Setiap perkara tentu ada timbal baliknya. Alah bukan bermakna kalah. Menang jadi arang, Kalah jadi abu... Bukan sesuatu yang mustahil untuk mencapai kejayaan itu jika bersungguh-sungguh. Namun kejayaan yang sebenar ialah apabila seseorang itu berani untuk melangkahkan kaki ke arena yang jarang diceburi oleh orang banyak. Dalam kalangan 700 orang pelajar di SAMER hanya lebih kurang 20 orang yang berani untuk duduk di gelanggang perdebatan itu... apatah lagi dalam gelanggang perdebatan menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.Kami secara peribadi kagum dengan keberanian itu. Kagum dengan anak-anak yang dalam usia muda seawal 14 tahun sudah berani mengutarakan idea bernas dan berwasilah. Wacana ilmu yang terkandung di dalamnya disinambungkan sebaik mungkin dengan galasan bebanan tugasan pelajaran yang semakin mencabar kini.



Senyuman anak-anak ini sebenarnya adalah senyuman kejayaan dan kemenangan... kemenangan mereka dalam menangani dan mengatasi pelbagai masalah atau kekangan yang ada. Sejauh mana mereka menghadapinya dengan tabah tidak akan kita tahu. Betapa satu ketika itu, tangisan itu bukan bermakna kelemahan malahan merupakan kekuatan. Terutama ketika kali pertama menjejak ke arena perdebatan yang penuh kontroversi... yang kadang-kadang bersifat hipokrit, subjektif, progresif dan fleksibel. Jangkaan dan ukuran kejayaan yang tidak dapat dijangka. Jika tewas dalam pertandingan bukanlah disebabkan seorang tetapi keseluruhan ahli yang terlibat. Mereka tidak boleh hidup seperti enau yang melepaskan pucuk masing-masing tetapi perlu menjadi seperti aur dengan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain.
Perjalanan mereka sebenarnya masing panjang. Jika bukan hari ini, mungkin akan ada hari-hari mendatang yang lebih cerah dan bermakna.

Semangat yang kuat tanpa keazaman tidak akan membuahkan hasil yang cemerlang. Namun kadang kala untuk cemerlang, seseorang itu harus menemui kegagalan demi kegagalan,, berkali-kali...hanya mereka yang kuat sahaja yang akan melepasinya untuk berjaya kemudian cemerlang.

Apapun keputusan juri... Kami guru-guru di SAMER ini amat berbangga dengan kalian. Terima kasih kerana membawa sedikit kekuatan, keberanian dan ketabahan kalian dalam perdebatan yang berlangsung.
Gambar-gambar yang diabadikan dalam KUBUKU BUKU SAMER kali ini adalah di pertandingan peringkat separuh akhir Debat/ Bahas KAMIL zon 4 .... di Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST).

Biarpun ketiga-tiga delegasi debat pulang tidak membawa sebarang kemenangan, namun pengorbanan mereka amat kami hargai.


Gambar : Ust.Sarah Johari dan Mohd Hazim Hisan.

Melihat ke langit, ada ketikanya kita akan lupa akan rumput di bumi. Semoga kalian akan bersederhana dalam banyak perkara. Berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat menjadi pemimpin yang baik pada masa hadapan. InsyaAllah....
Gambar: Mohd Ezrin.. Wakil tunggal putera dalam delegasi Debat Bahasa Inggeris. Memcuba nasib dan memperlihatkan kesungguhan dalam arena ini dan menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin.

Gambar : Sakinah sedang menyampaikan hujahnya dengan tenang.

Muafakat membawa berkat... persediaan yang sedikit akan menjadi lebih mudah dan menyakinkan dengan kerjasama yang baik.
























