Rabu, Februari 15, 2012

Aktiviti 2012

 Setelah hampir 3 bulan tidak mengemaskini laman sesawang ini, banyak  info yang belum sempat dikongsikan. Hal ini juga memandangkan kesibukan awal tahun yang menjadi masa begitu cepat dan dipenuhi oleh pelbagai aktiviti yang perlu diutamakan.
           Tahun 2012 ini, ahli KUBUKU BUKU sebenarnya perlu melaksanakan lebih banyak tanggungjawab untuk memastikan aspirasi sekolah tertunai sebaik mungkin. Dengan adanya dasar MBMMBI juga, pihak KUBUKU BUKU akan menjadi lebih sibuk berbanding tahun-tahun sebelumnya.
           Sepanjang tahun 2011, KUBUKU BUKU masih bergerak walaupun tidak begitu menonjol. Kebanyakan ahli memberikan kerjasama untuk memastikan pencapaian dan penguasaan dalam penguasaan  pengucapan awam lebih baik dari semasa ke semasa.

            Untuk tahun 2012 ini antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah merangkumi  perlaksanaan program MBMMBI peringkat sekolah. Antara aktiviti yang akan dikendalikan  ialah :
1. Pentas Moderator
2. Bicara DJ(Penyampai) anda.
3. Kursus dan seminar Bahasa (Khusus Pengucapan
     awam.
4. Latihan Mingguan Pengucapan awam (Pidato)
5. Bicara Pena Kami ( Hasil penulisan tentang
    sesuatu isu atau idea yang ingin dikemukakan
    kepada umum)
6. Pertandingan-pertandingan penulisan bertema
7. Latihan koakademik pengucapan awam berjadual.

dan beberapa aktiviti yang dirancang dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.  Mesyuarat AJK induk akan diadakan pada 17 Februari, membincangkan perlantikan ajk untuk semua aktiviti yang akan dilaksanakan.  Mesyuarat ini juga akan melantik organisasi baru bagi tahun 2012. Semua aktiviti akan dilaksanakan secara berperingkat dengan mengutamakan aktiviti-aktiviti yang lebih diperlukan dan perlu didahulukan. Semoga KUBUKU BUKU akan dapat melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan