Selasa, Februari 24, 2009

ASPEK PENUBUHAN KUBUKU BUKU

Ketua Bidang Bahasa
Sekolah Agama Menengah Rawang,
Batu 16, Jalan Ipoh,
48000 Rawang, Selangor D.Ehsan
Bil ( 01) dlm SAMER /01/02/ 001
Tarikh : 08 JULAI, 2008

Kepada :
Puan Pengetua,
Sekolah Agama Men. Rawang,
48000 Rawang, Selangor.

Puan,

Memohon Menubuhkan Kelab Ko-akademik
( Kelab Debat-Pidato dan Pengucapan Awam Sekolah)

Sukacita dimaklumkan, perkara di atas adalah dirujuk. Kelab ini merupakan kelab ko-akademik di bawah pengurusan Bidang Bahasa sekolah. Kelab ini ditubuhkan untuk melatih dan melahirkan kumpulan debat/ pidato /pengucapan awam yang mantap secara berterusan.

2. Senarai Ahli jawatankuasa penaja dan cadangan perlaksanaan aktiviti Kelab berkenaan untuk rujukan pihak puan akan dikemukakan kemudian selewat-lewatnya Isnin, 21 Julai, 2008.

3. Adalah menjadi harapan kami, pihak puan meluluskan penubuhan kelab ini. Dengan kelulusan ini, kelab ini telah dapat ditubuhkan secara sah sebagai kelab ko-akademik di bawah tanggungjawab Bidang Bahasa sekolah ini dan akan dilaksanakan bermula Julai ini. Segala keprihatinan dan kerja sama pihak puan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“ BAHASA MEMARTABATKAN BANGSA TERBILANG”

Saya yang Menurut Perintah,

…………………………….
(NORHASIMAH BT. HJ. HASSAN)
Ketua Bidang Bahasa,
Sekolah Agama Menengah Rawang, Sel.


s.k.
1. GPK Kurikulum
2. GPK HEP
3. GPK Ko kurikulum


KERTAS CADANGAN PENUBUHAN
KELAB DEBAT/ PIDATO/ PENGUCAPAN AWAM SEKOLAH


Pengenalan
Lisan merupakan cara terbaik untuk menyambpaikan pelbagai maklumat, idea-idea, mesej kepada orang lain. Melihat kepentingan pengguasaan lisan untuk keberkesanan komunikasi maka pihak Bidang Bahasa dan Jawantankuasa Bahasa sekolahh bersepakat untuk penubuhan kelab ini. Di samping kepentingan kepada individu dalam penguasaan aspek pengucapan awam yang baik, kelab ini juga berkepentingan dalam mempertingkat pencapaian dan pengusaan bahasa dan akademik sekolah. Kelab ini ditubuhkan sebagai kelab ko akademik dengan penglibatan semua Panitia Bahasa (Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, dan Panitia Bahasa Arab) dan melibatkan semua guru bahasa sekolah ini. Diharapkan penubuhan ini manjadi aspirasi utama memacu kepada kecemerlangan pengucapan awam sekolah sama dalam peringkat sekolah, pertandingan peringkat daerah, negeri, atau kebangsaan.

Nama yang dicadangkan:
KUBUKU BUKU SAMER
(Kelab Untaian Bahasa,Ungkapan Kata, Usulan Budaya Ungguli Kualiti Utuh)

Matlamat :
1. Membentuk warga komuniti berpengucapan awam yang berketerampilan, berwibawa,
releven dan mampu mengaplikasi bahasa efektif dan mampan.

Objektif :
1. Membentuk komuniti pelajar yang dapat mengaplikasi kemahiran berbahasa yang baik.
2. Mewujudkan scenario pengucapan awam yang releven, sistematik dan efektif
3. Membentuk kumpulan pengucapan awam yang sedar dan mampu mempraktik
perdebatan/pidato/ syarahan sama asa melalui pertandingan , aktiviti formal atau aktiviti
seharian.
4. Melahirkan model individu pengucapan awam yang berketerampilan dan bijaksana dalam
pengendalian dan pengurusan aktiviti formal dan tidak formal.
5. Membentuk generasi yang dapat mengungkapkan idea, isi, maklumat, ilmu secara terancang,
tepat, pada , jelas dan bermanafaat.
6. Sebagai aspirasi penguasaan bahasa yang indah, sistematik, tepat, betul, dan bernas.

Asas pembentukan (Instrumen):
1. Semua peserta pengucapan awam yang sedia ada
( bermula pada tahun 2008 peserta daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4)
2. Perubahan ahli (kemasukan ahli baru) pada tahun-tahun berikutnya melalui pemilihan dan
temuduga atau pertandingan oleh guru-guru bahasa. Tawaran untuk penyertaan akan
diiklankan jika perlu.
3. Ahli KUBUKU BUKU seramai 50 orang sahaja.
4. Penyingkiran akan dibuat jika ahli tidak aktif, atau tidak menghadiri perjumpaan sebanyak
tiga kali berturut-turut tanpa sebab atau alasan munasabah dan persetujuan atau makluman
guru.
5. Perjumpaan akan diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu, atau mengikut kesesuaian
dan keperluan semasa
6. Menyediakan produk pelajar berpengucapan awam yang baik terutama untuk mewakili
sekolah dalam pelbagai aktiviti koakademik bahasa
7. Aktiviti kelab melibatkan :
a. Pengumpulan data dan maklumat
b. Seminar umum
c. Taklimat pemarkahan pertandingan
d. Taklimat teknik pengucapan awam
e. Sesi tayangan video pertandingan pengucapan awam.
f. Perdebatan (latihan perdebatan)
g. Pidato
h. Syarahan
i. Berbalas pantun
j. Pertandingan peringkat kelab dan melibatkan diri dalam pertandingan sekolah.
k. Lawatan sambil belajar
l. Program Khidmat pelajar (masyarakat)
m. Penghasilan skrip drama
n. Pertandingan Deklamasi Puisi
o. Penulisan Skrip Musyamarah, Coral Speaking, Pentomin dan sebagainya
p. Penulisan Lirik Lagu (Nasyid, Koir)
q. Program Bulan Bahasa, Pusat Sumber & program selepas peperiksaan
r. Latihan Kepengerusian majlis
s. Aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan KUBUKU BUKU

Setiap kumpulan mempunyai ketua kumpulan yang dipertanggungjawabkan mengendali dan mengawalselia aktiviti kumpulan terlibat.

Pertandingan pengucapan awam ( Cadangan yang boleh dijalankan)
1. Debat Bahasa Melayu Piala Pengetua
2. Debat Bahasa Inggeris Piala GPK Kurikulum
3. Debat Bahasa Arab Piala GPK HEM
4. Pidato Bahasa Melayu Piala Pengetua
5. Berbalas pantun Piala GPK Kokurikulum
6. Forum Remaja Piala Ketua Bidang Bahasa
7. Syarahan Bahasa Melayu piala Ketua Panitia Bahasa Melayu
8. Syarahan Bahasa Inggeris piala Ketua Panitia Bahasa Inggeris
9. Syarahan Bahasa Arab piala Ketua Panitia Bahasa Arab
10. Pertandingan Karya Kreatif (Novel, Cerpen & Puisi)
11. Pertandingan -pertandingan yang bersesuaian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan