Rabu, September 09, 2009

MAJALAH W.I.N.D = EDISI KHAS PEPERIKSAAN

EDISI KHAS PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA)
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
(Sekolah-sekolah Agama Menengah Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan (JAIS) sebelum Oktober, 2006)

ASSALAMUALAIKUM.....

KUBUKU BUKU SAMER sedang dalam usaha mengeluarkan majalah (kumpulan makalah) berbentuk ilmiah untuk membantu warga SAMER yang menduduki peperiksaan dalam konteks membantu mempertingkat pencapaian keputusan yang baik terutama dalam bidang Bahasa ( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab).

Majalah yang kami terbitkan memilih Pemuka/kulit yang berjudul W.I.N.D yang merupakan akronim bagi Wahana Intelek Naluri Diri. Perkataan ini juga dipilih berdasarkan makna positif perkataan 'wind' itu sendiri yang antaranya, tiupan angin yang kencang...bernafas...dengan mengambil sifatnya yang kuat dan pantas dan keperluan untuk terus hidup..memberi semangat dan harapan yang baik.

Pengenalan untuk majalah ini secara keseluruhan dan lengkap akan dijelaskan pada catatan yang berikutnya dalam edisi khas Majalah W.I.N.D, KUBUKU BUKU SAMER.

Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) ini menggunakan Sukatan Pelajaran Al-Azhar yang ditawarkan oleh Sekolah-sekolah Menengah Agama JAIS. Peperiksaan ini dilaksanakan ketika pelajar-pelajar calon peperiksaan ini berada dalam tingkatan empat. Peperiksaan tersebut biasanya diadakan selepas selesaiya Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Memandangkan peperiksaan tersebut hampir menjelang dan bahan-bahan tambahan untuk rujukan amat berkurangan, maka KUBUKU BUKU mengambil inisiatif pertama mengeluarkan edisi Khas Peperiksaan dengan memberikan keutamaan kepada Kertas Bahasa Arab 2 yang terkandung di dalamnya terjemahan dalam bentuk peta mina dan soalan-soalan terget setiap topik yang berkaitan. Harga senaskah makalah ini ialah RM 2.00 untuk naskah keluaran pertama ini dan jumlah naskah yang kami keluarkan adalah terhad untuk 100 naskah sahaja. Namun jika ada yang masih berminat, anda bolehlah berurusan dengan pihak redaksi KUBUKU BUKU yang diterajui oleh Saudari Nur Elyani bt Azib dan Muhammad Nasrul Hazim b. Husaini.
Semoga Makalah W.I.N.D ini dapat memberi manafaat yang banyak kepada warga SAMER, menghadapi peperiksaan yang mendatang ini.
JANGAN BERTANGGUH...DAPATKAN SENASKAH UNTUK DIRI ANDA SEKARANG!!!!
Wassalam.
Dicatat oleh :
Nurul Asna Hidayah bt. Mior Abdul Rahman
Setiausaha kehormat,
KUBUKU BUKU, SAMER, Sel.D.E.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan