Selasa, Mac 01, 2011

BEBERAPA PROGRAM DALAM CADANGAN

 Assalamualaikum semua.... "Salam Perdebatan", sudah agak lama tidak mendengar ungkapan ini diutarakan di SAMER... Bukan sudah hilang tetapi menyepi sementara... 
Kini, tirai KAMIL dibuka semula menjelang 2011 ini... maka akan terdengar semula ungkapan itu diucapkan sekurang-kurangnya oleh seorang dua pendebat... Bidang Bahasa secara amnya sangat berterima kasih dengan aktiviti KAMIL yang membolehkan semua Panitia Bahasa, sama ada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Arab  melibatkan diri dalam pelbagai aktivitinya..
 Saya percaya banyak kalangan pembaca tidak mengetahui tentang KAMIL... Ingin diperjelas bahawa KAMIL merupakan kependekan atau akronim kepada Kemahiran Amal Islami... yang dulunya dikenali menggunakan kependekan KAI/KAM.. Mungkin atas beberapa sebab nama yang digunakan ditukarkan kepada perkataan bermakna KAMIL.... merujuk kepada insan kamil; yang juga berertikan kesempurnaan... 
KAMIL hanya berlangsung di semua Sekolah Agama di bawah naungan atau pernah bernaung di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)... Kini, sekolah-sekolah menengah di bawah naungan JAIS telah pun berada di bawah pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia; yang dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).. KAMIL masih terus berkesinambungan dengan semua sekolah-sekolah berkenaan dan masih dikelolakan oleh pihak JAIS.

Sebelum meneruskan catatan berkaitan tajuk dipilih, pihak KUBUKUBUKU ingin menyorot kembali sejarah kegemilangan Debat Parlimen pada sekitar tahun 2003-2005... dan kami baru 'menemui' seorang lagi pendebat hebat di SAMER.... Beliau adalah Pn. Nur Hidayah bt. Adenan.. Kini, beliau menetap di Selayang dan baru ditempatkan bertugas di SMK. Taman Desa, Kuala Lumpur. Beliau sebelum ini menuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)... Kami berbesar hati kerana dapat juga terus berhubung dengan beliau... dan percaya tentu banyak dalam kalangan para sahabat beliau yang merindui beliau...
Namun, pihak kami tidak pasti sama ada beliau masih bergiat dalam bidang pengucapan awam atau sebaliknya kerana difahamkan beliau merupakan seorang guru dalam bidang Sains (Fizik)... Selamat bertemu kembali kepada mantan Pendebat hebat SAMER dan kami berharap beliau dapat menyumbangkan sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama-sama ahli KUBUKUBUKU hari ini...

Sepanjang 2011 ini, aktiviti KUBUKUBUKU yang sepatutnya terus berlangsung seawal Januari, tampak sepi perjalanannya..namun pihak KUBUKUBUKU berterima kasih kepada Pengerusi yang baru iaitu Mohd Khairul Ikhwan Khairi kerana telah melaksanakan beberapa aktiviti antaranya pemilihan ahli debat Bahasa Melayu.  Begitu juga dengan beberapa Ajk yang bersedia mengambil inisiatif awal memastikan KUBUKUBUKU tidak sunyi dan terkubur... Mesyuarat pertama dijangka akan berlangsung sekitar bulan Mac ini, dan sekali gus melantik Ajk Pelapis  2011/2012 bergerak bersama ajk 2011... 
Antara aktiviti Bidang Bahasa tahun ini ( melibatkan aktiviti oleh semua Panitia dan persatuan Bahasa serta KUBUKUBUKU) seperti  Program CEKAP, Pentas Moderator, Program PELITA, Bulan Aspresiasi Bahasa, Bulan Bahasa Kebangsaan, Program ILHAM, dan beberapa Program yang melibat MBMMBI... dan MBA...(Memperutuh Bahasa Arab)...

Program-program tahunan seperti Bulan Aspresiasi Bahasa (Bulan Aspirasi Bahasa) dan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilaksanakan seperti biasa dengan aktiviti dan pengisian baru yang melibatkan objektif MBM dan MBI yang disarankan oleh KPM.  Bulan Aspresiasi bahasa akan diadakan pada sepanjang Bulan Jun dan diakhiri pada awal Julai yang juga dilaksanakan bersama-sama Panitia Bahasa Arab Al-Azhar dan Minggu Pusat Sumber Sekolah.   Bulan Bahasa Kebangsaan akan tetap dilaksanakan pada bulan Oktober, iaitu pada Bulan Bahasa Kebangsaan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia umumnya dan KPM khususnya.. Bidang Bahasa juga akan merangka aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan pengubahsuaian aktiviti sedia ada dan menggunakan aktiviti yang lebih memberi manafaat ilmu khususnya dalam memartabatkan Bahasa Melayu. 

Aktiviti baru yang dirangka merupakan aktiviti aplikasi program "Realiti TV" seperti Pilih Kasih, Mentor, Akademi Al-Quran, Akademik Fantasia , idola kecil dan adik-adikku.. Hanya menggunakan konsep -konsep tertentu dalam rancangan tersebut, Pentas Moderator (PM) akan memberikan banyak ruang dan peluang kepada warga SAMER untuk memperlihatkan bakat dan ketrampilan
serta penguasaan kepada ketiga-tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.  PM akan dipertonton kepada khalayak warga SAM.Rawang setiap 2 minggu untuk memberikan ruang yang cukup kepada peserta bersedia... Pengisian aktiviti yang dimasukkan dalam 'sukatan pelajaran' PM merangkumi mendeklamasi puisi moden dan puisi tradisional, Pentas monolog spontan (setiap minggu persembahan, menyampaikan berita, membuat ulasan selari, berbalas pantun, mencipta lirik musamarah dan sebagainya.

Kami menjangkakan sekiranya Program PM dapat dilaksanakan dengan jaya, kemaslahatan banyak akan diperolehi oleh ikon yang dibentuk dan juga penonton yang mengikuti perjalanan PM dari semasa ke semasa... Sasaran program ini terbuka kepada semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima dan semua mentor yang terlibat terdiri daripada guru-guru matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Arab Al-Azhar. PM juga akan bersifat program memperkukuh penguasaan tatabahasa serta memberi latihan penulisan kepada para pelajar.

Aktiviti lain ialah Program CEKAP(CEpat Kuasai Amalan Penulisan); iaitu suatu program yang melatih para pelajar membentuk kecenderungan penulisan yang baik dan tersusun... Program ini adakan dikendalikan di bawah ketiga-tiga panitia dalam Bidang Bahasa mengikut keperluan pengguasaan kemahiran penulisan.  Program ini lebih berorientasikan peperiksaan dan akan diberi keutamaan untuk penguasaan amalan penulisan untuk kelas-kelas peperiksaan untuk PMR, SMA dan  SPM.
Namun untuk para pelajar tingkatan satu dan dua; tambahan kepada kemahiran amalan penulisan ini akan diterapkan juga amalan kewartawanan; iaitu mereka akan dilatih untuk turut menguasai kemahiran mencari berita, menulis laporan dan kemahiran fotografi.

Bidang Bahasa juga bercadang mengadakan Malam Aspresiasi Puisi dengan memuatkan aktiviti mengenali tokoh-tokoh penulisan dan mendeklamasi puisi mereka; serta aktiviti pertandingan menulis puisi bertema seperti Hari Kebangsaan, Hari Guru, Hari Ibu, Hari Bapa dan seumpamanya; yang berobjektifkan penerapan nilai murid dalam kalangan pelajar yang membantu bidang Pendidikan Islam untuk program melahirkan sahsiah unggul.. Walaupun Jawatankuasa SUMUR itu sendiri ada kerangka yang baik dan tersusun, kami yakin beberapa usaha yang akan kami laksanakan ini dapat membuktikan keupayaan Bahasa itu sendiri merentas Kurikulum, dan bahasa dapat membentuk peribadi mulia..

Selain itu, pihak Kubuku buku juga bercadang mengadakan pertandingan tertutup pengucapan awam antara kelas-kelas dalam setiap tingkatan. Pertandingan tersebut akan diadili oleh guru yang berkenaan dan boleh digunakan sebagai rekod atau markah Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah... Pertandingan tersebut seperti Debat ala Parlimen Mini, Forum Remaja Muda, Syarahan bertema dan beberapa aktiviti yang berkaitan... Antara tujuan aktiviti ini menyediakan pelapis bagi pasukan sekolah untuk semua acara tersebut.

Program PELITA (Pelajar Elit Tatabahasa) pula akan mengetengahkan aktiviti-aktiviti penguasaan Tatabahasa dalam kalangan pelajar seperti penyediaan papan kenyataan "Mari membina ayat", dan edaran berkaitan aspek tatabahasa pada setiap hari isni ke kelas-kelas untuk rujukan atau ditampal di papan kenyataan kelas..

Program Kosakata Kita pula akan mengembangkan pelbagai aktiviti pengumpulan kosa kata melalui  aktiviti seperti "Surat Berantai kata", "Tanya Kamus Cikgu", Lelabah kosa dan seumpamanya.

Dengan beberapa aktiviti yang dicadangkan di atas, berkesinambung untuk melahirkan generasi seimbang yang cemerlang dunia dan akhirat melalui pendekatan berbahasa yang bersopan dan bertatasusila serta tepat dalam konteksnya... Pihak kami sentiasa berusaha untuk memantapkan pengguasaan bahasa yang baik dalam kalangan warga SAMER dan kami mengharapkan semua warga SAMER akan memberikan kerjasama dan sentiasa mendoakan kejayaan usaha kami tersebut.
 Wassalam

2 ulasan:

  1. SAMER terbaik!! =)
    insyaALLAH..akan sentiasa mendoakan..

    BalasPadam
  2. na'am2,setuju dgn khalifatullah!
    teruskan dgn sumbanganmu utk islam yg tercinta ini.

    BalasPadam