Jumaat, Februari 27, 2009

MEMORI KELAB PENGUCAPAN AWAM SAMER

Assalamualaikum.. KUBUKU BUKU bermula daripada cetusan idea ahli-ahli yang prihatin dan inginkan aspek pengucapan awam ini dapat menjadi kebanggaan SAMER. Nama KUBUKU BUKU sebenarnya adalah nama yang diinfak melalui kesepakatan idea Ketua Bidang Bahasa dan Ketua Panitia Bahasa Melayu ketika KDP Pengurusan dan kehakiman Forum Remaja pada akhir bulan oktober, 2008. Idea ini sebenarnya rumusan akhir penceramah iaitu Encik Kamisan bin Sihap dari SBPI Rawang. Pada dasarnya KUBUKU BUKU bermaksud "Aku membukukan(membuat) buku; merujuk kepada maksud ilmu". Makna lain ialah "kubu (benteng pertahanan) aku buku (ilmu). Ilmu bersifat menyeluruh dan tidak ada titik hentinya. Apabila individu itu menjadikan ilmu sebagai benteng pertahanan dan matlamatnya, maka jadilah mereka orang yang beruntung...Apabila seseorang itu dapat mengumpulkan ilmu, membukukannya bermakna ilmu itu akan dapat dimanafaatkan sebaik mungkin. Orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu tidak sama kedudukannya dan orang yang berilmu itu jika tidak memanafaatkan ilmu akan sama seperti pokok yang tidak berbuah..


'..Katakanlah: "Adakah sama orang yang mengetahui, dengan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran'
(Az Zumar: Ayat 9:23)
Kelab ini diharapkan melatih dan menghasilkan produk generasi yang dapat berpengucapan awam yang baik dalam masyarakat. KUBUKU BUKU dapat menjadi wadah yang telus wahana produk yang dicita-citakan itu.

SAMER sebenarnya telah melahirkan produk pengucapan awam yang berintegriti, berwibawa dan berinovatif. Namun, intensiti mereka tidak dapat diinterprestasi dengan jelas. Dengan iltizam untuk memastikan produk ini menjadi lebih bersifat tekal dan mampan, KUBUKU BUKU diharapkan dapat menjadi aspirasi yang telus untuk mengintergrasi dan melestarikan hasrat tersebut.
Semoga kami akan terus berbangga dengan anak-anak didik SAMER ini dalam mengharungi arus pendidikan global masa kini.
Antara yang dapat kami rakamkan sebagai memori kelab pengucapan awam.

1 ulasan:

  1. Semoga SAMER trus maju dlm arena pendebatan dan lain-lain bidang kokurikulum..
    n also kurikulum...
    InsyaAllah..=)

    BalasPadam