Jumaat, Julai 17, 2009

TAHNIAH...SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DAN BELUM TERLAMBAT...

Mungkin tidak terlalu terlambat untuk KUBUKU BUKU mengucapkan tahniah kepada perkembangan dan pencapaian ahli. Pertama, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Guru Penasihat KUBUKU BUKU SAMER, Hjh Norhasimah bt Hassan atas kejayaan beliau menerima anugerah pada sambutan Hari Guru Daerah Gombak kerana berjaya mendapat Johan untuk pertandingan Menulis Cerpen Kanak-kanak bagi kategori guru Daerah Gombak.. Semoga usaha ustazah akan berterusan dan berkembang dengan sebaiknya... Tahniah...semoga mendapat keberkatan dan semoga ucapan kami ini tidak terlewat.



Kedua, ucapan tahniah ini kami tujukan kepada Ustaz Abdul Hidir Afnizal bin Abdul Latif dan pasangan beliau Puan Syahrydzat bt. Haji Mohamed Noor yang mendirikan rumahtangga pada 3o Mei,2009. Semoga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Semoga mendapat keberkatan dan semoga ingatan dan ucapan daripada kami, ahli-ahli KUBUKU BUKU untuk ustaz ini tidaklah terlewat.. Sudah hampir 2 bulan detik bahagia itu berlalu, baru kini kami berkesempatan untuk mengungkap kata ucapan ini. Semoga ustaz akan terus bersama kami dan meluangkan masa mendidik dan membantu kami..terutama dalam sesi pengucapan awam ini. Semoga dengan adanya sokongan di sisi ustaz, ustaz akan sentiasa ceria dan bersemangat menunaikan tanggungjawab dan ibadah.



Gambar Ustazah Hashimah dan Puan Syahrydzat ini diambil pada majlis walimatul urus di rumah pengantin perempuan di Taman Seri Keramat Tengah pada 31 Mei,2009.

Manis senyuman bahagia kedua-dua mempelai.
*****************************************
Gambar berikutnya diambil daripada laman Friendster, PERKASA 13. Majlis dalam gambar adalah pada 06 Jun, 2009 di Lenggeng, Negeri Sembilan.
Bersama-sama mempelai adalah ahli alumni SAMER (PERKASA 13). Turut ada dalam gambar adalah Ustaz Mohd Haider bin Samsuddin (bersalam) dan isteri, Ustazah Siti Zaimah bt. Mohd Ahya (Berpakaian hijau).

Namun, kami juga ingin mengucapkan takziah kepada Ustaz Abdul Hidir kerana pemergian ayahanda tercinta yang kembali ke rahmatullah pada 05 Jun, 2009. Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya...
Ketiga, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Ustazah Mustazilla bt Mustakhim kerana bakal menimang cahaya mata yang keempat pada Januari, 2010.. Semoga kehadirannya akan menambahkan seri hidup ustazah sekeluarga..
Ucapan tahniah yang kami rakamkan ini, biarpun terlewat....hadir daripada hati-hati kami yang menyayangi kalian..
Wassalam..
Dicatat oleh Setiausaha dan AJK KUBUKU BUKU SAMER

1 ulasan:

  1. Congrats 2 ustzh Hashimah...
    truskn penulisan, martbatkn bahasa..
    x t'lmbt rs nye Selamat Pengantin Baru buat ustaz Hidir..
    Semoga Berkekalan Hingga ke Akhir Hayat..=)

    BalasPadam