Jumaat, Mei 29, 2009

BERCERITA LAGI TENTANG KENANGAN DI UIAM

BERKISAH LAGI BERKENAAN KENANGAN DI UIAM, 2009...
Assalamualaikum.....
Kenangan itu pasti tidak akan kami lupakan...

Melalui gambar-gambar yang dimuatkan dalam laman ini, kami kisahkan.....tentangnya di hati kami... Semoga ia menjadi kenangan yang indah...kelak jika kami mengimbau kembali..

Mungkin itulah kata-kata di hati mereka yang terlibat dalam arena perdebatan di UIAM, yang lalu...
pengalaman itu pasti tidak akan luput..
Mereka terdiri daripada 8 orang ahli KUBUKU BUKU SAMER, yang kami pilih untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam arena perdebatan...




Mereka kami tinggalkan di UIAM untuk melalui dan merasai kepayahan dan kesulitan mengharungi dunia perdebatan dan juga mengharungi sedikit ujian supaya mereka semakin kuat dan putus asa...

Mereka kami lepaskan untuk merasai sendiri apa itu perjuangan dan pengertian kekalahan dan kemenangan supaya mereka lebih kuat...






Mereka kami berikan peluang untuk melihat lebih jauh ke dalam dunia perdebatan yang tidak menjadikan kegemilangan sebagai satu ukuran untuk menjadi seorang pejuang yang berani dan cekal....

Kami meluaskan persepsi mereka untuk dapat berkomunikasi dan berinteraksi bukan hanya dalam kalangan mereka... memberi mereka melihat kebenaran dan kemaslahatan pergaulan yang baik, mesra....murni tapi dalam landasan syariat Islamiah....

Kami ingin mereka mencuba...
Kami ingin sekali mereka belajar sesuatu....
Kami ingin mereka memulakan langkah...
Kami ingin mereka membuka lembaran baru....
Kami ingin mereka tahu dan merasai....
Kami ingin mereka jelas dan memahami....
bahawa....
Kejayaan itu tidak datang dengan mudah...
Kenyataan itu tidak seperti yang diimpikan...
Kekalahan itu bukan sangat menyakitkan...
Kegagalan itu sebenarnya bukan kegagalan...
Kemenangan itu sebenarnya tidak semesti kemenangan....
dan mereka mesti sentiasa bersedia...
menerima kegagalan dan kejayaan sebagai satu asas perjuangan...
masa depan itu hanya boleh diharapkan dengan usaha yang bersungguh...
sambil lewa dan alpa...akan selalu ada dan tidak pernah meninggalkan kita...
Rasa bangga dan gah itu tidak pasti dan tidak menjamin ketentuan...

Banyak lagi yang mahu kami beri...
Ada lagi yang kami inginkan...
Biarlah mereka bertatih-tatih dahulu...
jatuh dan bangun...
seterusnya akan berlari...dengan berhati-hati...
Semoga
jika mereka berlari dan jatuh...
mereka akan dengan yakin untuk bangun
dan terus berlari..berlari...
dan berlari menuju sesuatu yang pasti.

Kami melorongkan mereka jalan-jalan yang boleh mereka pilih untuk menjadi seorang yang berkeyakinan dan membentuk jati diri mereka....
merasai kekurangan...
merasai kesedihan dan kesayuan...
merasai pengalaman yang tidak mereka duga...
agar mereka akan tahu namun masih mahu dan terus mampu berada dalam arena yang tidak terduga ini...

Kami ingin mereka berkongsi, walau baru berkenalan.... walau baru mengetahui.... walau baru mengerti... apa, siapa, bagaimana, mengapa, untuk apa.... yang telah dan akan terus mereka pilih.....

Jika mereka tewas, maka mereka akan sentiasa bersyukur kerana mereka pernah tahu apa itu gelanggang perdebatan....

Semoga mereka akan menjadi seorang insan kamil yang berguna dan berjaya untuk agama, bangsa dan negara kerana Allah Taala...InsyaAllah...





Setiap sesuatu itu tentu ada hikmah di sebalik kejayaannya..
jika diberikan kita bahagia hari ini...
mungkin ia tetap satu ujian...
jika diberikan kita kemudahan hari ini...
mungkin juga ia tetap satu dugaan..
jika diberikan kita berjaya hari ini....
mungkin ia tetap satu cabaran...
Semoga tiada kealpaan dan kelalaian dalam kehidupan...semoga menjadi orang yang selalu bersyukur...
Wassalam......

Ahad, Mei 17, 2009

KENANGAN DEBAT UIAM 2009

Kenangan yang manis bukan datang selalu.
kadang-kadang saat manis itu tidak sengaja hadir dalam hidup kita. Debat merupakan satu wahana kepada pemikiran yang positif dan berperancangan. Sedikit kepayahan dalam penglibatan dunia debat pasti memberikan banyak mashalahat dalam hidup para pendebat. Hanya mereka yang terlibat sahaja mengerti erti dunia perdebatan itu sendiri. Semoga akan ada ruang yang lebih luas untuk meniti pengalaman demi pengalaman sebaik mungkin.

Lazimnya debat menjadikan pendebat menjadi seorang yang berdisiplin... Memegang satu matlamat dan tahu hala tuju yang ingin diteruskan dan dicapai.. Dalam arena perdebatan seseorang itu perlu tegas dan yakin. Bukan sedikit pengalaman yang diperlukan, bukan sedikit pengetahuan harus dicari. Untuk membahaskan sesuatu itu, seseorang itu harus tahu teknik dan kekuatan bagi memastikan segala yang dipertuturkan bersifat logis dan mengutarakan pendapat dengan berani. Biarpun ada yang menyatakan perdebatan yang diceburi oleh para pelajar ini umpama seseorang yang menegakkan benang yang basah...namun di situlah kekuatannya. Kita harus membuktikan pelbagai perkara dengan hujah yang yakin dan berani... penentunya bukan pendebat itu... tetapi orang lain yang menjadi juri, lebih bijak dan arif dalam menentukan keputusannya...

Arena perdebatan umpama perjudian... cukup menakutkan kerana kita tidak bisa menjangka apa yang akan kita lalui. Mengalah bermakna kita bukan seseorang yang berani menghadapi kenyataan.
Asna (Debat Bahasa Melayu) dan Syifaq (Debat Bahasa Inggeri)

Itulah pula kenyataannya...

Dalam ruangan ini dicatatkan sedikit kenangan dalam pertandingan debat di UIAM... pelbagai kesulitan yang dihadapi oleh anak-anak ini namun bagi mereka.... inilah dunia perdebatan yang indah. Bukan kemenangan yang penting tetapi perjuangan itu diteruskan... Ilmu itu jika tidak dicari tidak akan datang dengan sendiri....sedangkan di sekeliling kita adalah ilmu, ilmu, ilmu, ilmu .....semata-mata. Tiada yang kosong kecuali bagi mereka yang tidak mahu berfikir. Jelaslah perdebatan adalah arena menyuarakan jati diri individu... mungkin tidak akan hadir segala itu jika tidak difikirkan.


Pengorbanan dalam dunia perdebatan tidak akan sama dengan arena lain... Biarpun bukan berprestij namun ia lebih menguji kekuatan diri... Berlagu, bernasyid, berlakon.... biarpun pada sesetengah amat payah dilakukan namun... ia perlu penghayatan dan keserasian. Berdebat adalah segalanya... melagukan, menyampaikan lirik dan menyuarakan, berlakon....berkata-kata, berdialog...malah lebih daripada itu...ia adalah ilmu, pengetahuan, pengalaman, keberanian, keyakinan, kekuatan.....segalanya tentang hidup....biarpun ia merupakan ruang kecil dalam bahagian hidup itu sendiri.
Tahniah, anak-anak yang melibatkan dalam perdebatan.. Kalian adalah kekuatan, peribadi remaja terbilang pada masa akan datang.... Berbangga lah kalian kerana kalian terpilih dalam dunia perdebatan ini sebagai pejuang yang tidak akan berputus asa dan mengaku kalah...

Khamis, April 09, 2009

ALAH BUKAN BERMAKNA KALAH, BERANI UNTUK MENCUBA DAN MENGORAK LANGKAH

Setiap perkara tentu ada timbal baliknya. Alah bukan bermakna kalah. Menang jadi arang, Kalah jadi abu... Bukan sesuatu yang mustahil untuk mencapai kejayaan itu jika bersungguh-sungguh. Namun kejayaan yang sebenar ialah apabila seseorang itu berani untuk melangkahkan kaki ke arena yang jarang diceburi oleh orang banyak. Dalam kalangan 700 orang pelajar di SAMER hanya lebih kurang 20 orang yang berani untuk duduk di gelanggang perdebatan itu... apatah lagi dalam gelanggang perdebatan menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Kami secara peribadi kagum dengan keberanian itu. Kagum dengan anak-anak yang dalam usia muda seawal 14 tahun sudah berani mengutarakan idea bernas dan berwasilah. Wacana ilmu yang terkandung di dalamnya disinambungkan sebaik mungkin dengan galasan bebanan tugasan pelajaran yang semakin mencabar kini.






Hidup ini suatu perjuangan.. dan perjuangan itu pula perlukan pengorbanan. Jika diukur keberanian dan pengorbanan itu.. perjuangan pasti menjadi wahana kepada sesuatu kejayaan.

Senyuman anak-anak ini sebenarnya adalah senyuman kejayaan dan kemenangan... kemenangan mereka dalam menangani dan mengatasi pelbagai masalah atau kekangan yang ada. Sejauh mana mereka menghadapinya dengan tabah tidak akan kita tahu. Betapa satu ketika itu, tangisan itu bukan bermakna kelemahan malahan merupakan kekuatan. Terutama ketika kali pertama menjejak ke arena perdebatan yang penuh kontroversi... yang kadang-kadang bersifat hipokrit, subjektif, progresif dan fleksibel. Jangkaan dan ukuran kejayaan yang tidak dapat dijangka. Jika tewas dalam pertandingan bukanlah disebabkan seorang tetapi keseluruhan ahli yang terlibat. Mereka tidak boleh hidup seperti enau yang melepaskan pucuk masing-masing tetapi perlu menjadi seperti aur dengan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain.


Perjalanan mereka sebenarnya masing panjang. Jika bukan hari ini, mungkin akan ada hari-hari mendatang yang lebih cerah dan bermakna.




Semangat yang kuat tanpa keazaman tidak akan membuahkan hasil yang cemerlang. Namun kadang kala untuk cemerlang, seseorang itu harus menemui kegagalan demi kegagalan,, berkali-kali...hanya mereka yang kuat sahaja yang akan melepasinya untuk berjaya kemudian cemerlang.
Ada ketikanya...dalam keadaan yang menjadi harapan berjaya, rezeki tidak menyebelahi... namun itulah suratan kehidupan. Itulah kekuatan dalam gelanggang perdebatan ini. Menegakkan benang basah yang mungkin membuahkan sesuatu keyakinan yang sukar dimengertikan.

Apapun keputusan juri... Kami guru-guru di SAMER ini amat berbangga dengan kalian. Terima kasih kerana membawa sedikit kekuatan, keberanian dan ketabahan kalian dalam perdebatan yang berlangsung.

Gambar-gambar yang diabadikan dalam KUBUKU BUKU SAMER kali ini adalah di pertandingan peringkat separuh akhir Debat/ Bahas KAMIL zon 4 .... di Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST).

Biarpun ketiga-tiga delegasi debat pulang tidak membawa sebarang kemenangan, namun pengorbanan mereka amat kami hargai.
KUBUKU BUKU SAMER merakamkan tahniah kepada perwakilan yang mengambil bahagian dan menyertai perdebatan tersebut tanpa persediaan yang rapi dan teratur. Tahniah kerana mereka mampu untuk bertanding dalam keadaan yang kurang latihan dan dalam kesibukan menghadapi pelbagai tugas dan tanggungjawab. Biarpun kelak tidak ada yang mengucapkan tahniah atau memperlekehkan kalian..... kami tetap berbangga mempunyai ikon-ikon pengucapan awam yang sanggup berjuang walaupun sedar berada dalam pelbagai kekangan dan masalah. Kami guru-guru juga tahu keperitan yang kalian alami... kerana kami ada bersama kalian ketika itu , walaupun tanpa kalian sedari..

Gambar dua orang wakil delegasi Bahasa Inggeris, Nur Sakinah dan Farhah. Mereka adalah dua remaja yang kuat semangat berusaha, untuk membolehkan SAMER mempunyai wakil perdebatan dalam Bahasa Inggeris. Mereka berkerjasama dalam kepayahan dan kesukaran.. menterjemah dan mengulas hujah sebaik mungkin.




Gambar : Ust.Sarah Johari dan Mohd Hazim Hisan.
Pandangan dan komen membina tentu membantu delegasi yang bertanding untuk terus mara dan bersemangat meneruskan usaha memperkembang minat dalam delegasi perdebatan.
Gambar Delegasi Bahasa Arab.. Terdiri daripada Basmah, Muzammil dan Wan Mohd Ahyar.
Keberanian mereka tentu akan lebih terserlah dalam pertandingan-pertandingan seperti ini. Walau bagaimanapun ... kalian tentu mendapat perhatian, jika bukan hari ini..mungkin suatu hari nanti dengan usaha yang berterusan. Jika bukan dalam pertandingan ini, mungkin dalam masyarakat kelak..

Melihat ke langit, ada ketikanya kita akan lupa akan rumput di bumi. Semoga kalian akan bersederhana dalam banyak perkara. Berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat menjadi pemimpin yang baik pada masa hadapan. InsyaAllah....

Gambar: Mohd Ezrin.. Wakil tunggal putera dalam delegasi Debat Bahasa Inggeris. Memcuba nasib dan memperlihatkan kesungguhan dalam arena ini dan menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin.










Gambar : Sesi perdebatan dan berbincang untuk meneguhkan hujah bagi membangkang usul pada hari ini.




















Gambar : Sakinah sedang menyampaikan hujahnya dengan tenang.


Muafakat membawa berkat... persediaan yang sedikit akan menjadi lebih mudah dan menyakinkan dengan kerjasama yang baik.


Delegasi pihak lawan dari SAMT Kuala Kubu Bharu...
Dari hadapan : Berdiri sedang membentangkan hujah.. Muhammad Aiman Syihabuddin.
Kedua, Nur Dhaniah dan ketiga Mohd Naufal.... Ketiga-tiga mereka adalah bekas pelajar SAMER 2008.
Dengan ertikata lain anak-anak kami bertanding dan memperkukuh bakat yang ada dalam kalangan mereka.. Kami tidak berasa ralat kerana tewas dalam perbahasan Bahasa Arab ini. Kami berasa tetap berjaya biarpun anak-anak kami itu sudah bertukar atau melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah lain. Semoga bakat yang ada akan dapat dikembangkan dengan baik dan dibajai supaya subur dan berguna... bukan hanya membawa imej sekolah semata-mata tetapi dalam membentuk jati diri mereka sebagai insan Kamil yang mukmin. InsyaAllah...WASSALAM...