Kebangsaan

Pasukan Forum juga sedang berlatih untuk pertandingan di peringkat saringan pada 19 dan 20 April, 2011; dan sekiranya terpilih dalam 7 pasukan terbaik, pertandingan akhir akan diadakan pada 28 April, 2011.
Begitu juga dengan pasukan pantun sekolah yang ketika ini sedang giat berlatih untuk bertanding dalam waktu-waktu terdekat ini.

Di kesempatan ini, pihak Kubuku Buku ingin mengucapkan selamat datang kepada Pn Hayati Zanirah bt. Idris sebagai tenaga pengajar Bahasa Inggeris yang secara tidak langsung menjadi guru Kelab KUBUKU BUKU ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan