Isnin, Mac 30, 2009

LATIHAN DALAM KEKANGAN DAN KEPAYAHAN


Latihan demi latihan. Mereka akan tetap berjuang walaupun kemenangan belum dapat dicapai. Semoga usaha mereka sekurang-kurangnya memberikan banyak pengalaman kepada mereka. Setiap usaha itu pasti ada manafaatnya.

Banyak dugaan yang perlu dilalui. Setiap sesuatu yang berlaku pasti akan ada hikmah di sebaliknya. Cuma ada ketika, kita tidak akan mengetahui yang tersirat itu sehingga tiba waktu yang sesuai.

Siapa tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Semua aktiviti kokurikulum, ko akademik dilaksanakan serentak.
Semua ahli terkejar-kejar masa untuk semua aktiviti. Akademik dan kokuriklum mesti diseimbangkan. Semua orang berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti.

Aspek penting bukanlah berjaya di tempat pertama itu, mewakili sekolah dalam semua peringkat, tetapi bagaimana peserta menyeimbangkan semua aktiviti dan perkara selaras dengan keperluan semasa.

Latihan di peringkat akhir mungkin bernatijah..asalkan dapat disenggarakan dengan baik maka berharap akan mendatangkan hasil

Adakalanya usaha yang begitu lama dan sistematik boleh punah hanya satu kesilapan kecil yang tidak diambilberat. Ketaatan itu baik, kepatuhan itu berhemah..... akan tetapi mengganggu wacana sesuatu agenda itu berkesankan padah. Apabila berguru, usahlah kepalang ajar.. selesaikan dan amalkan. Usah mudah terpengaruh dengan ujian dan godaan luar..kerana orang yang ahli dalam bidangnya itu lebih mengetahui dan arif.

Setiap pendirian itu lazimnya bersebab. Mengapa ada yang guru yang melatih pasukannya, tidak suka akan campurtangan orang lain. Kerana biasanya beliau lebih tahu. keberkongsian mungkin bermakna pada sesuatu ketika...jika diminta mungkin. Tetapi setiap strategi yang diatur tentu berserta perancangan yang teratur. Hormati usaha oranglain dan membantulah ketika diperlukan. Catatan kali ini bersifat mandiri. Daripada kekecewaan yang sukar untuk digambarkan. Jangkaan untuk sesuatu itu berjalan lancar,musnah dalam beberapa minit sahaja. Terima kasih dengan segala bantuan, tetapi adalah lebih dihargai jika tidak ada campurtangan yang menggugat kemungkinan dan kelancaran. Dengan erti kata lain, terima kasih dengan segala kerendahan hati jika tidak mengganggu dalam bidang yang tidak diketahui.
Anak-anak peserta pengucapan awam...

Belajarlah sesuatu daripada kesilapan lalu.

Mungkin segala sesuatu itu nampak remeh tetapi nasihat yang benar itu akan sukar diterima berbanding nasihat yang tidak telus. Hargai dan hormati pendirian orang lain. Rasailah kepayahan orang lain, terutama teman dan rakan sepasukan. Bersatu hati dan mengerti...pasti kesepakatan itu akan terbukti. Biarpun tidak berjaya namun pengalaman itu lebih bererti apatah lagi jika dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Namun usahlah kita menjadi lalang. Teguhkan pendirian kalian dan tetapkanlah gagasan yang ingin dicapai. Pasti di hadapan kelak ada sesuatu yang menanti. Biarlah pun bukan sebesar butir berlian tetapi sekelumit ilmu penyuluh kehidupan hingga ke akhir hayat. InsyaALLAH.

Berikut gambar-gambar di SMK Hill Crest (sekitar pertandingan Forum peringkat Zon 3) lalu pada 25 Mac, 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan